Perubahan-perubahan dalam KKG..

Hari ini cikgu menghadiri taklimat penyelarasan kerja kursus di KL. Ada perubahan-perubahan tapi tidak banyaklah. Akan cikgu sampaikan dalam beberapa hari ini..

Pagi tadi, saya bertolak dari rumah di Kuang, seawal 6.40 pagi. Jam 7 lebih, saya masih tersekat di Sierramas. Kereta bergerak 'bumper to bumper' selepas tol Sg. Buloh. Apalah halnya nih, lalu saya telefon suami yang biasa melalui lebuhraya Jln Duta ini. Mungkin ada 'accident' katanya..Tidak ada accident, hanya bilangan kereta yang terlalu banyak sehingga terpaksa bergerak perlahan-lahan. Sampai di KL sudah jam 8 lebih tetapi tidaklah risau sangat terlambat. Tempat parking memang ada tapi yang 'mahal' ni selalunya tidak jadi rebutan orang. Ala..bukan selalu datang mesyuarat di KL nih.

Sarapan pagi memang tidak disediakan penganjur seperti dahulu. Masalah bajet agaknya. Jangan risau dalam 2jam ni ada coffee break, kata mereka. 'Not bad', mee goreng dan kuih 'danish' bersama kopi (bukan nescafe) agak pekat sudah cukup untuk mengalas perut sebelum makan tengahari jam 12 nanti.

Secara ringkas, kami secara berkumpulan cuba menilai sample kerja kursus pelajar terpilih berdasarkan panduan penskoran. Kemudian dibandingkan dengan hasil penilaian PKw, dan 'thanks Allah', tidaklah banyak perbezaan.

Hampir semua sekolah KL memilih tajuk pencemaran kerana senangnya. Konon. Rupa-rupanya setelah melihat pembentangan tajuk perhubungan baru dirasakan tajuk inipun tidaklah susah untuk pelajar. Banyak dikaitkan dengan aspek sosial (boleh minta tolong panitia BM yang mungkin banyak buat karangan tentang topik ini). Pencemaran pulak banyak dikaitkan dengan aspek fizikal.

Jam 3.30 petang (agaknya) kami beredar keluar dari pusat bandar untuk balik ke rumah. Tidak mahu singgah di mana-mana kerana sebentar lagi jalan 'sure' jam dengan tamatnya waktu pejabat. Alhamdulillah, lebuhraya agak lengang berbanding masa pergi pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam