Posts

Showing posts from May, 2011

Kuang-Bagan Datoh-Kuang

Image
It's almost 2 a.m on the last day of May. Just finished importing pictures from the phone to my Macbook. Looking at the pictures of our trip to Selatan Perak makes me forgo my desire to go to bed. Ismah called the nite before the trip asking us when we want to visit her. Thought of surprising her but her constant pleading buat ayah dia just gave the secret away. These are the places we stopped by on our way to and from Perak. Tak semua ada gambar. Jalan Kuang - Sg. Plong in the morning. The pic is a bit fuzzy but can still see the towering Petronas signboard, kan. The kampong atmosphere is still alive here. I urged my children to enjoy it while they can before it disappears in a few years time. Reached this place at Tanjung Karang, Selangor around 10.30 am. They were still not ready. Ended up with take away KFC. Ismah later told us she wanted home cooked food. Kesian.. We bought the mee udang on our back from Bagan Datoh. The place is packed in the evening and finding a seat i

Hmmphh!

I got angry with my students today. And yesterday. Peta baru nak lukis. Baru buka buku nota nak buat ntah pape. Baru ambil kertas nak tulis penghargaan. Dulu berkali-kali minta suruh bawa hasil kerja untuk disemak. Kata, terlupa...belum buat ni..betul cikgu, sudah buat. Minta hari ini, terlupa lagi. Tanya kawannya pula di sebelah, 'mana kerja kursus?' dia tunjuk kat kawan dia yang terlupa..'ada sama dia'.  Bila saya 'ugut' nak telefon ibubapa, baru ambil kertas A4 dan mula menulis entah pape. haih!! Selepas tamat masa saya, saya turun  ke pejabat, cari buku register kelas tadi. Dapat nombor. Bunyi berdering di hujung sana tapi yang mengangkat tak kata apa-apa. Sayapun berhello..terus telefon diletakkan. Agaknya di hujung sana sudah tahu, ini mesti hal anaknya yang bermasalah itu. Saya dail pula nombor lain. Seorang bapa menjawab dan bila saya nyatakan tujuan saya menelefon, si bapa terus serahkan telefon kepada isterinya. Mereka berjanji akan menguruskan hal ter

Rujukan-rujukan Internet

Ada pelajar saya memberitahu saya yang dia tidak tahu macam mana nak cari maklumat di internet. Tidak tahu yang mana satu nak 'click'. Banyak sangat. Saya faham sebab saya sendiripun melaluinya dahulu. Banyak masa terbuang, kekecewaan membukit juga!  Anda jangan hanya melihat pada tajuk tapi lihat juga pada alamat web tu. Yang saya tahu, tajuk yang berada di senarai teratas mengandungi lebih banyak maklumat yang kita cari berbanding yang terletak di senarai terkemudian. Ok..saya tahu pelajar tidak sabar nak baca bebelan saya ini, maklumlah ada yang kena hantar KKG sebelum cuti sekolah. Di sini saya menambah lagi rujukan-rujukan internet yang akan membantu anda menyiapkan laporan KKG anda tu (Ada yang sudah saya selitkan dalam blogpost saya yang lepas-lepas). Gunakanlah maklumat-maklumat yang diperolehi dengan beradat dan bijaksana. Tujuan anda diarah melaksanakan kerja kursus ini adalah untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Yang pastinya bukan kemahiran menir

Lampiran dan rujukan KKG 2011

Patu has asked me how to do rumusan and lampiran. Again, please refer to your panduan pelaksanaan kerja kursus. For Lampiran , sertakan 4 bahan atau lebih daripada berikut: surat-surat kebenaran,surat pengenalan diri, surat makluman kepada ibu bapa,  contoh borang soal selidik yang kosong (jika ada melakukan soal selidik),  borang rumusan soal selidik,  soalan temubual borang pemerhatian / jadual kekerapan (jika ada),  salinan bahan rujukan dari pelbagai sumber - majalah, akhbar, internet gambar foto (gambarfoto yang diletakkan di mana-mana bahagian dapatan kajian dianggap lampiran dan cara ini lebih menarik).  You put 4 or more, you will get full marks. Rujukan yang disenaraikan mesti berkaitan dengan kaedah kajian (pemerhatian, temu-bual, soal selidik, rujukan). Jenis-jenis rujukan anda mungkin termasuk: Buku teks / Buku Ilmiah Jurnal Akhbar Orang Sumber Melawat Tempat Kajian Internet. Kebanyakan sumber rujukan pelajar saya ialah internet dan buku

Rumusan dapatan kajian

Kini sudah sampai ke penghujung kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Rumusan. Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada  dapatan kajian. Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan.  Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pencemaran alam sekitar' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan kesan-kesannya'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme dengan menyelitkan unsur-unsur kesedaran alam sekitar.   Contohnya, ' saya bersyukur atas keperihatinan penduduk di kawasan kajian saya terhadap kesan-kesan pencemaran alam sekitar'. Mereka telah mengambil langkah-langkah........'. Rumusan tidak semestinya mengikut urutan objektif dan tidak semestinya merumus berdasarkan semua objektif. Contohnya, anda tidak perlu menulis takrif pencem

A Reminder

Resume blogging after 2 weeks, waiting for students especially the form 3 students to finish their exam. The form 3 students will hand in their KKG reports before the holiday starts. From my experience, to give students the 'extra time' during the holidays to complete their work did not work. After all, holidays mean no school work either for the students or teachers..hehe From this monday till two days before hols, the students must, must, must try to finish their work. The internet has plenty of references on Pencemaran Alam Sekitar and it is just a matter of understanding and efforts to acquire the necessary informations. Ample guidance has been provided by the subject teachers either in the classrooms or through the personal blogs of a few teachers. This is enough to help the students do the work on their own. There are a few problems, though. One, many of my students are not proficient in the malay language and are unable to string a few sentences together. So, I end u

Mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Image
Pelajar-pelajar seharusnya sudah menulis laporan tentang punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Kalau anda sudah memahami punca-punca dan kesan-kesan tersebut, maka mudahlah anda berfikir bagaimana hendak mengurangkan kesan atau masalah yang ditimbulkan oleh pencemaran alam sekitar tersebut. Kesan-kesan pencemaran ini tidak boleh kita hapuskan sepenuhnya. Sukar! Apa yang kita boleh buat ialah mengurangkan kesan-kesan tersebut. Selalunya kalau kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti kenal pasti puncanya, bukan? Tidak guna pihak berkuasa hanya menyediakan lebih ramai doktor atau membekalkan ubat yang lebih baik untuk mengubat penyakit pernafasan tetapi bilangan pesakit semakin bertambah. Kalau boleh kita hendak mengurangkan bilangan pesakit dan menjimatkan kos perubatan. Mengikut panduan KKG, cadangan untuk mengurangkan kesan mesti berkaitan dengan kesan yang anda nyatakan. Jadi, bagaimanakah mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam seki