KKG 2012: Kepentingan perniagaan pasar malam

Gerai nasi kerabu kegemaran saya ni terdapat di pasar malam Paya Jaras. Kalau datang selepas pukul tujuh, memang melepaslah!
Pernahkah anda makan sayur ini? Masa kecil di Sabah dulu, saya pernah masuk dan 'berendam' dalam sebuah empangan kecil untuk memetik sayur 'genjer' ini untuk mak saya. Sekarang selepas 30 tahun, sayur ini saya jumpa di pasar malam.


Apakah kepentingan pasar malam@pasar tani@pasar lambak di kawasan kajian anda? Atau dalam bahasa mudah, "kenapa pasar malam penting?"
Menyediakan 
peluang pekerjaan 
Meningkatkan taraf 
hidup/pendapatan 
Memudahkan 
penduduk tempatan 
membeli barangan 
Membolehkan 
penduduk tempatan memasarkan barangan jualan 
Menyediakan barangan segar 
Menjimatkan kos pengguna/peniaga 

Pilih dan huraikan 4 kepentingan serta terapkan satu atau beberapa nilai/unsur patriotisme

Di pasar malam yang saya selalu pergi ini terdapat peniaga mee goreng dan kuetiow yang saya tahu sudah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu. His appearance is still the same with the bandanna on his head but looking older now. Saya tahu dia berniaga di dua tapak pasar malam. Jadi, boleh dikatakan perniagaan pasar malam ini memberikan pekerjaan yang stabil kepadanya kerana dia dapat bertahan lama. Suami sayapun dulu menjual jagung bakar di pasar malam sebelum mendapat pekerjaan lain. Selain daripada memberi pekerjaan sebagai peniaga, pasar malam ini juga mewujudkan pekerjaan sebagai tukang sapu dan buruh kasar (bagi peniaga yang mempunyai beberapa orang pembantu).

Seorang lagi yang saya kenal menjual akar kayu dan pelbagai hasil hutan lain sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan dan juga kerana minat. Di sebelah siang, dia merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah. Seorang lagi penjual burger merupakan ahli logistik sebuah syarikat pada waktu siang dan di sebelah malamnya dia menguruskan sendiri perniagaannya dan berupaya menyimpan 100K selepas beberapa tahun berniaga. Katanya, kerja tetapnya hanya mampu memberikannya satu kereta dan satu rumah sahaja tetapi hasil perniagaan pasar malam dapat meningkatkan lagi taraf hidupnya.

Mengapa agaknya lokasi pasar malam ini di kawasan perumahan atau berhampiran jalanraya utama? Ini adalah kerana tempat-tempat ini ramai orang. Lokasi pasar malam, pasar lambak atau pasar tani ini ditetapkan oleh Majlis Berkuasa Tempatan.  Penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan kawasan sekitar, tidak perlu pergi jauh-jauh untuk membeli barang keperluan.
Anda juga selalu melihat ada dikalangan pengunjung pasar malam berpakaian pejabat,kan? Sudah tentunya mereka baru selesai bekerja dan telah singgah di pasar malam untuk membeli makanan atau barang keperluan memasak yang tidak dapat dibeli pada sebelah pagi. Jadi, pasar malam ini memudahkan penduduk tempatan membeli barangan.

Setengah-setengah peniaga berniaga di pasar malam untuk memasarkan barangan mereka sendiri atau barangan orang lain. Contohnya, mereka mempunyai kemahiran memasak lalu mereka menjual makanan seperti lauk-pauk, kuih-muih, biskut dan kek, dan sebagainya. Kraftangan hasil buatan orang lain seperti bakul rotan, tikar mengkuang, tudung saji dan lain-lain juga ada dijual di pasar malam.


Buah naga itu hanya RM10 bagi 5 biji dan kualitinya masih baik lagi berbanding harga yang lebih mahal di pasaraya. Petai itu pula, jika seikat RM3. Dua ikat RM5 di pasar malam di tempat saya. Kalau beli banyak, harga boleh ditawar lagi. 
Laksa Utara Pak Ngah yang sedap itu hanya RM3 berbanding dengan laksa di PapaRich tu. 
Peniaga tidak perlu bilik ber'aircon' atau tempat letak yang canggih untuk menjual produk-produk mereka, jadi kos mereka lebih murah. Lagipun hasil pertanian dan perikanan yang segar tidak dapat disimpan lama dan ini menyebabkan peniaga akan mempercepatkan jualan mereka dengan menawarkan harga yang lebih murah. Pembelipun untung juga, kan? Scroll down this link to get some points, ok?

Ok, pelajar, maklumat seperti di atas boleh didapati melalui pemerhatian @ temubual @ soalselidik dengan peniaga atau pengunjung pasar malam / pasar lambak di kawasan kajian anda. Setelah menemubual mereka, jangan lupa beli hasil jualan mereka ya?  Saya rasa bersyukur dengan adanya kemudahan pasar malam ini sebab saya dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan saya. Saya juga merasa bangga kerana melihat peniaga berbilang kaum dan umur dapat berniaga bersama-sama. Dapatlah saya merasa 'laddu' yang dibuat oleh orang India.

Comments

  1. memang kena tlis cmni ka ? dlm bntuk karangan ?

    ReplyDelete
  2. pelajar mesti menulis dalam bentuk karangan yang formal..gaya cikgu di atas tu gaya bercerita.

    ReplyDelete
  3. Karangan yang formal? Contohnya macam mana cikgu?

    ReplyDelete
  4. setiap isi harus memberi contoh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap isi mesti ada contoh yang dikaitkan dengan kawasan kajian. misalnya, memberi peluang pekerjaan itu umum tapi bila awak huraikan tentang seorang peniaga yang telah lama berniaga di kawasan kajian (awak ada temubual dia atau awak sudah bertahun tengok dia berniaga di pasar malam tu), itu satu contohlah. Contoh boleh diberikan hasil daripada pemerhatian @ temubual @ soalselidik @ rujukan pada bahan bacaan (kalau ada).

      Delete
    2. cekgu rujukan nk tlis web blog nie...

      Delete
  5. cam ne nk wat nilai/unsur patriotisme g conto skit cekgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu dah bagi contoh kat post cikgu di atas tu..akhir sekali. Bacalah hingga akhir..Ada satu post cikgu khaskan untuk penerapan nilai dalam dapatan kajian..

      Delete
  6. cikgu mcm mana nk hurai kan menyediakn peluang pekerjaan..kay sini suruh hurai 4..saya bce ayt di atas xde pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumuskan sendiri berdasarkan kefahaman anda membaca perenggan 1 dalam posting saya di atas. Baca soalan anoynymous 4 april di atas..Saya tidak bagi direct sebab pelajar mesti olah ayat sendiri. Berikan contoh berdasarkan peniaga pasar malam di kawasan kajian anda sendiri.

      Delete
  7. Cikgu camana nak wat pendahuluan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif...saya tak geti lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendahuluan tu xwajib. Ada macam2 cara nak tulis intro..tanya guru anda ya? guru bm pun boleh

      Delete
  8. cikgu yg kepentingan semua itu kena cakap secara umum atau kena rujuk kawasan kajian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dikaitkan dengan kawasan kajian..jadi apa2 contoh yang diberikan mesti merujuk kawasan kajian. Ada kalanya contoh2 itu sama saja dengan di tempat lain tapi ini no problem

      Delete
  9. klo wat rujukn tlis lmn web nie bole???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer..sbb apa yang anda huraikan mesti berkaitan dengan perniagaan runcit di kawasan kajian anda..

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. cikgu,cth tu boleh guna pemerhatian je tk?

    ReplyDelete
  12. cikgu kita org sruh bwt dlm bntuk point,mcm mna nk bwt unsur patriotisme?

    ReplyDelete
  13. CIKGU,empat-2 tu saya dpt buat tapi unsur patriotisme tu ha sye tak dpt buat....
    PLEASE CIKGU TOLONG.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aspek kepentingan, cuba baca sampai habis post cikgu di atas, ada cikgu selitkan nilai atau unsur patriotisme di situ. Kalau rumusan, baca post cikgu tentang rumusan dan penerapan nilai/unsur pat.

      Delete
  14. mesti hurai, mana boleh buat dalam bentuk point. Ini bukan nota tapi laporan. Jadi kita kena tulis dalam ayat yang lengkaplah.

    unsur patriotisme tu baca dalam post cikgu. search dlm label 'kerja kursus' tu.

    ReplyDelete
  15. cikgu saye pening la nak buat unsur patriotisme ni..cikgu tolong!!!!

    ReplyDelete
  16. bodoh sikit ni je..................

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum cikgu
    kepentingan ni bole buat dlm point2 ta ???
    saya ta suke buat dlm karangan ...
    bole ta ???
    hope cikgu blas lah
    ....

    ReplyDelete
  18. samada suka atau tidak, mesti tulis dalam bentuk karangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan