Posts

Showing posts from April, 2011

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Cikgu-cikgu SMKTBM sedang sibuk berkursus ict di makmal komputer. Apa yang 'dikursuskan'? Hmm, biarlah rahsia haha! Cikgu mengambil peluang untuk menyambung kerja yang belum habis lagi. Sekarang cikgu akan beri panduan bagaimana hendak menulis tentang kesan pencemaran alam sekitar di TBM. Saya tahu masih ramai pelajar cikgu masih belum mula menulis laporan dapatan kajian. Tidak tahu macam mana nak mula. Sebenarnya, huraian tidak perlu ditulis panjang-panjang. Markah bagi satu poin yang dihuraikan hanyalah 1 markah. Anda dikehendakki menerangkan 5 kesan pencemaran alam sekitar yang terdapat di TBM. Kesan-kesan itu ada disenaraikan dalam panduan pelaksanaan KKG. Pilihlah kesan-kesan yang relevan dengan jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di TBM ialah hujan asid, penyakit, suhu meningkat, udara tercemar, bau busuk dan lain-lain. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar adalah lebih kurang sama sahaja antara semua kawasan-kawasan d

Coret-coret KKG 2011: pemantapan kriteria penskoran

Ada beberapa perubahan kecil yang diberikan semasa taklimat KKG tempohari. S ekarang penulisan penghargaan dimudahkan lagi. Huraian secara umum di peringkat permulaan penulisan diikuti senarai nama dan jawatan / status pihak yang dihargai. Sesiapa yang menulis macam tahun lepas atau seperti yang saya suruh sebelum ini, masih diterima. Peta 'daerah' yang diambil daripada google map tidak diterima. Mesti yang ditetapkan oleh DBKL. Saya sudah lama menggoogle peta daerah Kuala Lumpur. Ada beberapa versi yang saya jumpa.  Ada versi baru berdasarkan Pelan Struktur KL 2020 yang membahagikan KL kepada 6 zon strategi  iaitu   Pusat Bandar Raya, Wangsa Maju-Maluri, Sentul-Menjalara, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputih, Bandar Tun Razak-Sungai Besi .  Versi yang ini pula diberikan oleh pihak DBKL apabila saya meminta peta KL mengikut daerah. Peta ini menunjukkan mukim-mukim di KL. Mukim ini hierarkinya lebih rendah daripada daerah. Jadi terdapatlah Mukim Batu, Mukim Ampang, Muk

Punca-punca pencemaran

Dalam panduan penskoran KKG 2011, terdapat lebih daripada 10 punca pencemaran alam sekitar yang disenaraikan untuk membantu pelajar. Pilih 4 punca yang sesuai berdasarkan pemerhatian anda tentang jenis pencemaran yang terdapat di TBM. Dalam bahagian "Jenis Pencemaran di TBM", anda telah menerangkan satu atau lebih pencemaran di kawasan kajian. Sekarang, nyatakan pula punca pencemaran tersebut yang telah dikenalpasti dan huraikan. Anda tidak perlu tulis huraian panjang-panjang. Antara satu punca pencemaran alam sekitar yang diberikan ialah ' kenderaan '. Kenderaan yang banyak ialah punca kepada beberapa pencemaran alam sekitar iaitu udara, bunyi dan bau. Terangkan bagaimana ia menyebabkan pencemaran tersebut. Asap kereta mencemarkan udara dan memberikan bau yang menyesakkan hidung. Ia mengandungi gas-gas seperti nitrogen oksida, sulfur oksida, ozon, karbon monoksida yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Bunyi injin kereta di jalan raya yang sibuk pula menggangg

Perubahan-perubahan dalam KKG..

Hari ini cikgu menghadiri taklimat penyelarasan kerja kursus di KL. Ada perubahan-perubahan tapi tidak banyaklah. Akan cikgu sampaikan dalam beberapa hari ini.. Pagi tadi, saya bertolak dari rumah di Kuang, seawal 6.40 pagi. Jam 7 lebih, saya masih tersekat di Sierramas. Kereta bergerak 'bumper to bumper' selepas tol Sg. Buloh. Apalah halnya nih, lalu saya telefon suami yang biasa melalui lebuhraya Jln Duta ini. Mungkin ada 'accident' katanya..Tidak ada accident, hanya bilangan kereta yang terlalu banyak sehingga terpaksa bergerak perlahan-lahan. Sampai di KL sudah jam 8 lebih tetapi tidaklah risau sangat terlambat. Tempat parking memang ada tapi yang 'mahal' ni selalunya tidak jadi rebutan orang. Ala..bukan selalu datang mesyuarat di KL nih. Sarapan pagi memang tidak disediakan penganjur seperti dahulu. Masalah bajet agaknya. Jangan risau dalam 2jam ni ada coffee break, kata mereka. 'Not bad', mee goreng dan kuih 'danish' bersama kopi (bukan

Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Satu minggu telah berlalu. Ramai pelajar masih tidak menjalankan pemerhatian dan soal selidik. Masih belum lagi membaca bahan-bahan yang boleh membantu mereka menulis dapatan kajian. Walhal peperiksaan pula semakin dekat. Menulis aspek pendahuluan, objektif, kawasan kajianpun susah walaupun telah diterangkan dan ditunjukkan contoh. Malah mereka digalakkan merujuk kepada kerja kursus tingkatan 2 untuk menulis tentang aspek-aspek tersebut. Ada yang kata, 'projek form 2' dah buang, ada kata cikgu 'tak panggil kami buat' dan ada yang tidak mahu buat walaupun dibekalkan kertas A4 percuma. Masalah bahasa dan sikap. Cikgu tidak dapat membantu anda jika anda tidak mahu membantu diri sendiri. Yang sudah mengumpul data dan maklumat itu, saya ucapkan syabas. Anda boleh menganalisis data dan maklumat anda supaya dapat dapat disampaikan dalam bentuk laporan dan grafik. Selepas mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar, sekarang marilah pula menyatakan dan menerangkan jenis-j

Selingan

Salam sejahtera pembaca..semalam terkejut bile tengok takwim sekolah. Peperiksaan pertengahan tahun untuk Ting. 3 akan bermula 1 Mei, kalau tidak silap. Mungkin silap sebab 1 Mei tu, Hari Pekerja. Jadi semua pekerja berehat kecuali murid-murid..LOL! Jadi, sudah 3 minggu (bukan hari-hari) cikgu hanya mengajar tentang kerja kursus nih. Masih ada pelajar yang liat mau buat pemerhatian apa lagi soal selidik. Tidak apa, pemerhatian pun cukup. Jadi, memandangkan hari peperiksaan sudah dekat, cikgu nak mengajar topik sumber minggu hadapan. Apa-apa berkaitan dengan KKG, sila jumpa cikgu selepas sekolah atau lawatilah laman web cikgu yang tidak berapa canggih ini. Sementara itu buatlah pembacaan yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran itu, punca-punca, kesan-kesan dan langkah mengurangkan kesan. Oh, sungguh banyak! Jadi, dapatlah sedikit sebanyak ilmu bagaimana hendak menulis laporan, ok? Cikgu perlu juga berbincang dengan guru-guru lain tentang KKG ini, tidak mau 'pandai-pandai'

Dapatan Kajian : Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Now, should I explain to you the concept of 'Pencemaran Alam Sekitar"? If you are able to access my blog, then you can get that information from various websites on the internet! However, please refer to 'authoritative' and relevant websites such as Wikipedia,  either in the English or B. Melayu language,  and Jabatan Alam Sekitar  . I think many of you may have found a few websites that gave you similar meanings of 'Pencemaran Alam Sekitar'.  Off-cyber references may lead you to Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,  text books and PMR/SPM reference books. And don't forget your school library. It may have magazine like Hijau which has a lot of environmental articles in it. A few books on pollutions may have sit on the shelves too, just waiting for you to discover them. One of them is Pencemaran Alam Sekitar under ' Selamatkan Bumi Kita ' series, published by Jade Green Publications SDN. BHD., KL.. It defined pencemaran alam sekitar as " perubaha

KKG PMR 2011: Mencari Maklumat

Sejak KKG dimulakan lebih kurang 3 minggu lepas, ada pelajar-pelajar cikgu sudah menyiapkan sebahagian laporan daripada penghargaan hinggalah kawasan kajian. Dan mereka ini telah menghantar laporan melalui 'e-mail'. Mudah juga cikgu menyemak, jimat ruang di meja cikgu..haha. Ada juga yang hantar melalui tangan. Syabas! Minggu hadapan pulak cikgu nak pelajar mula menulis laporan dapatan kajian. Sehubungan itu, cikgu dah arahkan pelajar mengikut kumpulan membuat tinjauan atau pemerhatian tentang jenis-jenis pencemaran yang mungkin terdapat di kawasan kajian. Kumpulan lelaki cikgu minta meninjau kawasan perindustrian yang lebih jauh dari kawasan sekolah. Pelajar perempuan pulak cikgu suruh ke kawasan perniagaan yang lebih dekat. Jangan lupa kawasan sekitar sekolah dan kawasan kediaman pun mesti ditinjau juga. Pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan kajian tolonglah tengok-tengok kawasan di sekitar rumah anda, ok? APA, DI MANA DAN BAGAIMANA . Ini soalan yang pelajar mesti in