Kerja Kursus Geografi 2011: Arahan kepada calon PMR

KKG PMR telah bermula sejak Februari. Tajuk tugasan tidak lagi dihantar dengan tangan. Caranya sudah canggih: dapatkannya 'on-line'. Mulanya tahun lepas, kami yang tidak tahu tertunggu-tunggulah lah sehingga ada suara-suara menyuruh kami 'download' daripada 'internet'.

Mula minggu ini, saya sudah sampaikan kepada hampir semua kelas saya. Ada yang saya sampaikan dengan 'powerpoint' dan ada saya blah-blah di dalam kelas..

KKG wajib dilaksanakan oleh setiap calon PMR..

Dihasilkan secara individu. Segala maklumat boleh dikongsi tetapi penulisannya sendiri-sendiri.

Ditekankan JANGAN MENIRU! Alahai, bolehkah? Kalau ikut pengalaman, ada pelajar 'copy-paste' sahaja daripada 'internet' tetapi mereka tidak 'bijak' sehingga sekejap kawasan kajian mereka terletak di Johor, sekejap beralih semula ke TBM.

Bukan tidak boleh 'mencedok' daripada alam siber tetapi biarlah 'relevan' dengan kawasan yang dikaji. Selepas itu, jangan lupa untuk memberi 'credit' kepada yang empunya kerja, ya? Tulis atau 'copy paste' alamat web di bahagian RUJUKAN.

Penggunaan komputer digalakkan untuk menghasilkan laporan. Gunakan Times New Roman dengan fon bersaiz 12 dan 'double spacing' seperti contoh berikut.

"Kawasan kajian saya ialah Taman Bukit Maluri yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.

Saya memilih Taman Bukit Maluri sebagai kawasan kajian kerana ia adalah sebuah


petempatan bandar yang padat dan mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi seperti.... Selain daripada 

itu, .......... Keadaan ini menimbulkan beberapa masalah seperti....."

Sebelum mula menaip, jangan lupa tetapkan dahulu 'page layout', 'tab setting', jenis fon dan saiz, 'margin' kiri,kanan, atas dan bawah.

Dinasihatkan pelajar mula menulis atau menaip laporan seawal mungkin sebaik selepas perbincangan suatu aspek kajian dengan guru. Jangan tunggu 'last minute' nanti kerja tertunggak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan