Posts

Showing posts with the label Kerja Kursus Geografi

PT3 2014: Pencemaran Alam Sekitar

PT3 mencabar kemahiran dan pengetahuan pelajar tingkatan 3. Jika di Tingkatan 1 dan 2, tidak pernah menjalankan kajian kes, memang pelajar 'sangatlah blurr' tentang rupa bentuk hasil tugasan. Jadi diminta guru subjek tingkatan 1 dan 2 berikanlah ujian pelbagai instrumen pada pelajar-pelajar anda. Untuk band 5 dan 6. Agar pelajar dapat pengalaman. Tajuk tugasan Geografi ialah Pencemaran Alam Sekitar. Pilih dari pencemaran udara, bau, air dan dll. Pelaksanaan melibatkan 3 perkara; Perancangan, Proses awal (mencari maklumat yang relevan) dan Proses akhir (penulisan laporan). Pelajar plan dan cari maklumat dalam kumpulan tetapi kena tulis sendiri di hadapan guru semasa P dan P tanpa bantuan kawan-kawan. Tidak boleh bincang. Sumber bantuan yang ada ialah daripada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan kaedah kajian dan... bimbingan guru. Bayangkan kelas peperiksaan yang senyap. Yang terdengar bunyi selakan kertas dan keluhan pelajar.. dan amaran guru, ...

Penataraan Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Image
Hari ini semua sekolah di KL dikehendakki menghantar ketua pentaksir Kerj Kursus Geografi PMR ke mesyuarat penataraan KKG dengan membawa 10 set hasil KKG pelajar yang telah disemak. Hasil kerja pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Guru-guru mata pelajaran geografi tingkatan 3 telahpun menyemak kerja kursus tersebut sebelum di bawa ke tempat mesyuarat.

Kemusykilan kerja kursus geografi 2013

Banyak soalan diutarakan pada cikgu dalam entri-entri yang lepas hinggakan komen-komen sangatlah panjang ke bawah. Di sini saya sediakan ruangan baru untuk bertanya soalan. Masa saya agak terhad untuk menjawab semua soalan.. Jadi saya hanya menjawab soalan-soalan baru. Yang tidak berjawab lama itu bermakna cikgu sudah jawab soalan seumpanya sebelum ini. Scroll up or down to look for your answers, ok? Thank you for reading and visit me again.

Kaedah Kajian KKG PMR 2013

KKG 2013: Kaedah Kajian "saya kurang faham...cikgu geo saya suruh cari maklumat dari internet tapi x jumpa..." 
"Cikgu, borang soal selidik kan, kena tulis ape ya? Cikgu geo saya tak cakap eh, suruh kami buat sndiri. Pening kepala sy. " "
saya ingin bertanya adakah soal selidik (kaedah kajian) memerlukan huraian sebelumnya atau terus letakkan 20+ borang soal selidik selepas pemerhatian?"
 "Selalunya nk soal selidik semua tu boleh buat kt mne ye???"
 "Bagi saya link .. saya nak tiru !! Cepat !"

Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam

Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Rumusan kajian pengangkutan awam

Seorang pelajar bertanya dalam ruangan komen. "cikgu cm mne nk buat rumusan...????" Jawapan saya adalah satu contoh spontan sahaja. Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon. Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah apabila anda hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian. 8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan.

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 (KKG PMR 2013): Tajuk, Senarai Kandungan, Penghrgaan, Pendahuluan, Objektif...

Tajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan.

Random Talking..

Image
Life has been busy since my last post. Doing this and that and coming home late. Since age has been catching up with me, I now work and think slow. Forgetfulness is the norm. I have to recount the cup of rice I'm going to cook and simple multiplications is an arduous task. I have to write my next day lesson plans a few hours after I finished all my classes when the memory of them are still fresh. My multi-tasking skill is not a skill now so please do not  interrupt me when I'm doing things. Feel like my brain space getting smaller and constricted, giving me headaches. And I seldom get headaches before. Ha ha ha. ~

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan

Guru-guru geografi anda sudah tentu telah menerangkan format Lampiran dan Rujukan untuk kerja kursus tahun ini. Walaupun sudah pernah dibuat di tingkatan 1 & 2, ramai yang beritahu cikgu yang mereka sudah lupa. Sekali lagi, rujuk panduan pelaksanaan kerja kursus yang mungkin anda sudah 'download' dari internet. Untuk LAMPIRAN , sertakan 4 bahan atau lebih daripada senarai berikut: • Surat pengenalan diri calon • Surat kebenaran membuat kajian • Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga • Surat kebenaran ibubapa/penjaga • Surat penghargaan • Soalan temu bual • Borang soal selidik ( yang tidak diisi : tidak perlu melampirkan 20 borang soalselidin yg diisi oleh responden) • Gambar/foto (gambarfoto yang diletakkan di mana-mana bahagian dapatan kajian dianggap lampiran  dan cara ini lebih menarik). • Bahan daripada pelbagai sumber – majalah, surat khabar, internet ( cetak atau fotostat) Untuk RUJUKAN (Nyatakan tiga jenis rujukan daripada yang disenarai...

KKG 2012: Bahan Grafik untuk Perniagaan Runcit

Setelah memeriksa beberapa hasil kerja kursus pelajar, saya terpanggil untuk menjelaskan contoh-contoh grafik yang boleh disediakan dalam bahagian dapatan kajian. Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Kepentingan, Faktor-faktor, Kesan-kesan negatif dan cadangan mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Hasil pemerhatian tentang bilangan gerai mengikut jenis barangan  boleh disampaikan dalam bentuk jadual, graf atau carta pai. Semua bahan grafik ini boleh ditempatkan di bahagian 6.1 (konsep dan jenis perniagaan...

KKG 2012: Rumusan Dapatan Kajian

Kini sudah sampai ke penghujung kajian tentang Kajian Perniagaan Malam di kawasan kajian. Rumusan. Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan.  Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep perniagaan pasar malam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan kesan-kesannya'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan  nilai atau unsur patriotisme  yang sesuai. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme. " Perniagaan pasar malam di TBM dijalankan pada setiap hari Ahad, bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada jam 11 malam. Perniagaan ini telah memberi peluang pekerjaan serta menambah pendapatan penduduk tempatan . Selain daripada itu, ia memudahkan pend...

KKG 2012: Laporan Dapatan Kajian Jenis Perniagaan Runcit

In response to a question, "cikgu, macam mana nak buat dapatan kajian?"........ Dapatan kajian ialah huraian-huraian yang 'menjawab' segala objektif-objektif kajian berikut: a) mentakrif konsep dan menghurai jenis perniagaan runcit b) menghuraikan kepentingan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar tengan malam dll di kawasan kajian c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam d) menghuraikan kesan negatif perniagaan pasar malam e) menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam f) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggungjawab, mencintai    alam sekitar, dalam dapatan kajian. Laporan dapatan kajian mengandungi 5 bahagian, A hingga E : A    Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit di kawasan kajian              * Takrifkan konsep perniagaan runcit dan jenis-jenisnya yang terdapat di kawasan kajian        * Huraika...

KKG 2012: Cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam

Pelajar-pelajar telahpun menghuraikan 4 kesan-kesan negatif perniagaan runcit seperti pasar malam dalam dapatan kajian. Jadi  sekarang, anda hendaklah mencadangkan 3 langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut. Bagaimana hendak mengurangkan masalah peminta sedekah yang terdapat di pasar malam atau pasar sari ni ya? Mereka ini samada penduduk tempatan atau datang dari negara lain. Macam-macam jenis peminta sedekah ini. Apakah tindakan Jabatan Kebajikan? Baca di sini. Masalah tentang kawasan perniagaan pasar malam yang kotor di KL telah banyak dilaporkan dalam media. Sebenarnya peniaga-peniaga juga perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan seperti yang termaktub dalam "AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG­UNDANG KECIL PELESENAN PENJAJA DAN GERAI (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1989" . Mereka bertanggungjawab menguruskan sampah masing-masing seperti menyediakan tong sampah. Mereka mesti memasukkan semua sampah ke dalam beg plastik sebelum membuangnya ke dalam ...

KKG 2012: Kesan-kesan negatif perniagaan pasar malam

Image
Pada hari ahad lepas, sekitar jam 7 malam, saya telah pergi meninjau sebuah pasar malam di KL. Saya dapati pasar malam di sini tidak 'semeriah' pasar malam di SB. Sebelum balik, saya telah membeli beberapa jenis buah-buahan import yang harganya RM10 bagi 5 biji. Saiznya besar juga. Jagung mutiara dari CH pula berharga RM5 untuk 3 biji. Ikan bawal hitam yang besar telah diletakkan harga RM22 seekor. Murahke tu? Sekilo harganya RM26. Murahkah mahal? Sayur-sayuran yang dijual di satu gerai kelihatan 'tidak menarik', tidak segar berbanding dengan sayur-sayuran di SB. "Tengok cik..banyak ni" kata peniaga itu sambil menunjukkan sayur yang digenggamnya. Saya senyum dan berlalu pergi. Mungkin juga 'expectation' saya agak tinggi. Hendakkan murah tapi 'cantik'. Ha ha. Di hadapan, saya nampak pemandangan lebih kurang seperti ini. Ini merupakan salah satu daripada masalah sosial yang terdapat di negara kita ini. gambar daripada  asiaone news ...

Kerja Kursus Geografi PMR 2012: Faktor-faktor Mempengaruhi perniagaan pasar malam

TBM adalah di antara 97 lokasi pasar malam di Kuala Lumpur y ang telah disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah selaras dengan fungsi DBKL yang menyedia dan mengurus kemudahan awam untuk wargakota KL. Ia menggalakkan peniaga kecil menjalankan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Penyediaan ruang atau tapak untuk perniagaan pasar malam ini juga adalah di bawah Dasar Perbandaran Negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk bandar yang berpendapatan rendah. Penjaja boleh mendapatkan lesen berniaga di pasar malam daripada DBKL melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil. Lesen sah dalam tempoh setahun. Selain daripada faktor governan di atas, faktor-faktor lain adalah seperti: *  modal pusingan yang rendah,  *  kemudahan infrastruktur (jalan raya, surau, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah), * peningkatan taraf hidup( penduduk berpendapatan tinggi, kuasa membeli tinggi) * pasaran tempatan yang besar di sekitar ...

KKG 2012: Penerapan Nilai @ Unsur Patriotisme dalam Dapatan Kajian

Image
Gambar dari internet. Saya terpanggil untuk menulis tentang penerapan nilai dalam dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian yang terakhir itu. Maklumlah sudah ada pelajar yang sedang menulis laporan dapatan kajian untuk aspek 6.2 hingga 6.5. Kalau tidak dinyatakan nilai-nilai tersebut, memang tidak dapat markah penuh. Walaubagaimanapun, jika nilai sahaja diterangkan, tanpa apa-apa huraian aspek lain, memang akan dapat markah 0! Nilai/unsur patrotisme yang dipupuk dalam diri pelajar dan/atau penduduk kawasan kajian semasa atau selepas kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan berdasarkan aspek yang dibincangkan@dihuraikan. Contohnya, anda telah huraikan salah satu kepentingan pasar malam iaitu "memberi peluang pekerjaan" kepada penduduk tempatan yang menganggur. Dalam satu ayat yang baru, anda terapkan nilai seperti " saya sebagai penduduk/pengunjung ..........bersyukur kerana perniagaan pasar malam ini telah mengurangkan pengangguran di kalangan penduduk temp...

KKG 2012: Kepentingan perniagaan pasar malam

Image
Gerai nasi kerabu kegemaran saya ni terdapat di pasar malam Paya Jaras. Kalau datang selepas pukul tujuh, memang melepaslah! Pernahkah anda makan sayur ini? Masa kecil di Sabah dulu, saya pernah masuk dan 'berendam' dalam sebuah empangan kecil untuk memetik sayur 'genjer' ini untuk mak saya. Sekarang selepas 30 tahun, sayur ini saya jumpa di pasar malam. Apakah kepentingan pasar malam@pasar tani@pasar lambak di kawasan kajian anda? Atau dalam bahasa mudah, "kenapa pasar malam penting?" • Menyediakan 
peluang pekerjaan  • Meningkatkan taraf 
hidup/pendapatan  • Memudahkan 
penduduk tempatan 
membeli barangan  • Membolehkan 
penduduk tempatan memasarkan barangan jualan  • Menyediakan barangan segar  • Menjimatkan kos pengguna/peniaga  Pilih dan huraikan 4 kepentingan serta terapkan satu atau beberapa nilai/unsur patriotisme Di pasar malam yang saya selalu pergi ini terdapat peniaga mee goreng dan kuetiow yang saya tahu suda...

Jangan Nak Mudah Sahaja..

Image
Saya 'salute' pelajar yang menulis sendiri laporan KKG dengan cemerlangnya dengan mengikut panduan dan arahan guru. Tanpa dia 'copy-paste' daripada internet dan tanpa di'suap' setiap ayat oleh guru. Guru pentaksir boleh melihat kematangannya berfikir dan menghubungkaitkan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain. Betul dia layak mendapat Cemerlang untuk kerja kursusnya. Pengalamannya yang bersusah payah mencari maklumat dan tahu bagaimana menggunakan maklumat tersebut dalam laporan kajiannya akan menolongnya dalam kajian-kajiannya di peringkat SPM, STPM dan seterusnya di kolej atau universiti kelak. Isi-isi laporannya logik dan bernas walaupun olahan ayatnya agak tidak teratur. Dan nampak datang dari fikirannya sendiri. Dia tahu apa yang dibuatnya dan apa yang diperlukan oleh tugasannya. Wahai pelajar, milikilah ciri pelajar di atas. Janganlah minta di'suap' segalanya. Hanya membaca satu dua ayat sahaja dan kemudian terus 'copy' d...

KKG 2012: Kaedah Kajian

"Bagaimana nak dapat maklumat untuk KKG nih?" Soalan ini memang difikirkan oleh hampir semua pelajar. Yang tahu menggunakan kemudahan internet, terus membuat carian samada menggunakan kata kunci, "Kerja Kursus Geografi" atau "Konsep perniagaan"(bagi yang tahu apa yang hendak dicari). Apabila telah menemui maklumat yang dikehendakki, maka di 'copy' dan di'save' lah. Kaedah yang digunakan di sini ialah kaedah rujukan.  Pelajar hendaklah memastikan alamat web ini disimpan untuk di'tulis' di bahagian Rujukan. Untuk KKG ini, anda dikehendakki menggunakan minimum 2 kaedah kajian . Selain rujukan, kaedah pemerhatian adalah antara kaedah yang paling meluas digunakan. Anda mesti keluar untuk membuat pemerhatian tentang kawasan kajian anda. Tentang ciri-ciri fizikal (untuk ditulis dalam aspek 'Kawasan Kajian'). Anda juga perlu tahu keadaan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Catatkan : Apa dan berapa jenis gerai yang ...