Setelah memeriksa beberapa hasil kerja kursus pelajar, saya terpanggil untuk menjelaskan contoh-contoh grafik yang boleh disediakan dalam bahagian dapatan kajian. Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Kepentingan, Faktor-faktor, Kesan-kesan negatif dan cadangan mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Hasil pemerhatian tentang bilangan gerai mengikut jenis barangan boleh disampaikan dalam bentuk jadual, graf atau carta pai. Semua bahan grafik ini boleh ditempatkan di bahagian 6.1 (konsep dan jenis perniagaan...