Selingan

Salam sejahtera pembaca..semalam terkejut bile tengok takwim sekolah. Peperiksaan pertengahan tahun untuk Ting. 3 akan bermula 1 Mei, kalau tidak silap. Mungkin silap sebab 1 Mei tu, Hari Pekerja. Jadi semua pekerja berehat kecuali murid-murid..LOL!
Jadi, sudah 3 minggu (bukan hari-hari) cikgu hanya mengajar tentang kerja kursus nih. Masih ada pelajar yang liat mau buat pemerhatian apa lagi soal selidik. Tidak apa, pemerhatian pun cukup. Jadi, memandangkan hari peperiksaan sudah dekat, cikgu nak mengajar topik sumber minggu hadapan. Apa-apa berkaitan dengan KKG, sila jumpa cikgu selepas sekolah atau lawatilah laman web cikgu yang tidak berapa canggih ini.
Sementara itu buatlah pembacaan yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran itu, punca-punca, kesan-kesan dan langkah mengurangkan kesan. Oh, sungguh banyak! Jadi, dapatlah sedikit sebanyak ilmu bagaimana hendak menulis laporan, ok?
Cikgu perlu juga berbincang dengan guru-guru lain tentang KKG ini, tidak mau 'pandai-pandai' sendiri, kan. Selepas itu, barulah cikgu sambung semula panduan menulis laporan berikutnya. Lagipun murid-murid semua boleh dapat maklumat yang lebih terperinci daripada guru masing-masing..Guru anda yang menilai, jadi ikutlah cakap guru-guru anda.
Ini saja setakat ini.

Comments

Popular posts from this blog

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam