Posts

Showing posts from July, 2014

PT3 2014: Pencemaran Alam Sekitar

PT3 mencabar kemahiran dan pengetahuan pelajar tingkatan 3. Jika di Tingkatan 1 dan 2, tidak pernah menjalankan kajian kes, memang pelajar 'sangatlah blurr' tentang rupa bentuk hasil tugasan. Jadi diminta guru subjek tingkatan 1 dan 2 berikanlah ujian pelbagai instrumen pada pelajar-pelajar anda. Untuk band 5 dan 6. Agar pelajar dapat pengalaman. Tajuk tugasan Geografi ialah Pencemaran Alam Sekitar. Pilih dari pencemaran udara, bau, air dan dll. Pelaksanaan melibatkan 3 perkara; Perancangan, Proses awal (mencari maklumat yang relevan) dan Proses akhir (penulisan laporan). Pelajar plan dan cari maklumat dalam kumpulan tetapi kena tulis sendiri di hadapan guru semasa P dan P tanpa bantuan kawan-kawan. Tidak boleh bincang. Sumber bantuan yang ada ialah daripada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan kaedah kajian dan... bimbingan guru. Bayangkan kelas peperiksaan yang senyap. Yang terdengar bunyi selakan kertas dan keluhan pelajar.. dan amaran guru,