KKG 2012: Cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam

Pelajar-pelajar telahpun menghuraikan 4 kesan-kesan negatif perniagaan runcit seperti pasar malam dalam dapatan kajian. Jadi  sekarang, anda hendaklah mencadangkan 3 langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif tersebut.

Bagaimana hendak mengurangkan masalah peminta sedekah yang terdapat di pasar malam atau pasar sari ni ya? Mereka ini samada penduduk tempatan atau datang dari negara lain. Macam-macam jenis peminta sedekah ini. Apakah tindakan Jabatan Kebajikan? Baca di sini.

Masalah tentang kawasan perniagaan pasar malam yang kotor di KL telah banyak dilaporkan dalam media. Sebenarnya peniaga-peniaga juga perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan seperti yang termaktub dalam "AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG­UNDANG KECIL PELESENAN PENJAJA DAN GERAI (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1989". Mereka bertanggungjawab menguruskan sampah masing-masing seperti menyediakan tong sampah. Mereka mesti memasukkan semua sampah ke dalam beg plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penalti:
"36. Mana-­mana orang yang melanggar mana­-mana peruntukan Undang-­Undang Kecil ini atau syarat-syarat atau sekatan­-sekatan lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit."

Bukan sahaja peniaga, tetapi pembeli dan pengunjung amnya juga bertanggungjawab menjaga kebersihan bersama-sama. Pengunjung pasar malampun tidak boleh membuang sampah sewenang-wenangnya (walaupun tiada tong sampah disediakan). Untuk menyemai amalan dan perasaan tanggungjawab ini, program dan kempen kesedaran perlu selalu diadakan seperti  kempen "Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar", "1Malaysia Green Tourism, 1Malaysia Clean", "Hari Kebersihan Kuala Lumpur" dan lain-lain. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk memupuk kesedaran mencintai kebersihan seperti .......

Terdapat juga kempen kesedaran pengguna sebagai tidak menyokong harga barangan yang mahal dan tidak berkuliti seperti "1Pengguna 1Suara" dan kempen Pengguna Bijak Berbelanja. Pengguna bersatu untuk tidak membeli barang-barang yang tidak menepati citarasa dan kehendak pengguna.

Masalah harga barangan segar yang dijual dengan mahal  boleh juga dikurangkan dengan pemantauan oleh pihak berkuasa seperti Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Peniaga hendaklah meletakkan tanda harga supaya tidak mengenakan harga sesuka hati.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Persatuan Penduduk kawasan perumahan pula mempunyai peranan memastikan keselesaan penduduk tidak terjejas oleh masalah kebersihan, kesesakan lalu lintas, masalah sosial dan lain-lain kesan negatif perniagaan pasar malam tersebut. Persatuan penduduk boleh membuat aduan kepada PBT atau ahli parlimen kawasan atau mana-mana pihak berkuasa supaya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan. Malah mereka juga boleh berunding dengan peniaga-peniaga di pasar malam tersebut.

Comments

  1. cikgu , apa kaedah untuk cadangan mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan