What I see, hear and feel

What I see and did..
The Cliffs of Moher, one of UNESCO's recognised Global Geoparks; a special region with outstanding geology and fascinating local culture.

Friday, April 20, 2012

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan


Guru-guru geografi anda sudah tentu telah menerangkan format Lampiran dan Rujukan untuk kerja kursus tahun ini. Walaupun sudah pernah dibuat di tingkatan 1 & 2, ramai yang beritahu cikgu yang mereka sudah lupa. Sekali lagi, rujuk panduan pelaksanaan kerja kursus yang mungkin anda sudah 'download' dari internet.

Untuk LAMPIRAN, sertakan 4 bahan atau lebih daripada senarai berikut:
• Surat pengenalan diri calon
• Surat kebenaran membuat kajian
• Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
• Surat kebenaran ibubapa/penjaga
• Surat penghargaan
• Soalan temu bual
• Borang soal selidik (yang tidak diisi: tidak perlu melampirkan 20 borang soalselidin yg diisi oleh responden)
• Gambar/foto (gambarfoto yang diletakkan di mana-mana bahagian dapatan kajian dianggap lampiran  dan cara ini lebih menarik).
• Bahan daripada pelbagai sumber – majalah, surat khabar, internet (cetak atau fotostat)


Untuk RUJUKAN (Nyatakan tiga jenis rujukan daripada yang disenaraikan di bawah)
• Buku teks
• Atlas
• Buku rujukan
• Internet
• Majalah
• Jurnal
• Surat khabar
• Buletin
• Orang sumber (selalunya orang yang anda temubual atau anda menulis kepadanya untuk mendapatkan maklumat)
  Melawat Tempat Kajian


Kebanyakan sumber rujukan pelajar saya ialah internet, buku dan orang sumber. (Majalah, Jurnal, Buletin dan suratkhabar jarang digunakan). Anda perlu mempunyai minimum 3 jenis rujukan daripada senarai di atas yang ditulis dengan format yang betul, untuk dapat markah penuh.  Kalau anda merujuk kepada 3 laman web, ini masih dikira satu jenis rujukan.

Contoh di bawah bukan bahan rujukan untuk KKG PMR 2012 tetapi hanya menunjukkan format penulisan yang betul mengikut jenis rujukan. Kerja mesti smart tetapi janganlah anda terus salin bulat-bulat atau buat 'copy-paste', ok? 

* Buku Ilmiah

Khairuddin Hj. Kamaruddin, 1992. Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia. Malaysia : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 1994. Pendidikan Alam Untuk Kanak-kanak. Malaysia : Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Shamsudin Ibrahim, 1994. Tumbuhan Pantai. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

* Jurnal
Ranjit Gill. MAS AIRBONE : The Evolution and Birth of Malaysia Airlines, dalam Jurnal Malaysia Airlines. Bil. 9 Jun 1993.
Yayasan Warisan Johor 1999. Jilid 111.Jurnal Warisan Johor, dalam. JSEAH. Vol. 10. April 1989.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

* Orang Sumber
Encik Kassim bin Samad, 57 tahun, No 3, Jalan TRJ 2/1A, Taman Rahmat Jaya, Kundang, Rawang, 48020 Selangor.
Puan Saniah binti Zainuddin, 60 tahun, No. 51, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

* Melawat Tempat Kajian
Pejabat Perhutanan Bukit Nanas, Jalan Bukit Nanas, 50250 Kuala Lumpur.
Zoo Negara Malaysia, Jalan Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur.
Taman Negara Malaysia, Jerantut, Pahang.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jabatan Perhutanan Malaysia, Hutan Simpan Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur.

* Internet
http://www.geographia.com/malaysia/niah.htmldan sarawaktourism.com
http:// www.geocities.com/thetropic/cabana/2035/cameron2.html.com
http:// www.agri.upm.edu.my/-chris/ss/sst3302/sumber%20dan%20sifat%20%air.com


Ingat, tanda bacaan penting! Koma, Titik noktah, Titik bertindih... Kalau salah, hilang markah. Tidak perlu menulis tajuk jenis rujukan seperti buku teks, internet, orang sumber dsb.

8 comments:

  1. Salam , saya tak berapa faham la pasal yang ini .saya pilih org sumber , melawat tempat kajian dan internet . huraian pasal orang sumber sy perlu bgi nama n alamat orang yg sy temu bual dalam borang temu bual tu ke ? Sy temu bual 3 org jadi perlu ke sertakan ketiga2 nama mereka ? or 2 org je ?
    dan melawat tempat kajian tu , pasar malam yg sy buat ni ka ? contohnya - Melawat tempat kajian
    huraiannya - Pasar malam bla bla bla cam tu ke ?
    dan utk internet pulak , sy perlu ambik link laman web yg sy cari maklumat or rujukan psal kerja kursus ni ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sumber perlu nama, umur dan alamat. Kalau temubual 3 org dn ada semua info, tulislah ketiga2nya. tapi kalu temubual 3 org, hanya 2 org bagi info lengkap, tulis je nama, umur dn alamat 2 org nih. Apa nak buat, sorang lagi tu xnak bagi, kan..

      Pasar Malam Taman Bukit Maluri, Jalan Burung Enggang, Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur.

      http:/..........(copy link laman web yg awak rujuk maklumat)

      Delete
  2. Erm cikgu, saya tak berapa faham yang pasal jurnal tu lah. Boleh tolong terangkan lebih detail?

    ReplyDelete
  3. salam cikgu , surat pengenalan calon tu mcm mna , kebenaran ibu bapa tu kene buat sendiri ke ?? sekolah x sediakan ke ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua surat disediakan oleh sekolah dan guru geografi ting 3..

      Delete
  4. Kalau saya letak blog ni sebagai rujukan takpa kaa?

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM,ORANG SUMBER TAK NAK LETAK ALAMAT.APA PENDAPAT CIKGU?

    ReplyDelete