Penataraan Kerja Kursus Geografi PMR 2013

Hari ini semua sekolah di KL dikehendakki menghantar ketua pentaksir Kerj Kursus Geografi PMR ke mesyuarat penataraan KKG dengan membawa 10 set hasil KKG pelajar yang telah disemak. Hasil kerja pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Guru-guru mata pelajaran geografi tingkatan 3 telahpun menyemak kerja kursus tersebut sebelum di bawa ke tempat mesyuarat.

,
Ketua pentaksir sekolah diletakkan di bawah pentaksir kawasan yang sepatutnya menyemak semula kerja pelajar menggunakan skema penilaian yang sama. Jumlah selisih dibahagi dengan 10 dan jika purata selisih adalah kurang dari 1 bermakna penyemakan guru-guru mata pelajaran itu boleh dipercayai. Lima belas tahun dulu, saya pernah menyemak semula hampir semua kerja kursus pelajar kerana selisih yang agak besar. Yelah kan, cikgu belum berpengalaman lagi. Masih pentaksir baru.

Ketua pentaksir sekolah ini juga membantu menyemak kerja kursus pelajar sekolah lain yang tujuannya pun sama juga. Untuk mengesahkan bahawa penyemakan yang telah dibuat oleh rakan sejawat mereka ini betul. Sambil itu menimba pengalaman dan kemahiran mentaksir mengikut panduan tambahan yang diberikan oleh Pentaksir Negeri.
Tahun ini agak strict juga kerana kaedah kajian, dapatan kajian, lampiran dan rujukan hendaklah selaras. Kalau pelajar meyatakan menggunakan kaedah temubual, pentaksir akan melihat jika ada senarai soalan temu bual di bahagian Lampiran. Dan samada disebut penggunaan kaedah itu dalam laporan dapatan kajian. Contohnya, 'Menurut Encik X yang ditemu bual,....'. Nama encik X sterusnya hendaklah ditulis di Bahagian rujukan sebagai sumber orang. Kesimpulannya, pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya menulis perkara yang tidak betul. Of course, ada pelajar smart yang menipu. Cerita diada-adakan. Pandai-pandailah cikgu mengesan.
Kemudian, pelajar yang meniru laporan dapatan kajian akan diberi kosong walaupun dia menulis berjela-jela. Ada yang menerima fail melalui email yang kemudian mencetaknya sebagai hasil kerjanya sendiri dengan tidak perlu bersusah-payah.
Realitinya, kebanyakan pelajar masih tidak cukup 'matang' dalam melaksanakan kerja kursus sebegini. Mereka dikehendakki membuat kajian tentang sesuatu isu dengan membuat sedikit pemerhatian, soal selidik, temu bual dan rujukan. Semua dilaksanakan dengan bimbingan guru pelajaran masing-masing. Guru-guru pula mendapat bimbingan daripada guru yang lebih mahir dan berpengalaman.
Kalau salah atau kurang bimbingan guru, memang pelajar tidak mampu menghasilkan kerja yang cemerlang.
Antara masalah-masalah yang didapati semasa penataraan ini ialah:
1) peta daerah yang salah (peta telah dibekalkan semasa mesyuarat pertama KKG ini)
2) kaedah kajian tidak dinyatakan dalam huraian aspek dapatan kajian
3) jenis rujukan ditulis tetapi tidak digunakan dalam laporan
4) menulis nama responden yang hanya mengisi borang soal selidik, sebagai orang sumber
5) mengada2kan contoh huraian menggunakan nama-nama orang yang mungkin tidak wujud
6) terdapat pelajar-pelajar dari kelas yang 'pandai' menulis laporan yang sama untuk setiap aspek     dapatan kajian, dan gurunya memberi markah penuh kepada semuanya.
7) pelajar menulis secara umum tanpa contoh daripada kawasan kajian
8) data yang kurang sesuai dipersembahkan sebagai bahan grafik
 dan juga masalah-masalah lain yang tidak disebut di sini.
Memang tidak boleh lari daripada masalah. Faktor-faktor penyebabnya juga pelbagai.

Tahun hadapan tiada lagi KKG format sebegini. Sudah digantikan dengan PBS format baru. Berdasarkan bengkel PBS yang dihadiri, pentaksiran berpusat melibatkan projek jangka pendek (tidak ingat tempohnya) dan jangka panjang (2 minggu sahaja, bukan 6 bulan). Tengoklah tahun 2014 macam mana nanti.



Comments

Popular posts from this blog

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam