What I see, hear and feel

What I see and did..
Biei-Furano, Hokkaido

Monday, March 25, 2013

Kaedah Kajian KKG PMR 2013


KKG 2013: Kaedah Kajian


"saya kurang faham...cikgu geo saya suruh cari maklumat dari internet tapi x jumpa..."

"Cikgu, borang soal selidik kan, kena tulis ape ya? Cikgu geo saya tak cakap eh, suruh kami buat sndiri. Pening kepala sy. "
"
saya ingin bertanya adakah soal selidik (kaedah kajian) memerlukan huraian sebelumnya atau terus letakkan 20+ borang soal selidik selepas pemerhatian?"

"Selalunya nk soal selidik semua tu boleh buat kt mne ye???"


"Bagi saya link .. saya nak tiru !! Cepat !"

"
Cikgu di sekolah saya kata, untuk temu bual dan soal selidik, pelajar boleh pilih antara satu tu.. So, kalau saya pilih kaedah temu bual, maknanya saya tak perlu buat soal selidik.. Bolehkah begitu? Kemudian, kalau saya buat temu bual, saya hanya perlu bertanya beberapa soalan kepada pihak responden tanpa membuat borang soal selidik.. betulkah begitu?
Dalam dapatan kajian pula, telah tertulis “setiap aspek dapatan kajian hendaklah dikaitkan dengan kaedah kajian” So, that’s mean kalau saya kemukakan soalan ‘mengikut pandangan anda, apa yang anda faham tentang konsep pengangkutan awam di ...............?’, saya perlu nyatakan jawapan kepada soalan tersebut dalam dapatan kajian saya. Betul tak cikgu?
"

Kaedah kajian minimum 2 jenis. Biasanya Pemerhatian dan Rujukan. Pemerhatian tentang jenis-jenis pengangkutan awam, masalah (kesesakan, pencemaran) dan kepentingan( mengangkut penumpang). Rujukan penting untuk mendapatkan definisi/takrif untuk konsep pengangkutan awam, misalnya daripada Buku Teks (buku), Kamus DBP (buku) atau Wikipedia (internet). Nak dapat maklumat untuk nak faham tentang kepentingan, masalah dan cadangan selalunya daripada internet dan temubual. Kalau semua maklumat boleh diperolehi dengan kaedah pemerhatian, rujukan dan temubual, maka tidak perlu awak buat kaji selidik.


Dalam dapatan kajian, awak perlu nyatakan kaedah kajian ketika menulis huraian. 
Contohnya, 1)"Berdasarkan Wikipedia, definisi konsep pengangkutan awam ialah……………………  
                 2) Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan-rakan, jenis pengangkutan awam di kawasan kajian ialah………………….      
                    3) Berdasarkan temubual saya dengan Encik Pandai bin Bijak, tambang teksi yang mahal adalah satu masalah …………..

Soal selidik dan temubual berperanan untuk mendapat pandangan ramai tentang kepentingan, masalah dan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian, yang tidak boleh diperolehi melalui rujukan buku dan internet. Bilangan soalan bergantung kepada maklumat apa yang awak cari.

Daripada soal selidik, awak juga boleh mendapatkan data tentang bilangan pendapat responden berkaitan kepentingan, masalah dan cadangan. Awak juga boleh perolehi maklumat tentang bilangan responden yang menaiki bas awam, bas sekolah, komuter, dan teksi.  Daripada data-data ini, awak boleh bina jadual dan lukis graf. 


Oleh kerana banyak maklumat diperlukan untuk melaksanakan kerja kursus ini, murid-murid haruslah bekerja dalam kumpulan. Walaubagaimanapun perlu diingat, maklumat sama dicari, laporan ditulis sendiri.



Thank you for reading and visit me again.

7 comments:

  1. assalamualaikum~ cikgu, kalau gune kaedah kajian soal selidik dan temubual, kene ade lampiran atau borang khas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap..borang soal selidik. Maaf lmbt cikgu jawab sbb xperasan ada soalan

      Delete
  2. salam ..cikgu nak tanye sikit :) .kalau saya soal selidik kelas saya tentang pengangkutan awam yang diorang naik pergi ke sekolah..semua yang dalam kelas tu tetap perlu buat diorang naik pengangkutan awam atau pun ada yang tidak perlu termasuk dalam pengguna pengangkutan awam..contohnya : kelas saya ada 37 orang murid, kalau ada antara mereka yang tidak naik pengangkutan awam,perlu ke saya masukkan sahaja mereka dalam mana mana jenis pengangkutan awam? ..saya kurang faham ..perlu ke satu kelas menaiki pengangkutan awam?? -sebab guru saya seurh guna senarai nama satu kelas dan tuliskan pengangkutan awam yang mereka naiki..tapi ade yang tak naik pengangkutan awam T_T ..macam mana saya nak buat cikgu? *emergency ni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil senarai nama dan tulis tajuk column: bas awam, bas sekolah, van sekolah, teksi, kenderaan sendiri etc. Tanda rite atau pangkah pd ruangan mengikut nama kawan. Di bhg bawah senarai nama, jumlahkan brp org naik bas, bas sekolah, van sekolah, kenderaan sendiri dll. Buat analisis, biuat jadual dan graf berdasarkan yg naik kenderaan awam sahaja. Jadi, jgn masukkan yg naik knenderaan sendiri..

      Delete