What I see, hear and feel

What I see and did..
The Cliffs of Moher, one of UNESCO's recognised Global Geoparks; a special region with outstanding geology and fascinating local culture.

Saturday, February 2, 2013

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 (KKG PMR 2013): Tajuk, Senarai Kandungan, Penghrgaan, Pendahuluan, Objektif...

Tajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri.

Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan.


Saya berpendapat ramai yang akan memilih tajuk Pengangkutan Awam yang maklumatnya sangat mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Kegiatan penternakan tidak kurang juga menarik kerana kegiatan ini tidak pernah dijadikan tajuk tugasan KKG PMR secara langsung. Ianya sesuai bagi pelajar di kawasan luar bandar. Di kawasan bandarpun ada juga kegiatan penternakan yang dijalankan secara kecil-kecilan seperti penternakan ikan samada untuk dimakan atau sebagai ikan hiasan.

Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.


Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti:

1.          Tajuk
2.          Senarai Kandungan
3.          Penghargaan
4.          Pendahuluan
5.          Ojektif Kajian
6.          Kawasan Kajian
7.          Kaedah Kajian
8.          Dapatan Kajian
9.          Rumusan
10.       Lampiran
11.       Rujukan

Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.



1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam  di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran  dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan
     

Bil.
Perkara
Halaman

1
2
3
4
5
6
7
8
9


Penghargaan
Pendahuluan
Objektif
Kawasan Kajian
Kaedah kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan

1
2
3
4
7
8
13
14
19

3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu:
* Pengetua
* Guru mata pelajaran
* Ibu bapa / penjaga
* Rakan-rakan
* Pihak luar / responden 
    Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya,   Puan Tan Siew Lean  bukan Puan Tan,  Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja.

4. PENDAHULUAN
    Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya.
    Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei
    Nota: 
Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk  dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.

5. OBJEKTIF:
*  Konsep pengangkutan awam iaitu 1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas.
*  Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu 2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan  jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Taman Bukit Maluri
*  Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu 3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian
*  Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu 4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian
*  Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu 5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM
*  Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian 
iaitu 6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian
    Nota:
                        *Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja.
                        *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan

 6. Kawasan kajian. 
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian.
a)  Huraian kawasan kajian termasuk:

•   Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya.
•   Latar belakang / sejarah kawasan kajian:  
    Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda
    Pandang darat fizikal 
kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
    Jarak dari bandar / 
pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif

       bMenyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan:
       - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)
       - arah mata angin dan bingkai (1 m)
       Nota:  Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian 
                  Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai,        dan petunjuk
        
       cMelukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap
       tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)
- simbol piawai (1 m)
- kekemasan dan
- kesempurnaan peta
- (1m)
       Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama
                Tidak boleh scan dan diubahsuai daripada peta tersebut.


    • Pemerhatian Temu bual
• Soal selidik • Rujukan
Nota:
    Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima
    Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan
    Bilangan responden: Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20 orang
    Soalan temu bual atau soal selidik berkaitan dengan objektif kajian
    * Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah
    * Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.

8. DAPATAN KAJIAN di post ini

Maklumat akan ditambah dari semasa ke semasa seperti peta zon/daerah/bahagian, peta contoh kawasan kajian.


Selamat melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun 2013.

Thank you for reading and visit me again.

222 comments:

  1. kegiatan penternakan . saya berbincang dengan cikgu geografi saya untuk memilih kegiatan penternakan .. saya memerlukan maklumat tentang tajuk berikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun same kena pilih tajuk kegiatan penternakan jadi sy x tau mcm mane nk buat

      Delete
  2. cikgu, dapatan kajian macam mana nak buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klik di sini:

      http://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-konsep.html?showComment=1361591870209#c4423840200841074958

      Delete
    2. Cikgu nak tanya pendahuluan tuu nak mulakan ayat macam mane

      Delete
  3. kalau boleh ,saya memerlukan maklumat tentang kegiatan penternakan?

    ReplyDelete
  4. tengs .. maklumat ini amat berguna buat saya ..

    ReplyDelete
  5. Thank you so much,teacher.This really guides us to do our assignment in a proper way.THANK YOU...SO MUCH...Please do update the Dapatan Kajian as soon as possible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe you dont realize but i have slready provided guidance for the Dapatan Kajian in the next post. The title is Konsep, kepentingan... Go to home and look for it. Hope u can fibd it :))

      Delete
    2. cikgu ape yg kena ade kat muke surat dpn sekali...ade tajuk kajian lagi????

      Delete
  6. dapatan kajian macam mane?

    ReplyDelete
  7. di kawasan saya tidak menyediakan pengangkutan awam...jadi,saya dan rakan2 memilih peternakan...boleh berikan panduan tentang konsep tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sudah beri sedikit panduan di post yang lain..cuba lihat 'most clicked' di sebelah kanan blog

      Delete
  8. boleh x saye nak contoh bagi semua aspek yang diperlukan dalam kerja kursus geo f3 2013?

    ReplyDelete
  9. rumusan, lampiran dan rujukan contoh dia di mna???

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum cikgu, sye tk tau la nk tulis ap dkt part penghargaan tu..bleh tk kalo cikgu bgi sdikit contoh..Selalunya nk soal selidik semua tu boleh buat kt mne ye??? terima kasih... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru geografi saya Cik Hanani binti Abdul Rahman yang telah membimbing saya menyiapka kerja kursus ini dengan jayanya..

      Delete
    2. Buat borang soal selidik dgn bantuan guru. Dn dlm kumpulan, edarkan kpd 20 org responden spt penumpang, penduduk kawasan kajian, dan lain-lain

      Delete
  11. boleh tak tunjukkan contoh peta daerah ? terima kasih...

    ReplyDelete
  12. Negeri apa ? Kalau KL, search kawasan kajian dlm blog saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ckgu , mcm mna nk cri peta daerah ?? sya dri Kelantan

      Delete
    2. awak di daerah mana? Dapatkan di sini..http://segalanyageo.blogspot.com

      Delete
    3. slm, cixgu mcm mne nk cri (dapatn kajian) yg dh siap..
      sya dri smpurun phng .??

      Delete
    4. Buat sendirilaa..cikgu dah bagi panduan tu..

      Delete
  13. tajuk kajian macam mana nak tulis????

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap cikgu boleh tolong

      Delete
  14. Cikgu macam mne nak wat kawasan kajian... erm macam contoh first paragraph of kawasan kajian... nak wat macam "kajian ini dijalanan di ...................." boleh kah cikgu ? harap ckgu tolong (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut panduan yang telah diberikan. Kajian di jalankan di ................(nyatakan sekali daerah dan negeri). Terangkan sejarah (bila diwujudkan) atau latar belakang (di bawah pentadbiran pihak berkuasa temptan apa, penduduk, kegiatan ekonomi dan sebagainya). Huraikan ciri fizikal (jenis bentuk muka bumi dan tumbuhan semula jadi, kalau ada). Akhir sekali, jarak dari bandar terdekat (dalam km / masa perjalanan dari kawasan kajian ke bandar terdekat).

      Delete
  15. cikgu bagi kawasan kajian buat esei @ point form

    ReplyDelete
  16. semua aspek daripada penghargaan hingga rumusan hendaklah dalam essay form (kecuali objektif)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu saya masih tak paham nak buat dapatan kajian 8.3

      Delete
  17. cikgu,satu benda je saya nak cakap "SAYA BANGGA JADI MURUID CIKGU".Saya kenal cikgu.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) tk hmmm..siapala gerangannya..

      Delete
  18. Cikgu kalau kerja kursus sejarah ada x? X pun cikgu bagitau blog ke cammane nak buat kerja kursus sejarah..... Hehehe blog ni pasal geo tapi tanya sejarah

    ReplyDelete
  19. mcm mne nk buat dapatan kajin....ye????pening kepala lh..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca di post cikgu ni..http://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-konsep.html

      Delete
  20. cikgu cm mne nk buat rumusan...????-tasha-

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Jawab' setiap objektif yang dinyatakan dalam satu dua ayat sahaja. 'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

      Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang ....... oleh ........ di ........ Saya ...... kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di .......

      Delete
  21. Hmmm apa beza objektif kaiian dgn dapatan kajian ? saya rasa sama je dua tu ? Boleh ckgu terangkan ??Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana sama. Objektif tu penyataan ringkas tentang apa yang anda hendak kaji. Dapatan kajian ialah laporan atau huraian tentang objektif berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian, temubual dan soal selidik serta rujukan. Rumusan pula ialah ringkasan daripada huraian dlm dapatan kajian mengikut aspek 8.1 hingga 8.5.

      Delete
  22. Terima kasih.tpi saya masih tak tahu cara macam mana nak tulis pendahuluan kt microsoft office word

    ReplyDelete
  23. cikgu dapatan kajian tu masih x tau nk buat lh...!sye nk kne antar folio nie cepat...so i hope teacher can help...!

    ReplyDelete
  24. cikgu...hmmm klau peta kajian tu...lukis jer ke bleh ke..???

    ReplyDelete
  25. Macamana nak buat objektif kajian ? Saya kurang faham.

    ReplyDelete
  26. Boleh Tiru ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya link .. saya nak tiru !! Cepat !

      Delete
    2. Kesiannya awak semua ni..kan ada guru geog sek awak utk bantu, lagi senang. Tunjukkan kerja yang telah awak buat tu dan mereka boleh betulkan yang mana salah. Soalan2 awak di atas tu, guru anda sendiri boleh jawab dengan lebih jelas.

      Delete
    3. pandai cikgu mengajar.......

      Delete
  27. pn.isya u rock.........

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum cikgu. Terima kasih banyak banyak atas segala panduan yang telah cikgu berikan :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya cikgu, saya ingin bertanya adakah soal selidik (kaedah kajian) memerlukan huraian sebelumnya atau terus letakkan 20+ borang soal selidik selepas pemerhatian?

      Delete
    2. Huraikan bagaimana awak jalankan soal selidik, apa maklumat yang awak mahu dapat daripada soal selidik dan berapa orang responden. 1 contoh borang soal selidik yang kosong hendaklah diletakkan di Lampiran. Jangan sertakan 20 borang yang telah diisi oleh responden. Itu utk tujuan analisa dan maybe untuk bina jadual dan graf

      Delete
    3. Oh, okey. Terima kasih banyak cikgu.

      Delete
  29. Assalammualaikum cikgu.,
    Macam mana nak buat penghargaan untuk pengangkutan awam.,?
    Dan saya mahukan contoh macam mana nak buat kerja kursus geografi bahagian pengangkutan awam.,
    Saya dari bandar tenggara,kulai,johor darul ta'zim.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk pos cikgu di blog ini berkaitan pengangkutan awam

      Delete
    2. cikgu macam mana nak rujuk pos blog ini.,?

      Delete
  30. assalamualaikum cikgu...saya nk tny pasal kerja kursus geografi...
    saya kurang faham...cikgu geo saya suruh cari maklumat dari internet tapi x jumpa...
    saya dari Taman Universiti,Skudai,Johor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang awak tidak faham? Ada tak guru geo beri penerangan tentang tajuk tugasan beserta aspek-aspek penghargaan sehingga kaedah kajian? Ada tak dia terangkan macam mana nak buat dapatan kajian iaitu tentang konsep, jenis dan kepentingan pengangkutan awam? Ada tak dia terangkan tentang macam mana nak dapatkan maklumat masalah pengangkutan awam di kawasan kajian?
      Ok..baca tulisan cikgu ttg kerja kursus geog ni. . Lihat di sebelah kanan blog ini, pergi ke sejarah bebelan. Klik tajuk2 yg berkaitan.

      Delete
    2. ada..tapi saya kurang faham akan penjelasan cikgu geo saya...
      ok saya akn cuba...terima kasih cikgu...

      Delete
  31. mintak tolong untuk panduan aktiviti penternakan tajuk 2...tolong lah...dah mati kutu nih....tolonglah dear teacher

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jenis penternakan? Pilih satu sahaja yang penting..

      Delete
  32. Ada cuba tanya cikgu awak tak? Diala paling arif ttg tugasan penternakan ni..mesti cikgu geo awak ada bagi panduan..

    ReplyDelete
  33. sy xfhm sama ada sy perlu huraikan atau letak nombor di bahagian objektif kajian...sila beri tunjuk ajar. trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senaraikan sahaja iaitu letak no. Spt yg cikgu senaraikan dlm pos cikgu di atas..

      Delete
  34. Cikgu ,bolehkah bagi saya peta daerah kedah?
    Saya tdk dapat cari

    ReplyDelete
  35. ummp..mcmne nk selitkan unsur patriotisme eyk?..blh bri contoh tak? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi post cikgu tentang dapatan kajian..di situ cikgu ada beri satu contoh bagaimana nak selit nilai @ unsur patriotisme bagi aspek 8.3 - 8.5..

      Delete
  36. blh bg skema jwpn?????????????????????? bg klu jerrrrrrrrr

    ReplyDelete
  37. objektif kajian nak buat huraian or what eh ?

    ReplyDelete
  38. cikgu, saya tk faham tntang peta kajian. ckgu geo saya kata untuk peta daerah kena ada sempadan. saya duduk di klang. bagaimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kena ada 2 peta, Peta daerah Klang (xpayah lukis, hanya tambah petunjuk, bingkai dan arah mata angin serta tajuk) dan peta kawasan kajian (mesti lukis sendiri)

      Untuk peta daerah klang pergi sini http://www.selangor.gov.my/klang/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=597&VertSectionID=130&CurLocation=481&IID=&Page=1

      Delete
  39. walaupun saya bukan murid cikgu tapi tankz

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum, cikgu. Sebnarnya saya msih confuse. adakah semua harus ditulis dlam bntuk esei? cnthnya pendhluan. saya tngok satu contoh dy tlis dlam bntuk point.
    a)......
    ...........
    ..........
    b)
    ...........
    ..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuk poin maksudnya ayat tak lengkap. Semua aspek dr penghargaan hingga rumusan mesti dalam huraian ayat yang lengkap. Sama spt kerja kursus di ting 1 & 2. Adakah awak buat kerja kursus ting 1 & 2? Awak tulis dlm bentuk (a), (b) dan sebagainya masih diterima asalkan ditulis dalam ayat yang lengkap dan menepati kehendak aspek.
      Cth: saya ingin mengucapkan setinggi2 penhargaan kpd pihak2 berikut iaitu
      a) pengetua smkxxx, puan teh wee leng kerana ........
      b) guru geografi saya, cik hanani bt abdul rahman yang ...
      c) kedua ibu bapa saya, encik rajin bin usaha dan puan sayang binti tegas kerana ....

      Awak juga boleh tulis dalam bentuk perenggan, perenggan pertama pengetua, perenggan ke 2 utk cikgu dan seterusnya.

      Delete
  41. cikgu,boleh tanya ke? nak tanya macam mana nak buat pendahuluan cikgu ? tak tahu lha nak buat..bagi contoh cikgu...thanks ^^

    ReplyDelete
  42. ataupun cikgu bagi link untuk cara membuat pndahuluan kerja kursus geografi ting.3 2013...boleh ke cikgu ? skali lgi trima kasih ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan panduan yg cikgu beri utk aspek pendahuluan, bina ayat-ayat yg mengandungi poin2 yg cikgu beri. Dengan kemahiran menulis karangan yg diajar guru BM, sy yakin anda boleh. Ada banyak contoh di internet berdasarkan tajuk tugasan PMR yg lepas.

      Delete
  43. cikgu boleh tanya contoh kerja kursus pertenakan ade x

    ReplyDelete
  44. tumpang tanya..kaedah kajian tu nak buat dlm perenggan yg lain2 ke??contohnya, pemerhatian buat dlm perenggan yg pertama, soal selidik buat dlm perenggan kedua,internet buat dlm perenggan ketiga..lps tu,yg internet tu nak kene bagi nama laman web yg kita guna ke??perlu ke saya bagi nama blog cikgu???saya x pahaaaammmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok dibuat dalam perenggan yang berlainan seperti yg awak sebutkan itu. Nama rujukan internet spt alamat blog cikgu ditulis di bahagian RUJUKAN bukan di bahagian KAEDAH KAJIAN. Di bahagian/aspek kaedah kajian, huraikan untuk apa awak gunakan kaedah tersebut dan bagaimana? Nama buku, nama orang, alamat website semuavdi bahagian rujukan.

      Delete
  45. assalamualaikum cikgu....mcm mane nk cari peta taman universiti,skudai,jb....saya x tahu nk cari kat mane agi...trima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search ' peta taman universiti sekudai' atau pg sini>>>https://maps.google.com.my/maps?oe=UTF-8&hl=en&client=safari&q=peta+taman+universiti+skudai&ie=UTF-8&hq=&hnear=0x31da746cd7f20bbd:0x1e1f808296655443,Taman+Universiti,+Skudai,+Johor&gl=my&ei=of5SUdzgBcr5rAeslYHYBw&ved=0CDYQ8gEwAA#bmb=1

      Delete
  46. cikgu, peta daerah alor setar nak cari dekat mana eh? saya tak tahu lah nak cari dekat mana. thankyou cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari di internet. Taip peta kadah atau alorvsetar

      Delete
  47. Cg saya kurang faham la contohnnya saya buat kawasn kajian selayang dan pengangkutan awam nya adalah ktm batu caves.Di dapatan kajian seperti kepentingan,cadangan dan lain2 perlu merujuk di kawasan selayang atau di ktm batu cave???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu dah jawab soalan awak ni di entri konsep..

      Delete
  48. Apa contoh nilai?unsur patriotisme? Boleh bagi beberapa contoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri cikgu, konsep pengangkutan awam..cikgu ada bagi satu contoh dlm setap aspek 8.3-8.5

      Delete
  49. cg.geo bleh tak tlong buatkan contoh kerja kursus penternakan...pleazzz

    ReplyDelete
  50. tq cikgu for the info ^^
    sgt2 berguna bg saye. :D

    *hope PMR nnt dpt A geo

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum, em tajuk peta tu camne?

    ReplyDelete
  52. Cikgu geo, perlu ke kita meletakkan nama responden dalam penghargaan? Boleh ke kalau kita hanya letak nama pengetua, ibubapa, guru dan rakan2.Maksudnya kita x perlu menghargai responden walaupun ade

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting, minimum 3 pihak..cikgu penting, ibubapa penting, kawan2 yang membantu penting, pengetua penting..alaa buat semua (yg penting, jangan tipu..)

      Delete
  53. Cikgu macam mana nak mula tulis kawasan kajian :-) harap cikgu bagi contoh

    ReplyDelete
  54. Assalam cikgu..
    Saya buat kerja khusus ni gne kom.
    jdi semua nk gne saiz 12 kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz 12,times new roman,langkaunya 2.0....-harap membantu-

      Delete
    2. tahu,,
      tpi xkn smue nk tulis dgn saiz 12.
      klau tjuk gne saiz 36 bole?

      Delete
    3. kalau cikgu awak xboleh baca saiz kecil, gunalah saiz 36 ke..takpun 40 :D

      Delete
  55. Macammana nak mula buat kaedah kajian? Saya dah tanya cikgu saya tapi die ckp terus buat so x payah nak buat introduction ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu awak betul juga..intro xada markahpun tapi ia mencantikkan karangan kita..

      Delete
  56. Perlu ke kita buat soal selidik dan temubual dlm kaedah kajian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, maklumat tentang pengangkutan awam di kawasan kajian boleh diperolehi dgn soal selidik penduduk kawasan kajian atau penumpang..rujukan internet selalunya umum sahaja.

      Delete
  57. Cikgu apa soalan yg boleh kite tanya kat penumpang keretapi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya tentang masalah dan cadangan..

      Delete
  58. Assalamualaikum,cikgu,saya ada masalah tentang sejarah kawasan kajian saya,dah puas saya cari,tak jumpa-jumpa.kawasan kajian saya di Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh,Selangor.Harap cikgu boleh tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha BRP ini dekat rumah cikgu saja..xperlu sejarah (kalau xtau) jika dah boleh hurai latar belakang (ini lagi senang..)

      Delete
  59. assalamualaikum,
    tumpang tanya, kalau kawasan kajian buat dalam satu perenggan sahaja boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja asalkan semua isi yang diperlukan ada..rujuk entri cikgu

      Delete
  60. salam. macam mna nk buat kegiatan penternakan

    ReplyDelete
  61. salam ,cikgu .
    macam mna nk buat kegiatan penternakan ? saya harap cikgu dapat bantu saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu xsempat2 nak bantu lagi, dears..Lagi satu, jenis penternakan ni banyak, cikgu kena banyak buat research kat internet jugak. Tempat cikgu ni tiada aktiviti penternakan. Suami cikgu ada banyak ikan koi dalam kolam ikan cikgu tu tapi bukan diternak..hehe

      Delete
  62. Thank You so much! Your guide was excellent for my Folio. I don't think I could have done it without this help! Thank You so much!!! Love you and stay awesome! Love your cover picture :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. U r very much welcome and tqvm for the compliments! You must be a girl :)

      Delete
  63. Terima kasih cikgu. tapi saya ada 1 je masalah. iaitu kat nom.5. saya kurang faham cara nak buat objektif kajian. trima kasih

    ReplyDelete
  64. Teacher may I ask you something about Kerja Kursus Geografi ? I'm totally confused to do Objektif Kajian. How to make it. I mean we need to do essay or what. I hope you'll answer my question. Thank you teacher :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) never did ur form 2 kerja kursus ah? No need to do essay form for objectives, just list them from 1 to 6, or from a to f. you must list 6 of them or else u get 0 mark. not one should be missing. I have given you the objectives in my entry above. pls check.

      Delete
    2. Okay thank you very much. May Allah blesses and pays your good deeds. Amin :)

      Delete
  65. cikgu macam mana nak buat penghargaan yang lenkpa ek? harap diberi pertolongan . tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat internet contoh2 penghargaan..:)

      Delete
  66. Thanx cikgu ! All the best pmr candidates hwaiting ! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, cikgu x tau ke hwaiting tu sebenarnya fighting ucapan bagi org korea untuk menunjukkan kesungguhan diorang.Btw, thanks cikgu. Saya bangga jadi anak murid cikgu!!!!! :-)

      Delete
    2. Anon..kalau murid cikgu, meh tunjuk muka sebenar..:)

      Delete
    3. Yela yela cikgu, saya kan pengecut...........

      Delete
    4. Cikgu, kaedah kajian temu bual kena ada lampiran ke ? Kalau saya temu bual ayah sendiri macam mana ? Cikgu, kenapa kaedah kajian saya nampak sikit T__T

      Delete
  67. Cikgu, ada ke contoh geografi projek tingkatan 3 2013?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde laa dear..cer cari di internet

      Delete
    2. oo. okay, terima kasih atas maklumat di atas cikgu :) Cikgu paling baik :)

      Delete
  68. salam, ckg kalau pengangkutan awam hanya tumpu pd tajuk yg saya buat ini "KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM DI STESEN KOMUTER KLANG, JALAN BESAR,KLANG SELATAN,SELANGOR D.E' .saya buat pasal komuter di klang saja bole ke? mcm mana dgn markahnya ditolak atau sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya cikgu awak..kalau saya, sy terima kalau memenuhi 4 kepentingan, 4 masalah dn 5 cadangan..

      Delete
  69. Assalamuaalaikum...cikgu mcm mane nk cari sejarah pengangkutan awam di tmn universiti?say mencarinya tdk jumpa...slps itu,saya kurang faham dgn kaedah kajian?terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada latar belakang, xperlulah sejarah..yg penting awak dah huraikan 3 aspek spt lokasi, jarak dan pandang darat fizikal serta yg penting sekali menamakan kawasan kajian dengan lengkap..

      Delete
    2. cuba baca entri cikgu..kaedah kajian..

      Delete
  70. salam..cikgu, ada tak contoh peta topografi? saya ada masalh nak hasilkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. bukan ke kalau nak buat peta untuk kawasan kajian kene lukis peta topo?

      Delete
    3. Siapa kata, guru geog awakke? Lukis peta biasa sahaja. Rujuk google map..

      Delete
  71. cikgu.... saya tak paham lah yang "Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai" contohnya macam mana? cikgu tunjukkan 1 contoh je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata kerja spt menyatakan, menghuraikan, menerangkan, menjelaskan, mentakrifkan
      Ie..mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas..
      Menghuraiakn kepentingan pengangkutan awam di tmn bukit rahman putra

      Delete
  72. Cikgu...saya perlu buat halaman utama tak?
    atau cuma guna tajuk itu sebagai halaman utama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka hadapan akan diberikan oleh guru awak. ia ada cop lembaga peperiksaan malaysia. lepas tu letak halaman 'tajuk', senarai kandungan, penghargaan dan seterusnya.

      Delete
  73. cikgu...nk tye sikit..hmmm lampiran x de ker..?klau lampiran tu letak gambar jer ke...?sbb cikgu sye ckp mcm tu...!x tau lh sme de btol ke x pe yg cikgu ckp tu...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampiran mengandungi surat pengenalan diri, surat kebenaran pengetua, surat makluman kepada ibubapa, contoh soalan temubual, contoh borang soal selidik, gambar, cetakan atau fotostat bahan rujukan internet/buku teks, keratan akhbar dsb. Minimum 4 lampiran

      Delete
  74. cikgu nak tnye ckit,,, mcm mne nak dpt peta daerah bentong, pahang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kat internet..peta daerah di negeri pahang

      Delete
  75. Assalamualaikum , nak tanya . nak cari peta daerah puncak alam mcmmana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya, guru geog awak akan menyediakan peta 'daerah' ni..

      Delete
  76. Hai, just want to ask what is the meaning of :

    * Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah
    * Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.

    in the bahagian 'Kaedah Kajian'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh: aspek Masalah Pengangkutan awam di X. Anda huraikan 4 masalah tetapi awak tidak sebut walau satu kaedah bagaimana awak dapat maklumat yang awak huraikan. Markah 0. Jika awak ada sebutkan kaedah dalam satu huraian dan tidak dalam 3 huraian yang lain, awak boleh dapat markah..
      Kaedah itu dinyatakan begini, "Salah satu masalah pengangkutan awam di X ialah pencemaran udara. Melalui pemerhatian(kaedah kajian) dan pengalaman saya, bas X yang melalui kawasan kajian saya sentiasa mengeluarkan asap hitam yang menyesakkan pernafasan. Ini menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk dan boleh menjejaskan kesihatan. Cukup sekali awak menyebut suatu kaedah, anda boleh dapat markah jika huraian adalah betul dan relevan dengan kawasan kajian. tapi tidak salah awak menyebut 3 kaedah bila anda menghuraikan 3 masalah yang lain. Cth: Hasil daripada temubual dengan Encik K, tambang teksi yang mahal adalah satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk X. Tambang teksi dari X ke Bandar Y ialah RM 10 berbanding dengan menaiki bas awam yang hanya RM3 sahaja.

      Delete
    2. Oh, okay, terima kasih. Tetapi, jikalau saya hanya sebut kan kaedah saya pada permulaannya, tetapi tidak sebut pada huraiannya, boleh tak? CONTOH:

      Daripada pemerhatian yang telah saya jalankan di kawasan kajian, terdapat beberapa kepentingan pengangkutan awam:

      a) Mengurangkan kesesakan.
      pengangkutan awam..........(tiada menyebutkan kaedah yang digunakan)

      b) Mengangkut penumpang
      pengangkutan awam........(juga tiada menyebutkan kaedah)

      c).........................
      ....................(tiada sebut kaedah)

      d).......................
      ....................(tiada sebut kaedah)


      Dan adakah format yang saya tulis betul ?

      Delete
    3. Ok , Terima Kasih! :)

      Delete
  77. hello teacher! can i ask how to do RUJUKAN for 'Kaedah Kajian'. i mean..... how can i start the essay because my teacher wants us to do in essay of 3 paragraph for RUJUKAN which consist the reference consist of Buku Rujukan (bentuk journal/buku ilmiah), Laman Web, Buku Teks Geografi. help please :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do essay on what aspect? Konsep or what?

      Delete
  78. cikgu , x de ke cara untuk bahan grafik..saya x tau nak kena buat macam mane??

    ReplyDelete
  79. dapatan kajian tu mcm mna nak buat?

    ReplyDelete
  80. ada contoh foio x???

    ReplyDelete
  81. cikgu objektif kajian tu kena buat dlm bentuk karangan ataupun point form??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senaraikan sja 6 objektif tersebut..
      Objektif2 kjin sya ialh
      1) mentkrifknkonsep pegngkutn awam dengn jelas dan lengkap
      2) meghuraikan jenis engngkutn awam di taman X
      3)......

      Delete
  82. now i seriously need someone to copy from cause i don't get a single word in this page -.-

    - Roysten F.

    ReplyDelete
  83. Cigku, setiap Kajian permulaan cara membuat pndahuluan kerja kursus geografi ting.3


    Contoh:
    Pendahulu apa yang perlu ditulis?


    Pencemaran Udara
    - tulis point point huriaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, cikgu tidak faham soalan awak

      Delete
  84. cikgu sye prlukan pnduan untk rumusan aktiviti penternakan..

    ReplyDelete
  85. cikgu..bahan grafik punye jadual mahu buat kereta a?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat soal selidik terhadap minimum 20 org responden tentang kenderaan awam yang mereka pernah naiki di kawasan kajian awak. lepas itu buatla jadual dan graf.

      Delete
    2. erm..terima kasih atas bantuan cikgu yang baik hati dan cantik ini..tapi sye nak tanye jika nak buat carta pai tu , kereta termasuk jadual tu atau tidak ?

      Delete
  86. tentu soal selidik perlu ke , cikgu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wajib kalau awak boleh dapat maklumat yg diperlukan melalui temubual dan pemerhatian

      Delete
  87. cikgu, nak tanya, mcm mana hurai 4.0?

    ReplyDelete
  88. how do i start pendahuluan. can you email it to me at oldskool_rocka@hotmail.com. thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari d8 internet..'prndahuluan untuk kkg 2012 atau tahun sebelumnya..

      Delete
  89. cikgu macam mana buat rumusan ?

    ReplyDelete
  90. cikgu , macam mane nak buat rumusan kajian ..?

    ReplyDelete
  91. cikgu apa maksud TBM dalam objektif kajian??? terima kasih

    ReplyDelete
  92. assalamualaikum cikgu ...bley x saye nak masukkan kerja kursus nie dalam blog saye...

    ReplyDelete
  93. cikgu macam mane nak buat secara logik akal...

    ReplyDelete
  94. Rumusan punya ada tak?

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum, Cgu ?... Cgu, Sbenar Nya, Sy Msih Confuse Ttang Kerja Kursus Nie ... Klau Hasil Kajian Tue, Perlu D Huraikan Kha Lg Cgu ?... Contoh Nya, Langkah2, Kesan2 T'hdp Pencemaran ?...

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum . terima kasih banyak-banyak cikgu ! Sangat sangat membantu ! hee. Terima kasih.
    By the way , Selamat Hari Guru ,

    ReplyDelete