Kerja Kursus Geografi PMR 2013: Konsep penternakan, Jenis penternakan, Kepentingan penternakan

Terdapat soalan daripada pengunjung blog saya tentang tajuk tugasan 2 KKG PMR 2013, iaitu Kegiatan Penternakan. Saya tidak begitu terdedah kepada kegiatan penternakan ini. Masa saya kecil dulu, adalah saya lihat datuk tiri saya menternak ayam kampung. Tidak banyak, tidak sampaipun 10 ekor. Berhampiran tempat tinggal, ada saya lihat semacam binaan reban ayam tapi itu jauh terpelusuk dalam 'hutan'.. Tidak kuasa saya hendak melihatnya dari dekat. Sedikit atau banyak, masih boleh dijadikan kajian untuk KKG PMR 2013.

Banyak juga maklumat menarik di blog-blog penternak ni. Saya rasa sesiapa yang memilih tajuk ni tidak akan kekeringan idea untuk menulis laporan KKG.

8.1 Konsep dan Jenis Kegiatan Penternakan. Seperti juga tajuk pengangkutan awam, tajuk kegiatan penternakan juga mahukan konsep penternakan ditakrifkan. Ada saya jumpa dalam Wikipedia B. Melayu. Anda juga boleh mendapatkan definisi/maksud penternakan daripada kamus-kamus. Jenis-jenis kegiatan penternakan adalah seperti yang disenaraikan dalam soalan tugasan. Banyak, ada 17 jenis semuanya.

8.2 Kepentingan Kegiatan Penternakan di kawasan kajian. Pilih 3 kepentingan dan jelaskan nilai murni aatau unsur patriotisme dengan lengkap untuk Markah Penuh. Oleh kerana jenis penternakan sangat banyak, kepentingan mungkin berbeza. Kepentingan yang sama untuk semua ialah Sumber Pendapatan dan Peluang Pekerjaan (Mudah dihuraikan). Pilih satu lagi yang sesuai dengan jenis kegiatan penternakan yang terdapat di kawasan kajian. Saya rasa ini lebih mudah daripada tugasan pengangkutan awam (:..Huraian tidak boleh umum dan hendaklah memberi contoh-contoh berdasarkan kegiatan penternakan di kawasan kajian.  Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian dan temubual.

8.3 Faktor-faktor mempengaruhi Kegiatan Penternakan. Pilih dan hurai 4 faktor dan nilai murni atau unsur patriotisme.
   



Thank you for reading and visit me again.

Comments

  1. rumusan nk wat cam mana?

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu,,
    panduan yang cikgu beri banyak membantu saya,,
    ;)

    ReplyDelete
  3. cikgu, apa definisi konsep penternakan ayam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Defnisi konsep penternakan secara umum sahaja, bukan khusus penternakan ayam, ikan dan lain2

      Delete
    2. macam mane nk buat rumusan?

      Delete
  4. cikgu sy x brpe nk fhm la...

    ReplyDelete
  5. Cikgu , boleh saya tahu ape masalah yang sering di hadapi itik ?

    ReplyDelete
  6. Cikgu, mengenai dapatan kajian, dia suruh buat 'setiap aspek dapatan kajian hendaklah dikaitkan dengan kaedah kajian' <-- benda ni nk letak kat mana? bleh bagi contoh? - siti

    ReplyDelete
  7. peluang pekerjaan tu sya x reti nk uad ayt dy la ckgu .. cena nk wt ?

    ReplyDelete
  8. salam,mcm mne nk buat bahan grafik??bhn grafik itu brpndukan apa ye

    ReplyDelete
  9. kalau penternakan ikan....8.5.....cadangan untuk mengurangkan kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian...nak buat macam mana "rawatan air kumbahan"

    ReplyDelete
  10. cikgu nak cari dkat mna definisi pentrnkn lembu

    ReplyDelete
  11. mcm mna nk bwt rumusan utk penternakan???

    ReplyDelete
  12. tnx a lot,teach....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan