What I see, hear and feel

What I see and did..
The Cliffs of Moher, one of UNESCO's recognised Global Geoparks; a special region with outstanding geology and fascinating local culture.

Saturday, February 2, 2013

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon.

Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah apabila anda hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.

8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan.

Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah:
1) Wikipedia
2) Blog dan blog ini dan blog ini...
3) laman web 1Klik

Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu. 
 Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3 rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber)

Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya.

Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu

8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas beserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, KTM komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya.

Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.
1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan.

2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki.

3) KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir.  (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan.  Tempat letak kereta.

4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian.

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya:

    Mengangkut barangan                                         Sumber 
pendapatan
    Mengurangkan kesesakan                               •    Peluang 
pekerjaan
    Ketersampaian                                                 •    Kemajuan 
industri 
sokongan
    Mengangkut 
penumpang                                     Meningkatkan 
mobiliti 
penduduk
    Pelancongan                                                        Menjimatkan 
masa
    Perdagangan                                                        Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Huraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.."Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik..."

1) Mengurangkan  kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM komuter, LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
                                              b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik seperti  KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta),  suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM komuter, LRT, ERL-dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi.

3) Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak

4) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri, pergi ke sekolah.

5) Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada kesesakan lalu-lintas

6) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah.

7) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.

8) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar. Perkhidmatan MAS @ Air Asia menggalakkan pelancongan ke tempat-tempat menarik di Malaysia, Langkawi, Tawau, Kuching dll.

Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh.
Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja).  Ataupun, kalau malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik.

Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yang pernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya.

1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor.

2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan

3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam

4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-kereta  diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas

5) Tambang mahal:  tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa.

6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya

7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat.  Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa)

8) Keselamatan penumpang 
terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.

9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.

10) Darjah 
ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas

11) Kos bahan api 
meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat

12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising

Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja.  Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com.

8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.

Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif.  Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.

Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya dan kursus pemanduan berhemah.  
Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:

1)   Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. 
2)    Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)

3)    Pendidikan alam sekitar

4)    Penggunaan petrol tanpa 
plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara

5)    Penapis asap / 
Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya.

6)   Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" ..

7)   Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.

8)    Penggunaan bahan api 
alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 
9)    Kursus pemanduan berhemah 
(klik link yang diberikan sebelum ini)

      *  Nota: 
Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.

Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk.  Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ...  Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

Untuk menyediakan bahan grafik untuk dapatan kajian,  sila baca di sini..
Cara menulis Rumusan Dapatan Kajian, Sila klik di sini...


Thank you for reading and visit me again.

314 comments:

  1. salam cikgu ~ cgu, sya nak mnta tolong kat cgu.. sy hdpi mslh pda bhgian 8.4 .. tjuknya , 8.4 Masalah p'angkutan.. isi yg cgu sy bg pncmrn udra, jngka msa lma & kslmtn pnmpg t'ancm.. sy xde idea bgaimna nak huraikan.. sy hrp cgu dpt bntu sy.. sekian ~ :)

    ReplyDelete
  2. Aspek 8.4 tu nanti cikgu sambung, insya Allah..cptnya anda, sek cikgu xmula lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, 8.3 boleh guna point form ataupun mesti dalam perenggan?

      Delete
    2. cikgu,8.4 brapa perenggan mau tulis?

      Delete
  3. cikgu tolong letakkan sekali huraian boleh ?
    saya sudah cuba untuk menguraikan point-point yang telah diberi .
    kepala saya bagaikan hendak pecah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pergi ke link-link yg saya beri tu..di situ ada sebahagian huraian yang anda perlukan. Pilih huraian yang sesuai dan betul dengan kawasan kajian anda. jangan pakai ambil sahaja. Selebihnya minta bimbingan dari guru. Saya tidak boleh memberikan huraian sepenuhnya. kalau sukar sangat, email saya, ok?

      Delete
  4. cikgu ble sambungan nk dikeluarkan....saya sedang menunggu sebab sek saye dah mulakn kerja khusus ni.....hope blh dicepatkn....terima kasih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudahkah anda buat pemerhatian, temubual atau soal-selidik? Buat dulu penghargaan, pendahuluan, kawasan kajian dll tu. Dapatan kajian sebaik2nya dibuat selepas anda buat soalselidik, temubual dan pemerhatian.

      Delete
  5. slm. contoh untuk tajuk penternakan x de ke cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..anda buat kajian penternakan haiwan apa? ayam, kambing,ikan?

      Delete
    2. saya buat peternakan ayam kot.

      Delete
  6. slm.terima kasih ats panduan yg ckg berikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..sama-sama, semuga ia banyak membantu. :)

      Delete
    2. semasa membuat 8.3,8.4,8.5 perlukah kesemua dibuat dalam cara soal selidik ataupon bleh dibuat secara lain2 @ campor2

      Delete
  7. assalamualaikum..Trima Ksih ckgu huraian yg dbrikan bnyk mmbntu saya....

    ReplyDelete
  8. salam..tq atas info ni..br download soalan utk student sy hr ni tp dh dapat bnyk info utk buat kerja kursus ni..:)

    ReplyDelete
  9. Salam. Terima kasih atas info ini. Banyak membantu saya dan stdnt. syabas !

    ReplyDelete
  10. cikgu....mana cadangan...sedang tunggu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) masih awal lagi..Insya Allah akan menyusul. Sekarang sibuk dgn ujian 1 akan datang dan weekend ni will be admitted into the hospital for angiogram..:))

      Delete
  11. cikgu...cadangan x de ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiii..ank murid cikgupun xstart lagi..awak dah nak abis :)) nanti,nanti..tapi awak ada idea apa2 cadangan?

      Delete
  12. Whr is 8.5??pls let me knw..Tq :)

    ReplyDelete
  13. Kelas kita keje khusus Geo kne siap by Tuesday dh..Sye stress sgt..Sye dh siap smua kecuali Dapatan Kajian...

    ReplyDelete
  14. Cikgu,Saya Dah Siap Semua Kecuali Dapatan Kajian Dan Rumusan...Saya X Tau Nak Buat Mcm Mana...Kelas Saya Keje Khusus Geo Kne Siap Bulan 3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh antar saya kerja kursus geo tugasan 1.
      email sa lingesh_k@yahoo.com.
      tolonglah?

      Delete
  15. Thz cikgu ... walaupun bukan pelajar sekolah cikgu XD

    yang benar
    Anonmous

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome..panduan untuk semua calon pmr

      Delete
  16. trma ksh cikgu...krna mmbntu kmi untk menyiapkn krja kurss geo nie...

    ReplyDelete
  17. cikgu tolong letakkan sekali huraian boleh ?
    saya sudah cuba untuk menguraikan point-point yang telah diberi .
    kepala saya bagaikan hendak pecah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya huraian dalam satu atau dua ayat yang mencakupi poin-poin di atas sudah mencukupi. Huraian mestilah sesuai dengan keadaan pengangkutan awam di kawasan kajian. Tidak perlu huraian yang berjela-jela.

      Delete
    2. Saya bagi satu contoh. Kepentingan pengangkutan bas awam di kawasan kajian saya ialah meningkatkan mobiliti penduduk (nyatakan kepentingan). Penduduk di kawasan kajian saya kebanyakan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kenderaan sendiri. Oleh itu, mereka sangat bergantung kepada pengangkutan bas awam untuk ke tempat kerja, membeli belah atau urusan-urusan lain (huraian).

      Delete
  18. assalamualaikum cikgu ... boleh tolong saya x...
    setiap point tu kena buat dlm essay atau dlm point yg cikgu buat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis poin-poin yang berkaitan dalam ayat yang penuh. Setiap kepentingan, masalah dan cadangan boleh dihuraikan dalam satu, dua atau tiga ayat. Contohnya, kepentingan pengangkutan bas awam. Bas awam di kawasan kajian saya mengangkut penumpang (nyatakan satu kepentingan) seperti pelajar sekolah, pekerja pejabat dan swasta dan penduduk lain yang tinggal berdekatan laluan bas tersebut. (huraian)

      Delete
    2. thanks cikgu...

      Delete
  19. cikgu,saya tidak berapa jelas dengan penggunaan fon Times New Roman,saiz 12 dengan langkau 2.0.apakah yang dimaksudkan dengan langkau 2.0 itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkau 2.0 ialah 'double spacing'..Fon dan saiz boleh rujuk pada menu bar di bahagian atas program Word.

      Delete
  20. salam cikgu ,,,terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada saya ,,,, terima kasih sekali lagi ,,,,

    yang benar
    Calon PMR 2013

    ReplyDelete
  21. Cikgu cikgu . Perlu kah kita membuat temubual seperti yg dinytakan? hmmmmmm :(

    ReplyDelete
  22. terima ksih ckgu..pnduan ni mmg bguna sbab sya ni tk tau mcm mna nk buat..sblum cuti penggal kmi kna hntar.. :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Cikgu. Terima kasih cikgu ! Post nih banyak tolong saya:D Mintak-mintak boleh dapat A . Amiin..

    ReplyDelete
  24. salam, cikgu ada tak sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, masa dan kesihatan xbegitu mengizinkan cikgu menulis panjang..yang adapun sudah boleh membantu pelajar menulis dapata kajian. mintalah bantuan guru di sek anda..:)

      Delete
  25. salam cikgu , saya pelajar bandar baru uda , johor :) cikgu boleh cadangkan link untuk maksud pengangkutaan awm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..cikgu dah bagi 2 link di atas tu. dah rujuk kamus?

      Delete
  26. Cikgu,tajuk 8.5 cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengakutan awam di kawasan kajian perlukah kita huraikan setiap 8.4 masalah perkembangan pengakutan awam di kawasan kajian yang telah kita pilih? tq cikgu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda pilih 5 cadangan untuk mengurangkan mana-mana masalah pengangkutan awam di kawasan kajian yang anda huraikan di 8.4. Contohnya, anda boleh beri 3 cadangan untuk masalah pencemaran dan 2 cadangan untuk masalah kesesakan. Lepas tu huraikan nilai atau unsur patriotisme yang berkaitan. Anda juga boleh beri 5 cadangan untuk mengurangkan 1 masalah yang anda huraikan. Atau anda juga boleh beri cadangan untuk mengurangkan setiap masalah yang anda huraikan dalam 8.4. Yang penting ada 5 cadangan untuk masalah-masalah yang anda hurai itu. JANGAN BERI CADANGAN untuk masalah yang TIDAK anda nyatakan dlm 8.4.

      Delete
  27. Cikgu,,,macam mana nak buat Konsep Kajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan dgn ..Berdasarkan wikipedia, pengangkutan awam ialah....

      Delete
    2. Cikgu,,,boleh tak ajar macam mana nak buat ayat permulaan untuk membuat cadangan?? trima kasih :)

      Delete
    3. amboii..inipun xboleh buat sendirike?? erm.."Saya akan menghuraikan 4 cadangan untuk mengurangkan masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam yang saya terangkan sebelum ini. "

      Delete
  28. terima kasih cikgu kerana membantu saya :)

    ReplyDelete
  29. cikgu , saya nk tanya , boleh kah kalau saya buat dalam poin?
    takde potong markah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam objektif anda sebut huraikan, jadi haruslah tidak ditulis dalam point form.

      Delete
    2. kalau yang lain ? boleh ?
      Macam masalah pengangkutan awam ke ..

      Delete
  30. can i wanna ask a question...sy confiuse lh ... kerja kursus ini kena ke buat temu bual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu kalau sudah ada 2 kaedah lain..spt pemerhatian dan rujukan

      Delete
  31. Objektif kajian kita kena bg takrif pengangkutan awam eh ?? Dapatan kajian kita perlu ke bagi definisi pengangkutan awam tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bahagian objektif kajian ialah mentakrif dan meghuraikan konsep pengangkutan awam dengan jelas dan lengkap. Di bahagian dapatan kajian, awak akan nyatakan dan huraikan definisi pengangkutan awam beserta contoh.

      Delete
  32. terima kasih banyak membantu saya

    ReplyDelete
  33. mcm mna nak buat nilai murni utk mslh pkmbang pngangkutan awam erk?sye tgh blur larh...................

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca di bhg aspek masalah di atas. Ada saya beri satu contoh..

      Delete
  34. salam cgu, bg pndpat cgu antra tjuk pengnkutan dan pnternakn mna lg mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg senang dapat maklumat la untuk aspek 8.1 hingga 8.5

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. assalammuailaikum cikgu,klau sya buat esai cadangan mcm nie bleh x?sya mpunyai bbrapa cdngan utk mgtasi mslah pkmbangan pengangkutan awam.antranya kita hdklah mguatkuasakan undang2 sprti mmnjrakan pmndu yg mmndu mlebhi had lju dn bleh mybabkan kmlangan......tpikan cikgu sya x thu mcm mna nak smbung lgi.........sya hrap cikgu dapt mmbantu sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba awak pergi ke link yang cikgu bagi tu..ada rasanya tentang tindakan terhadap pemandu tidak bertanggungjawab nih. Baca dan fahamkan.

      Delete
  37. Cikgu sy ada masalah dalam mencari bahan rujukan.Boleh cikgu bantu sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan saya bagi ada bagi link. Itulah antara bahan rujukan. Buku teks awak juga satu bahan rujukan. Kamus pun bahan rujukan juga utk cari maksud pengangkutan awam..

      Delete
  38. Cikgu ,kalau saya buat dapatan kajian punyai permulaan terus tulis dengan 8.1 punyai point,boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus tulis 8.1 mulakan dengan.."Berdasarkan wikipedia, pengangkutan awam ialah.........." Jangan tulis dalam point form ok?

      Delete
  39. 8.1punyai contoh relavan ah,hanya tulis contoh bas awam,teksi dan feri.
    tak pula hurai liao ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu hurai. Nanti di 8.2 baru awak hurai jenis pengangkutan awam di kawasan kajian awak.

      Delete
    2. Cikgu, dalam 8.5 mcm mana tulis nilai atau patriotisme

      Delete
    3. Bergantung pada huraian cadangan..

      Delete
  40. Cikgu, kita mesti pergi temu bual pemandu taxi ke atau temu bual org yg menaiki taxi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temubual penumpang teksi utk dapatkan maklumat ttg masalah, kepentingan dan cadangan..

      Delete
    2. Penumpang teksi ni boleh jadi ibubapa, abg @ kakak, jiran, dn sesiapa saja yang dikenali kerap menaiki teksi. Pemandu teksi pun boleh juga ditemubual ttg tambang teksi dan penggunaan gas asli cecair yg digunakan oleh sesetengah teksi..

      Delete
  41. Salam, maaf ye cikgu sebenarnya sy agak buntu sedikit dgn tajuk penternakan ini sbb x byk bahan blh dapat di internet...lgpun di internet lbh byk kpd cth2 pengangkutan...memnandangkan kawasan bg calon2 sekolah sy ni berada di kawasan kg..jadi sy pilih penternakan ayam & arnab tapi sebenarnya haiwan ternakan ini kita blh sertakan sampai berapa ye cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih satu saja yang memenuhi semua aspek kajian. Maksudnya, cikgu boleh berikan 3 kepentingan, 4 faktor, 2 kesan dn 3 cadangan. Jenis penternakan mesti dimasukkan dalam tajuk cth penternakan ayam di...

      Delete
  42. cikgu tak ade sertakan soalan yg perlu ditemubual kepada pengangkutan awam ker ?

    ReplyDelete
  43. Thanks for giving me a lot of information . Now , I more confident to finish up my folio =)

    ReplyDelete
  44. cikgu terima kasih bagi panduan yang diberikan. tetapi saya menghadapi kesusahan untuk buat kerja kursus sej...cikgu ada sik link panduan untuk buat kerja kursus sej? tolonglah...

    ReplyDelete
  45. Cikgu untuk penghargaan bolehkah saya tulis 3 pihak sahaja? atau mesti tulis semua 5 pihak?

    ReplyDelete
  46. Cikgu,cara nak buatnya 8.1,satu karangan je kea atau cmpor smua skli??

    ReplyDelete
  47. so kind of you teacher....your notes is really helping me a lot....

    ReplyDelete
  48. Cikgu, kerja khusus perlukan berapa buka surat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada guru subjek awak, dia nk berapa

      Delete
    2. 15 atau 18 rasanyalah. ...tapi cikgu, ini bru kali kedua saya buat, dh lame dh tinggal kerja khusus ni. Cikgu rasanya markah penuh kerja khusus berapa?

      Delete
    3. Kerja kursus geog bkn khusus. Untuk skema pemarkahan, rujuk lembaga pep bah kkg..

      Delete
  49. cikgu, nak tanya ni, lampiran, rujukan dan contoh bahan grafik boleh bagi takk ? Peninglahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grafik sy terangkn di post lain. Boleh 'search' di blog saya

      Delete
  50. Ohh! thanks teacher! Goshhh...TBH,this helped me a lot . ^_^

    ReplyDelete
  51. salam.. cikgu, boleh tak emailkn ntuk saya kerja kursus geo ni yg full version pnya ?? hehe..
    harap cikgu dpat bantu.. email saya : thelipstik_98@yahoo.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pmbetulan.. email saya : sayabah11@gmail.com

      Delete
  52. SAYA INGIN BERTANYA CIKGU MENGAJAR DI MANA?

    ReplyDelete
  53. Terima kasih Cikgu . Blog ini banyak membantu saya :)

    ReplyDelete
  54. cikgu ? yg 8.5 thu tak payah beri unsur patriotisme ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8.5 mesti beri nilai @ unsur patriotisme

      Delete
  55. cikgu macam mana nak buat dapatan kajian tentang kegiatan penternakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa jenis penternakan yang dipilih untuk dikaji? Saya akan cuba bantu..

      Delete
    2. saya buat ayam

      Delete
  56. terima kasih cikgu... blog nie bnyk bantu sya cri bhan yg sya nak... terima kasih... from jenanians..

    ReplyDelete
  57. cikgu sye prlukan panduan untuk tajuk penternakan no 8.5...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penternakan apa yang dikaji? ayam, ikan?

      Delete
  58. cikgu, boleh ke buat huraian dalam bentuk point2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xboleh, tulis dalam bentuk karangan.

      Delete
    2. kalau kaedah kajian buat dlm bentuk poin2..boleh?

      Delete
  59. Asalam cikgu kalau 8.1 - 8.5 setiap satu buat bentuk karangan lebih daripada 400 patah perkataan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari 8.1 hingga 8.5 minimum 400 patah perkataan. Bukan setiap satu, 400 pp..abislaa..:))

      Delete
  60. assalamualaikum cikgu~ kalau saye nak buat pengangkutan tentang van sekolah, itu dikira sebagai pengangkutan awam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bas sekolah adalah pengangkutan awam, van sekolah juga sama..

      Delete
  61. Salam cikgu,, nk tye..adakah kita perlu pergi kat pengangkutan awam? Atau jikalau tidak pergi adakah iai penting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca jawapan cikgu kepada Hayabusa di bawah.

      Delete
  62. Cikgu front page kena buat camna ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta daripada guru awak..atau download dari sini http://id.scribd.com/doc/28737945/28556047-Halaman-Depan-Kerja-Kursus-2

      Delete
  63. Saya dah hampir siap cuma tinggal Dapatan Kajian jer. Boleh cikgu beri informasi yang lebih terperinci dan mudah difahami ? Saya tidak akan tiru dan akan menggunakan idea sendiri untuk menyiapkan kerja ini tapi saya perlu info yang lebih terperinci tentang Dapatan kajian. Terima kasih. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan sudah cikgu berikan di atas..tapi mesti disesuaikan dengan keadaan di kawasan kajian sendiri..awak mesti buat kajian dengan membuat pemerhatian, rujukan, atau temubual atau soal selidik di kawasan kajian awak. Baru dapat maklumat yang betul, bukan dibuat2.

      Delete
  64. cikgu saye nak tanye ...bab bahan grafik ..kita handak buat drpd asepek ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri cikgu, kkg 2013: bahan grafik

      Delete
  65. Cikgu, kereta persendirian yang mengangkut pelajar ke sekolah itu bolehkah dianggap sebagai pengangkutan awam? jika boleh, macam mana nak tulis dalam folio saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kereta itu digunakan untuk mengngkut beberapa org pelajar setiap masa/ hari persekolahan? Ada tak jenis pengangkutan awam yg lain di kawasan kajian? Kalau pengangkutan awam tersebut dapat memberikan 4 kepentingan, 4 masalah dan 5 cadangan dpt dihuraikan, boleh saja. Anda tidak semestinya mengkaji satu jenis pengangkutan awam sahaja malah boleh kaji semua yang ada. Cth. Kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian saya ialah mengangkut penumpaNg seperti pelajar sekolah, pekerja dan penduduk. Kawasan kajian ke destnasi mereka. Hcontohnya, bas sekolah, bas awam, teksi dan kereta sapu digunakan oleh pelajar sekolah ,di .......untuk pergi dan balik dari sekolah. (Ini sudah dapat 1 markah)

      Delete
    2. oh...okay, terima kasih cikgu ! :)

      Delete
  66. Cikgu yang dikasihi, untuk dpatan kajian nie
    kene tulis ke 8.1,8.2,8.3,8.4,8.5 ? Klau saya
    campurkan semua 8.1,8.2,8.3,8.4,8.5 menjadi
    satu karangan bleh tak ?
    Cikgu saya ckap kene buat dlm bentuk karangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lebih teratur dan memudahkan guru memeriksa, eloklah dibuat berasingan spt di sini http://kkg2012.blogspot.com/search/label/K.%20DAPATAN%20KAJIAN%20-%202.%20Kepentingan%20Perniagaan%20Runcit

      Delete
  67. cikgu, nilai murni kene buat dkt huraian atau habis huraian setiap aspek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua aspek kita dah huraikan..buat dkt bwh skali boleh x cikgu..

      Delete
    2. Xboleh. Ada 4 hurain nilai iaitu kepentingan, masalah, cadangan dn rumusan

      Delete
  68. Assalamualaikum , cikgu !
    terima kasih ats maklumat yg ckgu brikan ,. sgt membntu sy dan tmbh lg bantuan dri ckgu sy sndiri ..
    skali lg , trima kasih! :)

    ReplyDelete
  69. Saya gembira jika panduan-panduan cikgu dapat membantu pelajar2 yang mengunjungi blog cikgu ini. Cikgunterkilan kerana setakat ini belum berupaya memberimpanduan yang lengkap untuk tajuk penternakan

    ReplyDelete
  70. thanks sangad2 cikgu :) , tapi saye maseh kurang faham laa

    ReplyDelete
  71. cikgu , boleh tolong senaraikan syarikat teksi-teksi yang berada di shah alam sebab susah nak cari info pasal diorang ! 2) cikgu apa maksud kekerapan bas (setiap x minit)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekerapan bas >>setiap berapa minit/jam bas datang

      Delete
  72. Assalamualaikum cikgu,yang maklumat berkenaan dengan jadual bas tambang bas teksi semua tu memang wajib ada dalam dapatan kajian atau sekadar tambahan maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wajib, hanya maklumat tambahan sahaja..

      Delete
    2. Cikgu,kalau kawasan kajian tu merangkumi dua tempat sekaligus blh ke? mcm tempat perhentian teksi dan stesen bas.dua tempat tu sebelah menyebelah,jadi klu jadikan dua dua tu kawasan kajian blh ke? dan blh ke cikgu klu nak kaji dua pengangkutan atau memang kena satu sahaja? contohnya teksi dan bas atau hanya salah satu?

      Delete
    3. Sebenarnya, kkg ni mengkaji pengNgkutan awam di kawasan kajian spt tmpt tinggal anda, meliputi semua jenis yang ada dr segi kepentingan, masalah dn cdngn kurgkn masalah2 trsebut. Awak boleh juga fokus kpd satu jenis pengangkutan awam yg utama selalunya bas awam. Kalau awak pilih satu jenis sahaja, pastikan awak boleh huraikan 4 kepentingan, 4 masalah dan 5 cadangan yg berkaitan dgn bas awam shj. Kalau tak boleh, awak kenalah juga kaji jenis pengangkutan yang lain iaitu teksi atau bas sekolAh dan lain2

      Delete
  73. SLM..CG..BULEH TAK TLONG BGI CONTOH PENDAHULUAN..SAYA TAk pandai nak buat..huhu

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. ASSALAMUALAIKUM CIKGU,DAPATAN KAJIAN 8.1 HINGGA 8.5,BUAT DALAM BENTUK POIN-POIN ATAU KARANGAN.

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum cikgu kawasan kajian saya selayang dan pengankutan awam saya ambil ktm batu caves dalam dapatan kajian spt membuat kepentingan.cadangan dan masaalah perlu berdasarkan kawasan kajian selayang atau ktm batu caves???saya amatmemerlukan jawapan yg detail dari cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih salah satu. Kalau awak pilh satu kawasan di selayang, kajilah pengangkutan awam yang terdapat di situ seperti bas awam, bas sekolah dan teksi. Kalau awak nak fokus kepada satu jenis pengangkutan awam sahaja iaitu ktm komuetr batu caves, inilah kawasan kajian awak.

      Delete
  77. Assalamualaikum Cikgu :) Cikgu, dalam dapatan kajian boleh selitkan gambar? Ataupun gambar hanya dimasukkan di lampiran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 boleh. Selit di dapatan kajian lebih baik sebab dekat dengan huraian yang berkaitan dengan gambar tu. cth gambar kesesakan bas, kesesakan lalu lintas, gambar bas yg mengekuarkan asap kotor di kawasan kajian, gambar penapis asap dan lain2

      Delete
  78. Assalamualaikum cikgu,temu bual mesti tulis dalam dialog ke?

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum cikgu. saya nak tanya ni, dari 8.1 - 8.5 karangan asing asing boleh tak? Terima kasih ^^ - naim

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. cikgu, kalau nak buat rumusan pengangkutan awam macam mana?

    ReplyDelete
  82. rajinnye cikgu taip panjang2 ^^ terima kasih :D

    ReplyDelete
  83. Cikgu, bagaimanakah untuk huraikan jika saya pilih ketersampaian sebagai kepentingan pengangkutan awam? bolehkah bagi saya sedikit contoh? Terima kasih =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketersampaian maksudnya boleh sampai ke sesuatu tempat. Pengangkutan bas awam boleh meningkatkan darjah ketrsampaian penduduk di kawasan kajian, contohnya penduduk di kawasan kajian boleh pergi kemana-mana destinasi mereka seperti x, y , z dan lain-lain dengan menaiki bas awam X.

      Delete
  84. cikgu saya nak tanya ni, cadangan yang diberikan mesti berkaitan dengan semua masalah yang dinyatakan ataupun cuma berkaitan dengan sebahagian masalah sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua boleh. Baca aspek 8.5 dalam entri cikgu.

      Delete
  85. terima kasih ckgu . Entri2 ckgu byk mmbantu saya . Kerja kursus sya dah hampir siap . Mudah-mudahan ckgu geo saya bagi markah penuh .. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta guru geo awak semak kkg awak samada betul atau tidak, kalau ada silap, buat penambahbaikan..

      Delete
  86. cikgu, bolehkah letak Petaling Jaya sebagai kawasan kajian??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petaling jaya itu besar..pilih satu taman perumahan di pj, kawasan tempat tinggal atau kawasan tempatbpersekolahan awak

      Delete
  87. cikgu unsur patriotisme tu kt bwh lps abis trgkn 8.3 k?dan jgk strusnya 2?

    ReplyDelete
  88. cikgu bhn grafik nk ltk kt mne? kne ltk kt setiap 8.3 8.4 n 8.5 ke? tlg sy.....

    ReplyDelete
  89. kalau nk cri c0ntoh buat f0lio sejarah dkt mne??? please.. t0long..

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum cikgu terima kasih :D

    ReplyDelete
  91. Terima kasih, cikgu!!!!!!

    May Allah bless ;D

    ReplyDelete
  92. hasil kajian macam mana nak buat ?

    ReplyDelete
  93. cikgu, apa perbezaan antara peta deerah/zon/bahagian dan peta kawasan kajian??
    contoh peta deerah/zon/bahagian letak selangor??
    contoh peta kawasan kajian letak petaling jaya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.clevermunkey.com/2010_07_01_archive.html utk peta daerah petaling. Cari di mana letaknya kawasan kajian awak dan tandakan pada peta daerah tersebut.

      Delete
  94. kena buat dalam point ke dalam perenggan

    ReplyDelete
  95. salam cikgu. macam mana nak buat tentang kegiatan penternakan.

    ReplyDelete
  96. cikgu,langkau 2.0 tu tkn space 2x kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dekat microsoft word . kat atas sekali tu ada. ada bentuk anak panah atas n bawah . tekan je situ , then , pilih je mane yg nak . okay ?

      Delete
    2. Tqvm , sibudak bercerita..:))

      Delete
  97. Assalamualaikum cikgu.. terima kasih kerana memberi panduan mengenai kerja kursus ini :) Alhamdulilah..

    ReplyDelete
  98. cikgu, apa yang patut saya tulis pada 'bahan grafik' dan aspek apa yg t'libat dgn bhn grafik? (●´ω`●)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri cikgu di bahan grafik untuk kkg :)

      Delete
  99. Assalamualaikum cikgu...boleh saya tanya cikgu tentang kerja kursus sej? saya menghadapi masalah camne mok buatnya..boleh cikgu tolong bagi panduan juga kah?

    ReplyDelete
  100. cikgu bolehkah memeberi atu cadangan untuk satu masalah tetapi saya memberi lima masalah

    ReplyDelete
  101. website ni banyak membantu saya nak buat kkg 2013. terima kasih cikgu!

    ReplyDelete