Posts

Showing posts from March, 2012

Sighs!

Image
I have just read another blogger's 'frustrations' about the teacher's world today. Gone are the days when going back to work after the holidays was something that was really looked forward to. School going children are also not spared.  So, let us work this out together..

KKG 2012: Kesan-kesan negatif perniagaan pasar malam

Image
Pada hari ahad lepas, sekitar jam 7 malam, saya telah pergi meninjau sebuah pasar malam di KL. Saya dapati pasar malam di sini tidak 'semeriah' pasar malam di SB. Sebelum balik, saya telah membeli beberapa jenis buah-buahan import yang harganya RM10 bagi 5 biji. Saiznya besar juga. Jagung mutiara dari CH pula berharga RM5 untuk 3 biji. Ikan bawal hitam yang besar telah diletakkan harga RM22 seekor. Murahke tu? Sekilo harganya RM26. Murahkah mahal? Sayur-sayuran yang dijual di satu gerai kelihatan 'tidak menarik', tidak segar berbanding dengan sayur-sayuran di SB. "Tengok cik..banyak ni" kata peniaga itu sambil menunjukkan sayur yang digenggamnya. Saya senyum dan berlalu pergi. Mungkin juga 'expectation' saya agak tinggi. Hendakkan murah tapi 'cantik'. Ha ha. Di hadapan, saya nampak pemandangan lebih kurang seperti ini. Ini merupakan salah satu daripada masalah sosial yang terdapat di negara kita ini. gambar daripada  asiaone news ...

Kerja Kursus Geografi PMR 2012: Faktor-faktor Mempengaruhi perniagaan pasar malam

TBM adalah di antara 97 lokasi pasar malam di Kuala Lumpur y ang telah disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah selaras dengan fungsi DBKL yang menyedia dan mengurus kemudahan awam untuk wargakota KL. Ia menggalakkan peniaga kecil menjalankan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Penyediaan ruang atau tapak untuk perniagaan pasar malam ini juga adalah di bawah Dasar Perbandaran Negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi penduduk bandar yang berpendapatan rendah. Penjaja boleh mendapatkan lesen berniaga di pasar malam daripada DBKL melalui Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil. Lesen sah dalam tempoh setahun. Selain daripada faktor governan di atas, faktor-faktor lain adalah seperti: *  modal pusingan yang rendah,  *  kemudahan infrastruktur (jalan raya, surau, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah), * peningkatan taraf hidup( penduduk berpendapatan tinggi, kuasa membeli tinggi) * pasaran tempatan yang besar di sekitar ...

A feast for my eyes

Image
I'm taking a break..at another place near the border of Selangor & Pahang. Not a bad place for a short respite from..whatever. I'm just amazed at these God's creations. At nature. Yeah, I'm getting older. All these pictures were taken by my younger daughter, the family's photographer. Sorry Ismah to beat you in posting them up on my blog first. I asked the history of this place and was given different versions of it and when I asked of the height, it was only 850m from sea level! Is it? Lower than TBM?  This is a view from the hill top. Tour of Wadi Hussein. I'm amazed at what this man has done to this place. I always have a penchant for a house near a river. And this small river has not yet flooded its banks. Beautiful Two colored flowers which has jasmine-like smell Musa Beccarii, ornamental banana species Exotic plant from Africa This one is also from Africa.  Candy Cane. The stalks ar...

KKG 2012: Penerapan Nilai @ Unsur Patriotisme dalam Dapatan Kajian

Image
Gambar dari internet. Saya terpanggil untuk menulis tentang penerapan nilai dalam dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian yang terakhir itu. Maklumlah sudah ada pelajar yang sedang menulis laporan dapatan kajian untuk aspek 6.2 hingga 6.5. Kalau tidak dinyatakan nilai-nilai tersebut, memang tidak dapat markah penuh. Walaubagaimanapun, jika nilai sahaja diterangkan, tanpa apa-apa huraian aspek lain, memang akan dapat markah 0! Nilai/unsur patrotisme yang dipupuk dalam diri pelajar dan/atau penduduk kawasan kajian semasa atau selepas kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan berdasarkan aspek yang dibincangkan@dihuraikan. Contohnya, anda telah huraikan salah satu kepentingan pasar malam iaitu "memberi peluang pekerjaan" kepada penduduk tempatan yang menganggur. Dalam satu ayat yang baru, anda terapkan nilai seperti " saya sebagai penduduk/pengunjung ..........bersyukur kerana perniagaan pasar malam ini telah mengurangkan pengangguran di kalangan penduduk temp...

KKG 2012: Kepentingan perniagaan pasar malam

Image
Gerai nasi kerabu kegemaran saya ni terdapat di pasar malam Paya Jaras. Kalau datang selepas pukul tujuh, memang melepaslah! Pernahkah anda makan sayur ini? Masa kecil di Sabah dulu, saya pernah masuk dan 'berendam' dalam sebuah empangan kecil untuk memetik sayur 'genjer' ini untuk mak saya. Sekarang selepas 30 tahun, sayur ini saya jumpa di pasar malam. Apakah kepentingan pasar malam@pasar tani@pasar lambak di kawasan kajian anda? Atau dalam bahasa mudah, "kenapa pasar malam penting?" • Menyediakan 
peluang pekerjaan  • Meningkatkan taraf 
hidup/pendapatan  • Memudahkan 
penduduk tempatan 
membeli barangan  • Membolehkan 
penduduk tempatan memasarkan barangan jualan  • Menyediakan barangan segar  • Menjimatkan kos pengguna/peniaga  Pilih dan huraikan 4 kepentingan serta terapkan satu atau beberapa nilai/unsur patriotisme Di pasar malam yang saya selalu pergi ini terdapat peniaga mee goreng dan kuetiow yang saya tahu suda...

Wedding Solemnization at Woodlands

Son and Dear Wife Go down in history, Dec 16, 2012    

Jangan Nak Mudah Sahaja..

Image
Saya 'salute' pelajar yang menulis sendiri laporan KKG dengan cemerlangnya dengan mengikut panduan dan arahan guru. Tanpa dia 'copy-paste' daripada internet dan tanpa di'suap' setiap ayat oleh guru. Guru pentaksir boleh melihat kematangannya berfikir dan menghubungkaitkan antara satu maklumat dengan maklumat yang lain. Betul dia layak mendapat Cemerlang untuk kerja kursusnya. Pengalamannya yang bersusah payah mencari maklumat dan tahu bagaimana menggunakan maklumat tersebut dalam laporan kajiannya akan menolongnya dalam kajian-kajiannya di peringkat SPM, STPM dan seterusnya di kolej atau universiti kelak. Isi-isi laporannya logik dan bernas walaupun olahan ayatnya agak tidak teratur. Dan nampak datang dari fikirannya sendiri. Dia tahu apa yang dibuatnya dan apa yang diperlukan oleh tugasannya. Wahai pelajar, milikilah ciri pelajar di atas. Janganlah minta di'suap' segalanya. Hanya membaca satu dua ayat sahaja dan kemudian terus 'copy' d...

KKG 2012: Kaedah Kajian

"Bagaimana nak dapat maklumat untuk KKG nih?" Soalan ini memang difikirkan oleh hampir semua pelajar. Yang tahu menggunakan kemudahan internet, terus membuat carian samada menggunakan kata kunci, "Kerja Kursus Geografi" atau "Konsep perniagaan"(bagi yang tahu apa yang hendak dicari). Apabila telah menemui maklumat yang dikehendakki, maka di 'copy' dan di'save' lah. Kaedah yang digunakan di sini ialah kaedah rujukan.  Pelajar hendaklah memastikan alamat web ini disimpan untuk di'tulis' di bahagian Rujukan. Untuk KKG ini, anda dikehendakki menggunakan minimum 2 kaedah kajian . Selain rujukan, kaedah pemerhatian adalah antara kaedah yang paling meluas digunakan. Anda mesti keluar untuk membuat pemerhatian tentang kawasan kajian anda. Tentang ciri-ciri fizikal (untuk ditulis dalam aspek 'Kawasan Kajian'). Anda juga perlu tahu keadaan perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Catatkan : Apa dan berapa jenis gerai yang ...

KKG 2012: Kaedah, Dapatan, Lampiran dan Rujukan

 Laporan Kaedah kajian, Dapatan kajian , Lampiran dan Rujukan hendaklah selari. Jika dalam dapatan kajian anda menulis, ' Hasil daripada temubual dengan seorang penduduk kawasan kajian, Encik A, .....', anda hendaklah menyediakan satu lampiran yang mengandungi soalan-soalan temubual dan menulis nama Encik A lengkap dengan umur dan alamat di bahagian aspek Rujukan. Guru hendaklah memastikan  anda berbuat demikian. Jika tidak, anda mungkin memperolehi markah 0. Tegas? Mungkin juga. Ramai pelajar di kolej dan IPT sana tidak tahu kaedah menulis laporan kajian mereka dengan betul. Oleh itu, anda dilatih dari sekarang. Jika anda menggunakan kaedah rujukan untuk membantu anda menulis tentang konsep perniagaan runcit, anda mesti nyatakan dalam laporan dapatan kajian anda. Contohnya, " Berdasarkan rujukan saya daripada buku teks tingkatan 3 , perniagaan runcit ialah ....." . Nama buku teks ini hendaklah ditulis di bahagian Rujukan dan satu salinan muka surat tersebut di...

KKG 2012: Konsep & Jenis Perniagaan Runcit dalam Dapatan Kajian

Image
Anda dikehendakki mentakrifkan konsep dan menghurai jenis perniagaan runcit dengan lengkap beserta contoh yang relevan. Dalam aspek ini anda boleh merujuk kepada mana-mana bahan rujukan seperti buku teks Geografi Tingkatan 3 @ Perdagangan Tingkatan 4, buku rujukan subjek Perdagangan @ Geografi, internet, majalah dan sebagainya.  Klik di siniii   (di sini ada info tentang definisi perniagaan runcit dalam konteks geografi dan jenisnya di skrin 4/7 . Kena sabar, klik satu, satu, dengar dan baca hingga selesai dengar dua-dua kategori perdagangan. Selepas itu anda akan nampak butang info bumi bergerak   hehe.  Klik. ). Ingat  untuk copy alamat website ini sebagai salah satu rujukan internet.  Kalau lambat sangat (sebab ramai orang nak akses), baca saja definisi dalam buku teks geografi ting.3, tema Kegiatan Ekonomi, dengan tajuk kecil 'perdagangan/perniagaan. Saya lebih suka pelajar saya menggunakan takrif perniagaan runcit yang diberikan dalam buku teks @ ...

KKG 2012: Penghargaan, Pendahuluan dan Objektif

Penghargaan Pengetua Guru mata pelajaran  Ibu bapa/penjaga Rakan-rakan Pihak luar/responden Nota: Minimum 3 pihak .  Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap. Contoh: Ali bin Ahmad, Devi a/p Rajoo. Nyatakan sebab penghargaan diberikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sebelum menyatakan menyatakan pihak yang dihargai dan mengapa, eloklah ditulis ayat pengenalan dahulu. Pendahuluan Menamakan tajuk kajian :  namakan tajuk kajian dengan lengkap termasuk lokasi jenis perniagaan tersebut @ kawasan kajian ie: Tajuk kajian saya ialah perniagaan pasar malam di T..B..M.., Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian:  Sebab-sebab mesti berkaitan dengan tajuk. Contohnya, terdapat pasar malam di TBM @ pasar malam tersebut penting kepada penduduk tempatan di situ@pasar malam yang terdiri daripada peniaga pelbagai kaum. Sebab berdekatan dengan sekolah/merupakan tempat tinggal sahaja tidak diterima kerana tidak jelas dikaitkan...

Peta Daerah / Zon: A revision

Image
I'm attending the KKG meeting at BTP today. Took me an hour to reach here from Sg Buloh. I went through the file and found out that one of the sample used another KL division map which is different from the map they told us to use last year. Click here FEDERAL   TERRITORY  OF  KUALA LUMPUR { Extract from Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur  /  Kuala Lumpur   City Hall  } This is a part of the peta 'daerah' which I think we are going to use.Taman Bukit Maluri is located in Edinburgh. So how do we say about its location? We know that TBM is part of Kepong area.  OK.. the meeting has just started. I'll update more later.