Tajuk laporan KKG 2012

Saya rasa ramai pelajar akan memilih tugasan 2 untuk Kerja Kursus Geografi 2012.
Saya juga mencadangkan kepada pelajar saya supaya memilih tajuk ini kerana di tempat tinggal mereka terdapat kegiatan perniagaan ini dan ini memudahkan mereka mendapatkan maklumat yang dikehendakki.
Untuk mendapat markah penuh, tajuk hendaklah dinyatakan "dengan lengkap dengan menyatakan lokasi dengan tepat"

Perniagaan runcit di kawasan kajian 
Nota:
1. Lokasi termasuk kawasan kajian, bandar/daerah dan negeri
2. Nyatakan jenis perniagaan runcit yang dikaji  samada pasar malam/pasar sari/pasar tamu/pasar tani /pasar minggu/pasar lambak

Diharap pelajar akan mula menulis laporan KKG seawal mungkin selepas perbincangan setiap aspek. Please.
Pelajar juga boleh merujuk kepada laporan kerja kursus anda di tingkatan 2 cara menulis tajuk, penghargaan, pendahuluan, kawasan kajian dan kaedah kajian sebab format yang digunakan adalah sama.
Juga boleh rujuk di sini (2011) dan di sini (2012)

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan