Bahan Grafik untuk kajian pengangkutan awam


Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.
Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.
Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual. Ada jadual tidak semestinya ada graf.


Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnya, daripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang. Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini di bahagian  aspek 8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian.

Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Hasil rujukan @ soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Dan sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.

Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2 hingga 8.5 yang berkaitan. Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4.

Thank you for reading and visit me again.

Comments

  1. Cikgu, borang soal selidik kan, kena tulis ape ya? Cikgu geo saya tak cakap eh, suruh kami buat sndiri. Pening kepala sy. Syukurlah ada blog cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same r.. cikgu sy xckap pape pun.. tg0k kwn kelas laen jer lah.. huhu

      Delete
  2. Kita menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan orang ramai tentang sesuatu isu. Utk kkg, kita nk tahu pandangan orang ramai spt penduduk iawasan kajian, pengguna pengangkutan awam di kawasan kajian, pemandu kenderaan awam dan sebagainya, tentang kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah berkaitan pengangkutan awam di kawasan kajian. Kita sediakan borang soal selidik yang mengandungi aspek2 yang berkaitan dan minta responden 'tandakan' kotak-kotak yang sesuai dengan pandangan mereka. Lps itu kita kira bilangan responden yang memilih jawapan/aspek tertentu. Cth. Daripada 20 org responden, 10 menanda ruangan 'menjimatkan masa' bagi kepentingan pengangkutan awam. 20 atau semua responden menanda ruangan 'mengangkut penumpang' bagi aspek kepentingan pengangkutan awam, 5 org tanda ' meningkatkan mobiliti', 8 orang pula menandakan 'mengurangkan kesesakan lalu lintas'. Semua maklumat ini memberikan data untuk anda membina jadual dan melukis graf serta membantu anda menulis laporan dapatn kajian utk aspek kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Cth, Berdasarkan hasil soal selidik, 20 orang responden bersetuju bahawa kepentingan utama pengangkutan awam di Taman Petaling ialah mengangkut penumpang untuk ke sekolah, tempat kerja dan membeli belah di kompleks perniagaan seperti Metro Prima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana buat dapatan kajian?

      Delete
    2. Assalam.Cikgu,kalau nak buat CARTA PAI kena tunjuk jalan kira jugakah untuk dapatkan peratus setiap kepentingan? Saya nak tanya juga apakah beza CARTA ALIRAN dengan PETA MINDA?

      Delete
  3. cikgu , saya tak bera faham lah yang ini nak buat mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini ada contoh borang soal selidik. http://id.scribd.com/doc/126400038/Borang-Soal-Selidik-Kkg-2013-Pengangkutan-Awam

      Delete
  4. Terima kasih byk byk ya cikgu!

    ReplyDelete
  5. Cikgu , itu borang soal selidik nak buat 20 orang respondan ah
    Saya tak berapa faham :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat untuk minimum 20 org. Nak lebih pun boleh. Edarkan kepada 20 org samada penumpang atau penduduk di kawasan kajian. Sediakan 1 borang yg kosong untuk bahagian lampiran. Setelah jalankan soal selidik, kumpul 20 borang yg telah diisi dan buat analisis. Kira bilangan responden yang tanda aspek2 yang disediakan. Gunakan dalam penulisan laporan dan membina jadual dn mlukis graf. Cth. Utk aspek cadangan , Berdasarkan soal selidik, 20 rg responden mencadangkan 5 langkah untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian iaitu....... Lps itu huraikan cadangan2 tersebut dan kaitkan dgn masalah yang telah dihuraikan dalam aspek 8.4.

      Delete
    2. cikgu, sedia 1 borang yg kosong apa maksud ... di lampiran sedia 1 cukup atau nak lebih

      Delete
    3. 1 borang soal selidik yang kosong sebagai contoh@ sample..mesti diletakkan di bahagian lampiran, kalau awak ada jalankan soal selidik. Kalau tak buat soal selidik xperlu letak.

      Delete
  6. cikgu , soal selidik tu ... boleh buat salah satu daripada objektif kajian tak?atau kena buat semua ...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum. maafkan saya. bagaimana ingin menguasai geo dengan baik ya ? sekadar perkongsian.

      Delete
    2. hafal peta ...dan kenalpasti tempat2 dlm peta..

      Delete
  7. cikgu, soal selidik tu borang, tu fonts kena Times New Romans ke? Atau ape fonts pun blh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa fon pun xapa untuk borang soal selidik tetapi saiz janganlah besar2 ya..

      Delete
    2. Dan tidak perlu fon yang artistik atau stail katun2..times, arial, courier, yang nampak 'serius' ..

      Delete
    3. saiz tu tajuk 20, isinya 17 blh ka?

      Delete
  8. Cikgu, boleh tolong bagi tunjuk ajar kat saya macam mana nak buat PETA MINDA, Cikgu ade sample tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada contoh dalam buku teks. Cuba cari. Lukis beberapa kotak mengelilingi kotak besar. Kotak besar dihubungi kotak-kotak kecil dengan anak panah. Dalam kotak besar tulis " Kepentingan Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri". Di kotak2 kecil tulis masalah tersebut. Tajuk peta minda juga mesti ditulis "Kepentingan utama pengangkutan awam di Taman Bukut Maluri, di sebelah bawah peta minda yang telah dibuat.

      Delete
  9. cikgu ! macam mane nak huraikan dapatan kajian tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk terangkan di sini, panjang.. Cuba tanya cikgu awak sendiri.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. cikgu , macam mane nk huraikan rumusan kajian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca entri cikgu, rumusan. Boleh juga cari cth di i ternet tetapi tajuk lain.

      Delete
  11. syaza abadiah samsuniMarch 29, 2013 at 6:48 PM

    thanks cikguu...bersyukur gila jmpa blog nie..xpyh sedih2 dh buat folio.. alhamdulilah.. terima kasih.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, cikgu nak tanya. bila nak edar borang soal selidik, mesti kat kawasan kajian yg kitakaji ke atau tempat orang lain pon boleh?. Contohnye, tempat kita x da komuter tapi orang yg kita soal selidik tu ada. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualikum. ckg, terima kasih.. saya sngat2 gembira sebab dpt jmpa bl0g mcm ni. alhamdulillah. :)

      Delete
    2. Edarkan pada orang yang tahu tntng prkhidmatan awam di kawasan kajian seperti penumpang dan penduduk kawasan kajian

      Delete
  13. assalamualaikum,cikgu nak tanya.klu nak buat peta minda tu cmna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada contoh dalam buku teks. Cuba cari. Lukis beberapa kotak mengelilingi kotak besar. Kotak besar dihubungi kotak-kotak kecil dengan anak panah. Dalam kotak besar tulis " Masalah Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri". Di kotak2 kecil tulis masalah tersebut. Tajuk peta minda juga mesti ditulis "Masalah utama pengangkutan awam di Taman Bukut Maluri, di seblah bawah peta minda yang telah dibuat.

      Delete
  14. ckgu , jika saya buat dlm bentuk bahan grafik untuk menerangkan aspek2 , perlu x saya buat karangan lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih perlu buat huraian. Bahan grafik sebagai bahan sokongan sahaja tidak boleh menggantikan huraian. Contoh:

      1) Berdasarkan jadual di atas, masalah pengangkutan awam utama yang diberikan oleh responden ialah tambang yang mahal. atau

      2) Berdasarkan graf di atas, jenis pengangkutan utama yang digunakan oleh responden-responden yang disoal selidik ialah bas awam.

      Delete
  15. Cikgu, macam mana nak buat kalau bahan grafik untuk rajah aliran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajah aliran menunjukkan proses. Ada tak dlm kkg ni apa2 proses nak ditunjukkan?

      Delete
    2. pasal petroleum

      Delete
  16. Cikgu, fonts msti 12 kan ? tulis times new roman ? klau tajuk atas tuhh nak kne buat 12 ngan times new roman jgk ker ? atau bolee buat font size lain, ngan jnis tulisan lain ?

    ReplyDelete
  17. cikgu sy xfham mcm mna nk wat bhan grafik????

    ReplyDelete
  18. Cikgu yg bhn grafik thu kn , kalau sy bt temu bual nak 3 org responden kn? lepas thu nak tnya ape ah? tk faham lah

    ReplyDelete
  19. cikgu kalau tak tulis pasal orang responden boleh ke nak buat pasal bahan grafik ni ye?

    ReplyDelete
  20. Alahaii... Cikgu ! Sekian lama kita bertempur, berperang, berkejar-kejaran dan menahan sakit di hati dengan kerenah bebudak dan KKG ni. Sabo je la, ni dah masuk tahun 2013, katanya yang last ! Yang baru tah macamana pulakkk....

    Maaf.. saja nak tumpang koyok.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBS nantipun ntah akan kejar mengejar budak2 ni..maklumlah kena online sokmo. Xmcm skrng ni sekali online saja..itupun org peperiksaan buatkan..

      Delete
  21. Oh cikgu macam mana nak buat bahan grafik ni? susah sangat.. blh buat graf bar contoh x ?

    ReplyDelete
  22. kiranya cikgu, kalau saya amik graf dgn carta pai. yang tajuk sama dua-dau sama. cuma bentuk garfik je kan yang lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xboleh sebab tiada jadual. Xde markah

      Delete
    2. Jadual yg betul 2 markah maks. Jadual dan graf + carta pai + peta minda, 4 mrkh maksimum

      Delete
    3. saya buat jadual dan graf, sooo tajuk nya " PENGANGKUTAN AWAM DI XXXX " lah kan ?

      Delete
  23. cikgu nak tanya...yg peta minda tu apa maksudnya idea utama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea utama ialah kotak besar yg mula kita lukis/buat. Dalam tu kita tulis masalah perkembangan pengangkutan awam. Lps tu awak lukis/buat beberapa kotak kecilndi sekeliling kotak besat tu dan lukis anak panah menyambungkan kotak kecil ke kotak besar. Tulis dalam kotak kecil masalah di kawasan kajian, satunkotak kecil satu masalah.

      Delete
  24. carta aliran tu apa mksudnya idea utama?

    ReplyDelete
  25. cikgu nak tanya sikit...kalau kite tak buat borang soal selidik tak pe kan?

    ReplyDelete
  26. cikgu yang graf tukan dia nak graf apa ? line , bar graf atau yang lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harap cikgu boleh bagi esok jawapan dia . urgent .
      terima kasih cikgu

      Delete
    2. Graf tu bergantung pd maklumat yg nak disampaikan..jadi graf ni berkaitan dengan apa?

      Delete
  27. salam. cikgu bolehkah saya letak graf mengenai masalah pengangkutan awam di bhg grafik?

    ReplyDelete
  28. berapa besar carta pai (1m) ? besarnya mana nak cari kertas

    ReplyDelete
  29. Cikgu dalam kertas perlu buat Cartai pai , Peta Minta and Carta aliran semua dalam size 1m ? saya tidak faham.

    ReplyDelete
  30. cikgu boleh x tunjukkan contoh bahan grafik tajuk kegiatan penternakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana cikgu tidak mengkaji tentang kegiatan penternakn, cikgu hanya boleh cadangkan buat peta minda untuk kepentingan atau faktor atau masalah; jadual dan perubahan harga ternakan mengikut bulan di kwasan kajian. Inipun jika awak ada huraikan aspek/poin mengenai harga ternakan.

      Delete
  31. Cikgu cartai pai ialah buat kesan daripada pengangkutan awam kepada penduduk atau buat masalah pengangkutan awam? tak faham lah...

    Macam mana pula cadangan pengangkutan awam dibuat dalam mana bahan grafik ?

    saya sudah buat kepenting pengangkutan dalam segi jadual .

    yang saya faham kena buat 2 jenis bahan grafik.
    boleh bagi contoh.....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu nak tanya, apa kaedah kajian awak gunakan untuk mendapat maklumat ttg masalah perkembangan pengangkutan ini? ada buat soal selidik?

      Delete
  32. Cigku dlm carta pai 4 jenis masaalah pengangkutan awam atau semua soal kajian dimasukan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa carta pai kurang sesuai. Peta minda lebih sesuai. Masukkan hanya masalah di kawasan kajian.

      Delete
  33. cikgu..jika bahan grafik buat 8.2-jenis pengangkutan awam tu masuk kereta tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta persendirian bukan pengangkutan awam..

      Delete
  34. Cikgu, saya tak berapa fahamlah. Contohnya, jadual tu tajuk kepentingan. Habis tu, graf tu tak boleh buat tajuk kepentingan tu lagi ke? Ataupun boleh sama je. Tolonglah saya cikgu. Kepala saya dah pening nak buat bahan grafik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk sama dalam dua grafik berbeza spt jadual dn graf, boleh..

      Delete
  35. cikgu saya tak beberapa faham cara nak buat bahan grafik ni ,boleh cikgu tunjukan beberapa contoh tak

    ReplyDelete
  36. cikgu saya hanya buat pemerhatian dan temubual, bagaimana saya nak buat carta dan graf bagi kaedah ini

    ReplyDelete
  37. ckgu kalau takde grafik utk dptan kajian takpe ke

    ReplyDelete
  38. salam cikgu saya nak tanya sikit kalau kita nak buat jadual boleh keh letak seperti:
    Jenis pengangkutan awam di Taman Setiawangsa
    Bas awam
    Bas sekolah
    Van sekolah
    Teksi
    LRT Setiawangsa
    Lain-lain


    buat camnie bole2 keh jenis2 pengangkutan awam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik buat jadual tentang berapa org responden menaiki jenis2 pengangkutan awam yang disebutkan. Boleh tahu jenis pengangkutan awam mana yang paling banyak dinaiki responden. Tajuk jadual ialah bilangan responden mengikut jenis pengangkutan awam di taman setiawangsa. Jalankan soal selidik ke atas 20 org responden atau lebih. Atau temubual 20 responden.

      Delete
  39. salam cikgu,kalau folio geo x salah kan buat guna tlisan komputer...??bkan apa saya tkut saya buat salah.....lagi satu cikgu,borang soal selidik kna ada dlm hasil kajian ke..?/

    thanks cgu..

    ReplyDelete
  40. Teacher, can you please show us some Kerja Kursus Geografi PMR 2013 examples for us to refer on it? Please and thank you.

    ReplyDelete
  41. Askm cikgu,boleh tak berikan contoh tafsiran untuk membuat jadual jenis bas dan kekerapan bas yang lalu lalang di kawasan kajian????

    ReplyDelete
  42. salam , Cikgu saya nak tanya macam mana nak buat bahan grafik . saya tak berapa faham . cikgu ada tak contoh bahan grafik untuk tajuk pengangkutan awam

    ReplyDelete
  43. cikgu ni penting sangat nih , bahan grafik perlu ada huraian ke????

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum , cikgu . Sayaa tak faham yang hat bahan grafik uhh . Kalau takdakk takpaa dakk ? Mintakk penjelasan cikguu :(

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum cikgu. Bahan garfik tu kena buat salah satu je kan?

    ReplyDelete
  46. Asslamualaikum cikgu. Saya nak tnya borang soal selidik dengan temu bual sama je ke?? Kte kne wat salah satu ke dua dua pon kne wat. Saya x brape pham bab yang nie. Saya dah tngok contoh tapi cam rumit jew. ad yang tulis temu bual ad yang tulis soal selidik tpy isi dye sama je..

    ReplyDelete
  47. cikgu , maklumat dlm peta minda tu kna ada huraian ke ?

    ReplyDelete
  48. Yang tanya semua soalan nih, ada tak bertanya dengan guru geografi masing-masing? Atau belajar dengan kengkawan masing2? :))

    ReplyDelete
  49. salam, cg, bahan grafik tu. kalau nk buat yg masalah perkembangan pengangkutan awam. kne cri data yg btul kan, nk cari semua mklumat tu kat mane ye ?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum cikgu, kalau saya sediakan 20 borang soal selidik dan beri kepada responden di kawasan kajian, perlukah saya masukkan kesemua 20 borang soal selidik tue di bahagian lampiran? Kedua, kalau saya buat jadual tentang masalah pengangkutan awam dan peta minda tentang cadangan mengurangkan masalah sahaja boleh ke tak? Terima Kasih cikgu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, kawan saya cakap kat bahagian dapatan kajian kena tulis tangan sebab ia essei. betul ke?

      Delete
    2. tidak perlu masukkan semua 20 borang dalam lampiran, cukup satu helai borang yang tidak bertanda.

      Delete
  51. Assalam, cikgu, klau nak buat graf perlu ada jadual ke?

    ReplyDelete
  52. macam mane nak buat rujukan cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. search 'rujukan' dalam blog cikgu. Ada entri dalam tahun lepas, 2012.

      Delete
  53. Cikgu, peta lakar kena lukis dari rumah ke kawasan kajian atau dari sekolah ke kawasan kajian?

    ReplyDelete
  54. Cikgu, kalau saya nak buat peta minda. Perlu ada point-ponit dia ke?

    ReplyDelete
  55. cikgu, macam mana nak buat carta aliran ?

    ReplyDelete
  56. Cikgu , peta minda nak apa point-point??

    ReplyDelete
  57. cikgu bahan grafik tu apa

    ReplyDelete
  58. assalammualaikum cikgu .cikgu lokasi kajian saya ialah kawasan kampung ,untuk saya mencari bahan dan data memeningkan saya . bolehkah cikgu berikan saya link bagi masalah pengangkutan dan cadangan yg bersesuai dgn lokasi tempat tinggal saya ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan