Posts

Showing posts from March, 2013

Kemusykilan kerja kursus geografi 2013

Banyak soalan diutarakan pada cikgu dalam entri-entri yang lepas hinggakan komen-komen sangatlah panjang ke bawah. Di sini saya sediakan ruangan baru untuk bertanya soalan. Masa saya agak terhad untuk menjawab semua soalan.. Jadi saya hanya menjawab soalan-soalan baru. Yang tidak berjawab lama itu bermakna cikgu sudah jawab soalan seumpanya sebelum ini. Scroll up or down to look for your answers, ok? Thank you for reading and visit me again.

Kaedah Kajian KKG PMR 2013

KKG 2013: Kaedah Kajian "saya kurang faham...cikgu geo saya suruh cari maklumat dari internet tapi x jumpa..." 
"Cikgu, borang soal selidik kan, kena tulis ape ya? Cikgu geo saya tak cakap eh, suruh kami buat sndiri. Pening kepala sy. " "
saya ingin bertanya adakah soal selidik (kaedah kajian) memerlukan huraian sebelumnya atau terus letakkan 20+ borang soal selidik selepas pemerhatian?"
 "Selalunya nk soal selidik semua tu boleh buat kt mne ye???"
 "Bagi saya link .. saya nak tiru !! Cepat !"

Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam

Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.

Rumusan kajian pengangkutan awam

Seorang pelajar bertanya dalam ruangan komen. "cikgu cm mne nk buat rumusan...????" Jawapan saya adalah satu contoh spontan sahaja. Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.