What I see, hear and feel

What I see and did..
The Cliffs of Moher, one of UNESCO's recognised Global Geoparks; a special region with outstanding geology and fascinating local culture.

Friday, March 23, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012: Faktor-faktor Mempengaruhi perniagaan pasar malam

TBM adalah di antara 97 lokasi pasar malam di Kuala Lumpur yang telah disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah selaras dengan fungsi DBKL yang menyedia dan mengurus kemudahan awam untuk wargakota KL. Ia menggalakkan peniaga kecil menjalankan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Penyediaan ruang atau tapak untuk perniagaan pasar malam ini juga adalah di bawah Dasar Perbandaran Negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk bandar yang berpendapatan rendah. Penjaja boleh mendapatkan lesen berniaga di pasar malam daripada DBKL melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil. Lesen sah dalam tempoh setahun.

Selain daripada faktor governan di atas, faktor-faktor lain adalah seperti:
modal pusingan yang rendah, 
kemudahan infrastruktur (jalan raya, surau, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah),
* peningkatan taraf hidup( penduduk berpendapatan tinggi, kuasa membeli tinggi)
* pasaran tempatan yang besar di sekitar kawasan kajian (banyak kawasan perumahan, penduduk padat),
* pertambahan penduduk ( kawasan kajian dan sekitar semakin berkembang, penduduk semakin ramai)
* darjah ketersampaian yang tinggi (banyak laluan atau rangkaian jalan raya, dekat dengan jalan-jalan   utama) dan
* kesesuaian masa berniaga( hujung minggu, waktu malam) 

16 comments:

  1. tima kasih cikgu..cikgu sangat membantu saya semasa saya menjalankan kerja kursus ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu..
      darjat ketersampaian tu apa?

      Delete
    2. Darjah ketersampaian ialah semudah mana nak pergi ke sesuatu tempat. Kalau banyak laluan atau jalan raya ke tempat tu, darjahnya tinggilah. Kalau susah kerana tiada laluan, maka darjah ketersampaian tu sangat rendah.

      Delete
    3. jangan nak merepek lah iman

      Delete
  2. satu lagi, kalau tempat tu susah nak sampai kerana kesesakan lalu lintas, itupun dikatakan darjah ketersampaiannya rendah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, cikgu

    ReplyDelete
  4. :) terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam,cikgu. Huraian untuk faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit tu nak buat mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu dah bagi point-point..jadi, hurailah bersesuaian dgn pasar malam di tempat anda. Sama mcm mnjawab kertas bm 2...boleh?

      Delete
    2. salam..

      cikgu.. mcm mna hndak mmbuat pndahuluan

      Delete
  6. CIKGU: jika kawasan tempat saya (taman bukit maluri ) tidak dapat di dalam peta tersebut.bagaimana saya boleh buat?????......tetapi cikgu saya mesti nak saya labelkan tempat itu!!!! tolong~~T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hellooo...cikgu dah tunjukkan dalam kelas yea? Dan sepatutnya ada ditampal di papan kenyataan kelas

      Delete
    2. CIKGU: SAYA IALAH DARI KELAS LAIN......TOLONG~~

      Delete
  7. kalau nak buat unsur patriostisme pulak mcm mana?

    ReplyDelete
  8. ckgu, kalo sy buat konsep kesampaiannya tnggi ialh "mudh untk dhubungi" boley x? * sori sbb sy form2.. soaln konsep ni klua exam...:'[

    ReplyDelete