Kesan-kesan pencemaran alam sekitar
Cikgu-cikgu SMKTBM sedang sibuk berkursus ict di makmal komputer. Apa yang 'dikursuskan'? Hmm, biarlah rahsia haha! Cikgu mengambil peluang untuk menyambung kerja yang belum habis lagi. Sekarang cikgu akan beri panduan bagaimana hendak menulis tentang kesan pencemaran alam sekitar di TBM. Saya tahu masih ramai pelajar cikgu masih belum mula menulis laporan dapatan kajian. Tidak tahu macam mana nak mula. Sebenarnya, huraian tidak perlu ditulis panjang-panjang. Markah bagi satu poin yang dihuraikan hanyalah 1 markah. Anda dikehendakki menerangkan 5 kesan pencemaran alam sekitar yang terdapat di TBM. Kesan-kesan itu ada disenaraikan dalam panduan pelaksanaan KKG. Pilihlah kesan-kesan yang relevan dengan jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di TBM ialah hujan asid, penyakit, suhu meningkat, udara tercemar, bau busuk dan lain-lain. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar adalah lebih kurang sama sahaja antara semua kawasan-kawasan d...