What I see, hear and feel

What I see and did..
Biei-Furano, Hokkaido

Saturday, April 16, 2011

Coret-coret KKG 2011: pemantapan kriteria penskoran

Ada beberapa perubahan kecil yang diberikan semasa taklimat KKG tempohari.
  • Sekarang penulisan penghargaan dimudahkan lagi. Huraian secara umum di peringkat permulaan penulisan diikuti senarai nama dan jawatan / status pihak yang dihargai. Sesiapa yang menulis macam tahun lepas atau seperti yang saya suruh sebelum ini, masih diterima.
  • Peta 'daerah' yang diambil daripada google map tidak diterima. Mesti yang ditetapkan oleh DBKL. Saya sudah lama menggoogle peta daerah Kuala Lumpur. Ada beberapa versi yang saya jumpa. 
Ada versi baru berdasarkan Pelan Struktur KL 2020 yang membahagikan KL kepada 6 zon strategi iaitu Pusat Bandar Raya, Wangsa Maju-Maluri, Sentul-Menjalara, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputih, Bandar Tun Razak-Sungai Besi

Versi yang ini pula diberikan oleh pihak DBKL apabila saya meminta peta KL mengikut daerah. Peta ini menunjukkan mukim-mukim di KL. Mukim ini hierarkinya lebih rendah daripada daerah. Jadi terdapatlah Mukim Batu, Mukim Ampang, Mukim Cheras, Mukim KL, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. 
Satu versi lagi yang ditunjukkan semasa taklimat adalah kepunyaan salah seorang guru mungkin merupakan versi lama zon-zon kawasan di KL, juga dari DBKL. Ia membahagikan KL kepada Edinburgh, Jinjang, Sentul, Setapak, Wangsa Maju, Penchala, Damansara, Keramat, Bandar Tun Razak dan beberapa bahagian lagi
Jadi, sekarang pelajar tunggu apa yang akan dipersetujui oleh guru-guru anda, ok..
  • Peta dearah mesti ditunjukkan garisan sempadan. Kalau peta yang digunakan salah, tiada markah untuk bingkai, arah mata angin atau tajuk.
  • Nama kawasan kajian dalam objektif tidak diwajibkan
  • Dalam bahagian objektif, obektif nilai ditulis "menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian"
  • Dalam dapatan kajian, anda sekurang-kurangnya menunjukkan kaedah yang digunakan ketika menulis laporan dapatan kajian. Contohnya, "Daripada soal selidik, punca-punca pencemaran di kawasan kajian ialah....." atau "Berdasarkan pemerhatian,........."/ "Berdasarkan buku rujukan / Wikipedia,........."
  • Tiada markah untuk nilai@unsur patriotisme jika anda tidak menulis punca pencemaran, kesan pencemaran dan cadangan mengurangkan kesan pencemaran. Nilai tidak berdiri sendiri.
  • Rumusan tidak semestinya merangkumi semua objektif dan tidak semestinya mengikut urutan. Nilai mesti ditulis untuk mendapat markah penuh.
Apapun panduan yang anda perolehi di sini perlu dibincangkan dengan guru mata pelajaran anda kerana beliau yang menilai hasil kerja anda.

    7 comments:

    1. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    2. Salam sejahtera Cikgu,

      Sudikan Cikgu memeriksa draf saya pasal KKG PMR 2011? Saya cuma menyiapkan konsep dan jenis-jenis. Cikgu geo saya sudah memeriksa draft saya sebanyak dua kali tentang konsep, namun ini tidak boleh diterima. Harap cikgu bagi saya email address supaya saya bagi kamu draf saya melalui email untuk komen cikgu.

      Terima Kasih.

      ReplyDelete
    3. apa sebab guru awak xterima? takrifkan mengikut kamus atau sumber lain..lepas itu beri contoh.

      ReplyDelete
    4. cikgu akan beri peta daerah versi baru ke? atau kita print sendiri? atau masih guna google map?

      ReplyDelete
    5. kita akan teruskan dgn google map tu..sbb ada sek lain guna google map juga. Kalau nak guna peta mukim batu yg diambil daripada dbklpun boleh juga. spt biasa tandakan kawasan kajian pada peta mukim itu (jgn ambil seluruh KL, tau. select mukim batu sahaja)

      ReplyDelete
    6. salam.cikgu, macam mana saya nak buat rumusan untuk bentuk muka bumi dan cuaca dalam mempengaruhi corak ekonomi serta pekerjaan penduduk di Bandar Sri Damansara... saya amat memerlukan bantuan cikgu..

      ReplyDelete
    7. laa wawie, baru cikgu perasan ada komen. Sori yee.. Dah lama tuh. Keje dah siap, kan?

      ReplyDelete