Rumusan dapatan kajian

Kini sudah sampai ke penghujung kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Rumusan. Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada  dapatan kajian. Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan.  Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pencemaran alam sekitar' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan kesan-kesannya'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme dengan menyelitkan unsur-unsur kesedaran alam sekitar.  Contohnya, ' saya bersyukur atas keperihatinan penduduk di kawasan kajian saya terhadap kesan-kesan pencemaran alam sekitar'. Mereka telah mengambil langkah-langkah........'.

Rumusan tidak semestinya mengikut urutan objektif dan tidak semestinya merumus berdasarkan semua objektif. Contohnya, anda tidak perlu menulis takrif pencemaran alam sekitar dengan penuh jika anda tidak mahu. Walaubagaimanapun, markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme.

Anda boleh memulakan atau mengakhiri rumusan anda dengan pelbagai cara. Tanyalah guru anda.

             "Kita semua mestilah menghargai, menghormati dan mencintai alam sekitar. Persekitaran sesebuah negara yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang menghargai alam sekitar"

Comments

  1. As'salam..teacher saya ada satu soalan.., macam mana nak buat peta lakaran yer..sayer harap teacher boleh terangkan kepada saya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan