Hmmphh!
I got angry with my students today. And yesterday. Peta baru nak lukis. Baru buka buku nota nak buat ntah pape. Baru ambil kertas nak tulis penghargaan. Dulu berkali-kali minta suruh bawa hasil kerja untuk disemak. Kata, terlupa...belum buat ni..betul cikgu, sudah buat. Minta hari ini, terlupa lagi. Tanya kawannya pula di sebelah, 'mana kerja kursus?' dia tunjuk kat kawan dia yang terlupa..'ada sama dia'. Bila saya 'ugut' nak telefon ibubapa, baru ambil kertas A4 dan mula menulis entah pape. haih!! Selepas tamat masa saya, saya turun ke pejabat, cari buku register kelas tadi. Dapat nombor. Bunyi berdering di hujung sana tapi yang mengangkat tak kata apa-apa. Sayapun berhello..terus telefon diletakkan. Agaknya di hujung sana sudah tahu, ini mesti hal anaknya yang bermasalah itu. Saya dail pula nombor lain. Seorang bapa menjawab dan bila saya nyatakan tujuan saya menelefon, si bapa terus serahkan telefon kepada isterinya. Mereka berjanji akan menguruskan hal tersebut.
Pagi semalam, seorang pelajar termengah-mengah datang berjumpa saya. Nak tunjukkan hasil pemerhatian yang dibuat berseorangan. Kawan-kawan tak pergi samake? Tak. Mereka suruh saya. Pelajar sorang ini memang rajin berusaha, tak kuasa dia menunggu kawan-kawan lain yang 'malas'. "Cikgu, ajar saya semualah cikgu..saya mahu hantar hari jumaat ini". Lepas tamat masa saya, sekumpulan pelajar berdiri mengelilingi pelajar yang rajin tadi. Memegang dan menunjuk-nunjuk hasil laporan pelajar tadi yang sudah disiapkan. "Nak meniru la tu", fikir saya. Saya beri amaran akan bagi kosong kalau meniru bulat-bulat.
Beginilah sikap kebanyakan pelajar di sekolah saya. Tidak mengambil berat tentang kerja kursus ini. Buat kerja 'last minute'. Saya tidak tahu bagaimana pelaksanaan PBS yang akan dijalankan kelak untuk menggantikan PMR jika PMR dimansuhkan nanti.
Saya mengajar tujuh kelas Geografi tingkatan tiga. Tahun lepas, lapan kelas. Saya minta pelajar saya menghantar cepat-cepat hasil kkg mereka untuk saya semak sebab saya tidak mahu bermarathon lagi tahun ini. Lagipun, saya nak mereka menumpukan masa mereka mengulangkaji untuk persiapan menghadapi PMR nanti. Terutamanya topik tingkatan 1 dan 2 yang sudah kabur di ingatan mereka.
Termenung saya dibuatnya di kantin tadi.

pengalaman tahun lepas mengajar saya..
ReplyDeleteTahun ini pengetua sek saya kasi tempoh sampai hujung bulan 4...pelajar2 mesti siapkan sebelum exam 1/2 tahun...
Lepas cuti ni cuma nak kejar 2 r 3 orang yang memang tak hadir2 ke sekolah....
saya pun tak taulah macam mana keadaannya nanti bila PMR diganti dgn kkg...haru biru cikgu geo..
tula..kami memang minta diorang hantar sebelum cuti..sebab selalunya masa cutipun bukan dorang siapkanpun. kami akan kuarantin sapa xsiap dalam dewan.
ReplyDelete