Jangan Nak Mudah Sahaja..
Saya 'salute' pelajar yang menulis sendiri laporan KKG dengan cemerlangnya dengan mengikut panduan dan arahan guru. Tanpa dia 'copy-paste' daripada internet dan tanpa di'suap' setiap ayat oleh guru. Guru pentaksir boleh melihat kematangannya berfikir dan menghubungkaitkan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain. Betul dia layak mendapat Cemerlang untuk kerja kursusnya.
Pengalamannya yang bersusah payah mencari maklumat dan tahu bagaimana menggunakan maklumat tersebut dalam laporan kajiannya akan menolongnya dalam kajian-kajiannya di peringkat SPM, STPM dan seterusnya di kolej atau universiti kelak.
Isi-isi laporannya logik dan bernas walaupun olahan ayatnya agak tidak teratur. Dan nampak datang dari fikirannya sendiri. Dia tahu apa yang dibuatnya dan apa yang diperlukan oleh tugasannya.
Wahai pelajar, milikilah ciri pelajar di atas.
Janganlah minta di'suap' segalanya.
Hanya membaca satu dua ayat sahaja dan kemudian terus 'copy' dan 'paste' sahaja tanpa bersusah payah membina dan mengolah ayat-ayat sendiri
Tunjukkanlah kebijaksanaan dan kematangan yang membanggakan guru dan ibubapa anda!
Maaf, jika saya tidak memenuhi kehendak pelajar yang mahu saya menyediakan 'laporan' yang lengkap.
Dan saya juga tidak mengejar 'angka'.
Saya mahu anda belajar berfikir dan memahami panduan yang diberi.
Serupa ketika anda menyertai aktiviti mencari harta karun.
Anda hanya diberi soalan atau bayangan
Maka usahalah sendiri!
Comments
Post a Comment