KKG 2012: Kaedah Kajian

"Bagaimana nak dapat maklumat untuk KKG nih?"

Soalan ini memang difikirkan oleh hampir semua pelajar. Yang tahu menggunakan kemudahan internet, terus membuat carian samada menggunakan kata kunci, "Kerja Kursus Geografi" atau "Konsep perniagaan"(bagi yang tahu apa yang hendak dicari). Apabila telah menemui maklumat yang dikehendakki, maka di 'copy' dan di'save' lah. Kaedah yang digunakan di sini ialah kaedah rujukan. Pelajar hendaklah memastikan alamat web ini disimpan untuk di'tulis' di bahagian Rujukan.

Untuk KKG ini, anda dikehendakki menggunakan minimum 2 kaedah kajian. Selain rujukan, kaedah pemerhatian adalah antara kaedah yang paling meluas digunakan. Anda mesti keluar untuk membuat pemerhatian tentang kawasan kajian anda. Tentang ciri-ciri fizikal (untuk ditulis dalam aspek 'Kawasan Kajian'). Anda juga perlu tahu keadaan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Catatkan:

  • Apa dan berapa jenis gerai yang ada di pasar malam di kawasan kajian (sediakan borang pemerhatian dalam bentuk jadual yg ada ruangan untuk jenis gerai, kekerapan, bilangan). Data ini boleh anda sampaikan dalam bentuk jadual dan graf/carta pai)
  • Adakah pemandangan yang tidak baik yang boleh dikaitkan dengan masalah sosial? 
  • Bagaimana keadaan lalulintas dan tempat meletak kereta? 
  • Apa jenis pencemaran yang dilihat semasa aktiviti sedang berlangsung atau selepas ia dijalankan?
  •  Bagaimana dengan kualiti barangan yang dijual?
  • Adakah kebersihan makanan terjamin? 
  • Harga barangan terkawal atau tidak (rujuk ibu anda / harga barang kawalan Kementerian Perdagangan)
Dengan kaedah temubual, anda boleh bertanya 3 orang atau lebih (pengunjung pasar alam/peniaga/penduduk tempatan, pegawai majlis perbandaran ie DBKL dll) tentang:
  • kesan negatif perniagaan pasar malam
  • harga barangan (mahal atau murah)
  • kualiti barangan
  • pendapatan peniaga restoran dan kedai runcit di situ terjejas atau tidak
  • sebab berkunjung ke pasar malam TBM
  • sebab jadi peniaga pasar malam
  • sudah berapa lama berniaga
  • berapa pendapatan semalam/sebulan
  • modal membuka perniagaan pasar malam/pasar lambak/pasar sari dll
  • siapa yang menyediakan tapak perniagaan, di mana memohon lesen perniagaan? 
  • berapa bayaran permit dan lesen
  • tempat tinggal peniaga/pengunjung pasar malam
  • siapa yang menguruskan sampah-sarap dan berapa bayaran bagi setiap peniaga?
Dengan kaedah soalselidik, anda boleh menyediakan borang soal selidik yang mengandungi senarai soalan seperti: 
  • Kepentingan perniagaan pasar malam, 
  • faktor-faktor mempengaruhi perniagaan pasar malam, 
  • Kesan negatif perniagaan dan 
  • Cadangan mengurangkan kesan negatif. 
  • Rujuk Panduan Penskoran Tugasan 2 dan guru anda untuk membina borang soalselidik. 
  • Lihat juga contoh di sini. Walaupun dinyatakan sebagai borang pemerhatian, anda boleh tukar kepada borang soalselidik.
  • Ada soalan-soalan perlu diubahsuai supaya mudah difahami oleh responden (jangan terlalu 'akademik' ie ketersampaian= ada banyak jalan raya/laluan/mudah pergi)
Anda hendaklah meminta 20 orang responden atau lebih, termasuk pengunjung pasar malam/peniaga/penduduk tempatan untuk mengisi borang soal selidik anda.

ANDA DIGALAKKAN MENJALANKAN KAJIAN SECARA BERKUMPULAN UNTUK MERINGANKAN TUGAS ANDA.


Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan