KKG PMR 2011: Aspek tajuk, senarai kandungan, penghargaan, bla..bla

This is my first attempt to explain how to write laporan kerja kursus geografi in my blog. If there's anything that is not clear, ask me.

OK, calon PMR, ambil Panduan Penskoran Tugasan 1. Cikgu akan terangkan satu persatu bermula dengan aspek yang pertama iaitu 1. 'Tajuk'.

Tulis tajuk di atas kertas A4 putih atau berwarna, kertas tebal atau nipis, tiada masalah. Di sini apa saiz tulisan pun boleh..boleh kreatif asalkan ringkas, jelas dan lengkap.
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DI TAMAN BUKIT MALURI, KEPONG,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Jangan lupa masukkan nama negeri, ya?

Next, 2. Senarai kandungan. Nak tulis dalam bentuk jadual, boleh. Nak lukis bingkai sahajapn boleh. Tiada garisanpun boleh, macam contoh dalam buku teks. Yang penting ada tulis butiran/perkara dan halaman.

BIL PERKARA HALAMAN
---------------------------------------------------------
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Objektif 3
4 Kawasan kajian 4
5 Kaedah kajian 7
6 Dapatan kajian 8
7 Rumusan 11
8 Lampiran 12
9 Rujukan 18

Ini contoh paling ringkas.

Untuk aspek 3. Penghargaan, nyatakan dan huraikan penghargaan anda kepada sekurang-kurangnya mana-mana 3 pihak: Pengetua, Guru mata pelajaran, ibu bapa, rakan-rakan, responden/pihak luar. Jangan lupa, nyatakan nama SEMUA pihak ya?

JANGAN TULIS BEGINI ..."Saya ucapkan terima kasih kepada guru geografi kelas 3B."

Sepatutnya tulis begini.."Saya mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya, Puan Tan Siew Lean kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini dijalankan."

Kalau huraian panjang, tulislah dalam perenggan bagi setiap pihak. Jika pendek dalam 5 ayat sahaja, satu perengganpun memadai. Faham?

Next, aspek 4. Pendahuluan pula. Lebih-kurang dipanggil 'pengenalan' atau 'introduction'.
Terangkan 2 daripada 3 aspek ini sudah dapat markah penuh.

Aspek-aspek ini ialah 1) menamakan tajuk kajian, 2) menghuraikan sebab anda pilih Taman Bukit Maluri atau mana-mana kawasan sebagai kawasan kajian dan 3) menghuraikan tempoh kajian dijalankan.

Paling kurang 2 ayat sahaja. Daripada pengalaman cikgu, pelajar sering 'kompius' iaitu antara menamakan TAJUK kajian dan menamakan KAWASAN kajian. Mula-mula tulis dahulu tentang tajuk kajian. Tajuk yang anda tulis cantik-cantik dan kreatif tadi tu..

Paling ringkas..'Tajuk kajian saya ialah .......................................................................
Ingat tajuk yang anda tulis cantik-cantik dan agak besar tu, ya?

Kalau anda memang suka mengarang, tulis la begini..' Untuk Kerja Kursus Geografi PMR 2011 ini, saya telah memilih tajuk ..........................................................................................

Selepas itu, nyatakanlah sebab atau sebab-sebab kenapa anda pilih Taman Bukit Maluri sebagai kawasan kajian. Sebab ini mesti dikaitkan dengan tajuk pencemaran alam sekitar BUKAN sebab peribadi seperti kawasan tempat tinggal atau tempat persekolahan dsb.

Antara sebab-sebab:
  • TBM - kawasan petempatan bandar yang padat penduduk dan maju
  • terdapat banyak kegiatan ekonomi seperti perkilangan, perniagaan
  • jaringan pengangkutan padat
justeru itu, masalah pencemaran....dialami di TBM

Tempoh kajian ialah X bulan. Ia bermula dari bulan Februari hingga bulan Julai, 2011

Ada pelajar 'copy' dari kkg tingkatan dua tanpa tukar tarikh. Adduiih!! adakah 8 minggu sahaja? Adduiiihh!! Kalau betul dilaksanakan dalam 8 minggu, ok laa. tapi pastikan bulannya betul, tahunnya betul.

OK..pendahuluan sudah beres. Next, 5. Objektif kajian...
Dalam panduan telah disenaraikan objektif-objektif kajian. Anda hanya perlu menambah kata kerja di permulaan penyataan seperti menyatakan dan menerangkan/ menghuraikan.

Objektif-objektif kajian yang hendak dicapai dalam kerja kursus geografi ini ialah:

1 mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar dengan lengkap
2 menyatakan dan menerangkan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian, Taman Bukit Maluri
3 Menyatakan dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
4 Menyatakan dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
5 Menyatakan dan menghuraikan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
6 Menyatakan nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga dan cinta akan alam sekitar, yang diterapkan dalam dapatan kajian
6 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


Aspek 6, Kawasan kajian.
Dalam bahagian ini, anda dikehendakki
1) menamakan kawasan kajian dan menghuraikan sekurang-kurangnya 3 aspek kawasan kajian
a) Kawasan kajian saya ialah Taman.................................(ini mesti dinyatakan).
b) Latar belakang /Sejarah kawasan kajian:
* Bekas tapak ladang getah - Ladang Edinburgh
* Di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
c) Lokasi TBM
* Barat Laut wilayah Persekutuan K.Lumpur - dalam kawasan Segambut
* Merujuk peta 1, kawasan kajian dikelilingi oleh taman perumahan seperti ................
d) Pandang darat fizikal
* kawasan tanah pamah beralun, meninggi ke arah selatan dan barat.
* tumbuhan semula jadi - semak samun dan rumput di kawasan terbiar
e) Jarak kawasan kajian dari bandar/pekan terdekat
* jarak antara TBM dan Pekan Kepong ialah 1.5 km / 5 min dengan kereta

Pilih sekurang-kurangnya 3 aspek daripada (b) hingga (e)dan tulis dalam bentuk karangan. Nak tulis semuapun tidak apa.

2) menyediakan 2 peta
a) Peta 1 ialah peta yang menunjukkan lokasi kawasan kajian dalam peta bahagian/zon/daerah. Peta 1 tidak perlu dilukis dan boleh difotostat atau di cetak. Anda hanya perlu tandakan kawasan kajian dengan bulatan, warna dll. Pastikan peta ada bingkai, tanda arah utara, nama kawasan kajian dan tajuk peta.

Tajuk peta ditulis Peta 1: Lokasi TBM, Kepong di Kawasan Segambut.

b) Peta 2 ialah peta TBM yang mesti dilukis sendiri, lengkap dengan tajuk dan bingkai, petunjuk dan arah mata angin, simbol piawai, dan kekemasan dan kesempurnaan peta. Kalau peta ada tanda-tanda difotostat, boleh dapat 0.

Gunakan simbol piawai di mana boleh seperti warna merah untuk jalan raya, simbol tempat beribadat yang betul, simbol kilang yang betul dsb. Kalau kawasan berair warnakan biru, kawasan tumbuhan semula jadi, hijau. Talian elektrikpun ada simbolnya yang tersendiri.

Kalau setakat lukis peta kosong sahaja tetapi tiada ditulis apa-apa, tiada bingkai dsb, dapat 0 la. tiada markah setengah2. Tapi tak tahula kalau tahun ini boleh bagi markah begitu.

Tajuk peta ni boleh ditulis Peta 2: Taman Bukit Maluri

Aspek 7, 'Kaedah Kajian'....

Pilih sekurang-kurangnya 2 kaedah dan huraikan.

a) Kaedah pemerhatian.
Jalankan pemerhatian di kawasan kedai, kilang, sekolah dan kediaman dan lihat apa jenis pencemaran yang dapat anda lihat atau bau dan apakah puncanya.
Anda dan kumpulan juga boleh membuat pemerhatian ke atas bilangan kenderaan yang melalui jalan-jalan utama pada waktu puncak. Maklumat dan data boleh digunakan untuk membina jadual dan melukis graf di bahagian aspek 'Punca pencemaran'.

b) Kaedah Soal selidik.
Sediakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pencemaran, punca pencemaran, kesan pencemaran dan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran tersbut. Edarkan kepada 20 orang responden di kawasan kajian seperti ibu/bapa/ pelajar, peniaga, guru dsb. Bolehlah anda gunakan maklumat ini untuk membina jadual dan melukis graf. Selain itu anda boleh sampaikan maklumat dalam bentuk peta minda iaitu cadangan-cadangan untuk mengurangkan kesan.

c) Kaedah temu bual.
Sekurang-kurangnya temubual 3 orang responden. Soalan yang ditanya mungkin sama seperti dalam soal selidik.

d) Kaedah rujukan.
Anda sudah tentu merujuk buku, suratkhabar, majalah dan internet untuk mendapatkan maklumat tentang takrif atau konsep, punca dan kesan pencemaran alam sekitar, cadangan dan lain-lain. Jangan lupa catat nama pengarang, tahun, tajuk, penerbit dan tempat diterbitkan untuk ditulis di bahagian Rujukan. Alamat web juga boleh dicopy paste (jika anda menaip dengan komputer) dan masukkan di bahagian rujukan. Anda boleh mencetak atau fotostat sebahagian sumber yang dijadikan rujukan dan dilampirkan dalam kerja kursus anda.

Bagaimana hendak menerangkan kaedah yang digunakan? Rujuklah guru geografi anda atau buat carian di internet. Atau rujuk KKG tingkatan 2 jika masih anda simpan..hehe

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan