Kesan-kesan pencemaran alam sekitar

Cikgu-cikgu SMKTBM sedang sibuk berkursus ict di makmal komputer. Apa yang 'dikursuskan'? Hmm, biarlah rahsia haha!

Cikgu mengambil peluang untuk menyambung kerja yang belum habis lagi. Sekarang cikgu akan beri panduan bagaimana hendak menulis tentang kesan pencemaran alam sekitar di TBM. Saya tahu masih ramai pelajar cikgu masih belum mula menulis laporan dapatan kajian. Tidak tahu macam mana nak mula.

Sebenarnya, huraian tidak perlu ditulis panjang-panjang. Markah bagi satu poin yang dihuraikan hanyalah 1 markah. Anda dikehendakki menerangkan 5 kesan pencemaran alam sekitar yang terdapat di TBM. Kesan-kesan itu ada disenaraikan dalam panduan pelaksanaan KKG. Pilihlah kesan-kesan yang relevan dengan jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian.

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di TBM ialah hujan asid, penyakit, suhu meningkat, udara tercemar, bau busuk dan lain-lain. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar adalah lebih kurang sama sahaja antara semua kawasan-kawasan di sekitar KL ini.  Semua kesan yang saya senaraikan di atas adalah kesan pencemaran udara. Penyakit dan bau busuk juga kesan pencemaran air dan bau. Oleh itu, apabila anda huraikan kesan-kesan tersebut, anda boleh nyatakan jenis pencemaran tersebut. Kalau anda sebut pencemaran alam sekitar sahaja secara umumpun tidak mengapa. Yang penting, huraian anda mestilah jelas dan mudah difahami oleh penilai, iaitu guru geografi anda. Sebaik-baiknya tulis dalam perenggan berasingan bagi setiap kesan pencemaran itu (di sinilah gunanya format menulis karangan yang diajar oleh guru BM atau guru BI anda).

Hurailah berdasarkan pemahaman anda dan jangan 'simply copy and paste ' daripada rujukan yang anda perolehi daripada internet. Ada pelajar yang tidak membacapun isi rencana atau karangan daripada sumber tersebut. Janji dia nampak 'hujan asid' terus saja dia salin tanpa 'menapis' maklumat yang panjang lebar huraiannya itu.

Katakan, anda pilih hujan asid sebagai salah satu kesan. Terangkan hujan asid dengan ringkas diikuti dengan kesannya kepada alam sekitar di kawasan kajian yang boleh dilihat seperti bangunan dan harta benda. Anda boleh maklumkan hasil soal selidik anda (jika anda ada laksanakan) berapa orang @ peratus responden yang menyatakan hujan asid sebagai kesan pencemaran alam sekitar. Di sini juga anda boleh sampaikan hasil soal selidik anda tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar dalam bentuk jadual dan graf atau peta minda. Kalau tidak mahu bina jadual dan graf pun tidak mengapa.

Kesan pencemaran alam sekitar yang lain ialah yang lain ialah udara tercemar. Hahaha! Rasa pelik bunyinya kalau anda tulis begini..'Kesan pencemaran udara ialah udara yang tercemar..' Tidak mengapa, boleh. Anda juga boleh menulisnya begini. ' Pelepasan asap kenderaan dan kilang serta pembakaran terbuka menyebabkan udara tercemar dengan bendasing seperti ...................'. Kesan pencemaran ini menimbulkan .................. kepada penduduk ..............

Peningkatan suhu juga adalah kesan daripada pencemaran alam sekitar iaitu lebih tepat lagi pencemaran udara. Kaitkan dengan gas-gas rumah hijau yang disebabkan oleh pembakaran sumber bahan api. Bahan api tu apa? Yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan, juga menggerakkan jentera di kilang dan sebagainya. Apa jadi bila suhu meningkat? Kita, penduduk tidak merasa selesa dan panas.

Selain daripada itu, pencemaran alam sekitar juga mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia iaitu penyakit. Terangkan bagaimana udara yang tercemar menyebabkan beberapa jenis penyakit. Pencemaran bunyi juga menyebabkan masalah pada alat pendengaran kita, kan? Boleh terangkan sedikit.

Bau busuk juga adalah kesan pencemaran alam sekitar. Bagaimana dan apakah kesannya kepada kita?

Begitulah seterusnya anda huraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang lain. Akhir sekali terapkan nilai @ unsur patriotisme seperti bersyukur, bertanggung jawab, cinta alam sekitar dan sebagainya. Tidak susah bukan?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan