KKG PMR 2011: Mencari Maklumat

Sejak KKG dimulakan lebih kurang 3 minggu lepas, ada pelajar-pelajar cikgu sudah menyiapkan sebahagian laporan daripada penghargaan hinggalah kawasan kajian. Dan mereka ini telah menghantar laporan melalui 'e-mail'. Mudah juga cikgu menyemak, jimat ruang di meja cikgu..haha. Ada juga yang hantar melalui tangan. Syabas!

Minggu hadapan pulak cikgu nak pelajar mula menulis laporan dapatan kajian. Sehubungan itu, cikgu dah arahkan pelajar mengikut kumpulan membuat tinjauan atau pemerhatian tentang jenis-jenis pencemaran yang mungkin terdapat di kawasan kajian. Kumpulan lelaki cikgu minta meninjau kawasan perindustrian yang lebih jauh dari kawasan sekolah. Pelajar perempuan pulak cikgu suruh ke kawasan perniagaan yang lebih dekat. Jangan lupa kawasan sekitar sekolah dan kawasan kediaman pun mesti ditinjau juga. Pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan kajian tolonglah tengok-tengok kawasan di sekitar rumah anda, ok?

APA, DI MANA DAN BAGAIMANA. Ini soalan yang pelajar mesti ingat semasa membuat pemerhatian. Jawapan yang diperolehi mungkin 'Pencemaran bau di belakang kedai oleh sampah sarap yang tidak dikutip...' Kalau ada bawa kamera, ambillah gambar untuk disisipkan sekeping dua dalam laporan nanti.

Ada juga kumpulan yang cikgu minta merekod bilangan kenderaan bermotor mengikut jenisnya semasa waktu puncak di laluan masuk utama ke TBM. Data akan digunakan untuk membina jadual dan graf @ carta pai di bahagian "Punca Pencemaran Alam Sekitar di TBM". Dan kalau nampak kenderaan yang mengeluarkan asap tu, snapla gambar..boleh letak di bahagian ''Punca..." juga.

Sambil membuat pemerhatian, pelajar juga akan menyerahkan borang soal selidik untuk di isi oleh responden yang ditemui. Melalui pengalaman kumpulan 4 di 3B, ada responden yang 'main hentam' je apabila mengisi borang tu. Ada juga yang tanya apa itu 'hujan asid'? Cikgu ingat pelajar kena 'approach' responden yang 'educated' saje. Cikgu sudah ingatkan jangan tanya orang di bawah umur, ok? Maklumat hasil soal selidik juga boleh disampaikan dalam bentuk jadual dan graf, atau peta minda.

Untuk membantu menulis karangan tentang jenis-jenis pencemaran, puncanya, kesannya dan cara nak mengurangkan kesan pencemaran, pelajar perlulah merujuk buku teks atau buku rujukan, suratkhabar dan internet. Ada beberapa 'web sites' yang menyediakan maklumat dan panduan menulis KKG 2011. Perlu diingat ambillah maklumat yang relevan dan boleh dikaitkan dengan kawasan kajian. 

Jadi, minggu hadapan adalah minggu mengumpul dan menganalisis maklumat. 

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan