PT3 2014: Pencemaran Alam Sekitar

PT3 mencabar kemahiran dan pengetahuan pelajar tingkatan 3. Jika di Tingkatan 1 dan 2, tidak pernah menjalankan kajian kes, memang pelajar 'sangatlah blurr' tentang rupa bentuk hasil tugasan. Jadi diminta guru subjek tingkatan 1 dan 2 berikanlah ujian pelbagai instrumen pada pelajar-pelajar anda. Untuk band 5 dan 6. Agar pelajar dapat pengalaman.

Tajuk tugasan Geografi ialah Pencemaran Alam Sekitar. Pilih dari pencemaran udara, bau, air dan dll.

Pelaksanaan melibatkan 3 perkara; Perancangan, Proses awal (mencari maklumat yang relevan) dan Proses akhir (penulisan laporan).

Pelajar plan dan cari maklumat dalam kumpulan tetapi kena tulis sendiri di hadapan guru semasa P dan P tanpa bantuan kawan-kawan. Tidak boleh bincang. Sumber bantuan yang ada ialah daripada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan kaedah kajian dan... bimbingan guru. Bayangkan kelas peperiksaan yang senyap. Yang terdengar bunyi selakan kertas dan keluhan pelajar.. dan amaran guru, "Tolong jangan meniru!" He he he. Hu hu hu.

Cuba search dan baca sedikit tentang tajuk ini di blog cikgu, tahun 2011. Tahun tu pelajar buat tentang pencemaran alam sekitar jugak; definisi konsep, punca, kesan dan cadangan.

Thank you for reading and visit me again.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan