KKG 2012: Bahan Grafik untuk Perniagaan Runcit


Setelah memeriksa beberapa hasil kerja kursus pelajar, saya terpanggil untuk menjelaskan contoh-contoh grafik yang boleh disediakan dalam bahagian dapatan kajian.

Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.

Hasil soal selidik tentang Kepentingan, Faktor-faktor, Kesan-kesan negatif dan cadangan mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.
Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual > Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Apabila ada graf, mesti ada jadual.

Hasil pemerhatian tentang bilangan gerai mengikut jenis barangan  boleh disampaikan dalam bentuk jadual, graf atau carta pai. Semua bahan grafik ini boleh ditempatkan di bahagian 6.1 (konsep dan jenis perniagaan runcit) atau di bahagian 6.2 ( faktor 'mudah membeli barangan'). Tajuknya, "Bilangan gerai mengikut jenis barangan di pasar malam TBM". Sumber: Hasil pemerhatian di pasar malam TBM.

Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Hasil rujukan @ soal selidik tentang kepentingan / faktor-faktor / kesan atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Dan sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.

Selamat menyiapkan kerja kursus. Selamat menambahbaik kerja kursus bagi yang sudah disemak.

Comments

  1. Terima kasih cikgu. Dengan informasi ini saya boleh menyiapkan kerja kursus Geografi saya.

    ReplyDelete
  2. gambar boleh tak letak selain drp lampiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada gambar, anda boleh letak di mana2 bahagian dapatan kajian (cth: gambar sampah berselerak tampal di bahagian aspek "Kesan-kesan negatif perniaagaan pasar malam...") atau di bahagian Lampiran.

      Delete
  3. Selamat sejahtera cikgu, saya hendak tanya "Bahan Grafik" ialah letak semua(JADUAL/GRAF/CARTA PAI/PETA MINDA/CARTA ALIRAN) di satu bahagian ke?atau pecahkan lalu letak di antara 8.1/8.2/8.3/8.4/8.5 masing-masing???

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum , yg peta minda tuh , yang tajuk , idea utama dan maklumat tuh ? Macam mana ? Boleh bagi contoh tak ?

    ReplyDelete
  5. idea utama: Faktor-faktor mempengaruhi perniagaan pasar malam
    Maklumat: poin-poin yang anda huraikan dalam aspek ini ie masa yang sesuai, darjah ketersampaian dll.
    Tajuk: Faktor2 yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di kawasan kajian. Jgn lupa anak panah dilukis antara idea utama dan setiap maklumat.

    ReplyDelete
  6. apa yang mahu dibuat untuk graf, carta pai, dan rajah aliran kalau tajuk ekosistem hutan terganggu? Makaseh!

    ReplyDelete
  7. cikgu, nak tanya nie... kalau jadual, nak buat ke tajuk nyer ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib tulis tajuk dan sumber. 1 markah, tau. Tajuk, taulah kan apa dia. Sumber: Hasil pemerhatian di pasar malam atau Sumber: hasil soal selidik terhadap 20 responden

      Delete
  8. cikgu klau buat graf kna wat tafsiran dak?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu tetapi biarlah graf itu boleh dikaitkan dengan isi huraian. contohnya, graf menunjukkan bilangan gerai mengikut jenis. "Terdapat X gerai yang menjual barangan segar seperti gerai ikan, daging, sayur2an dann buah-buahan seperti yang ditunjukkan dalam graf di atas @ graf berikut."

      Atau graf tentang pandangan responden, "Daripada hasil soal selidik, terdapat 10 responden yang mencadangkan kempen kebersihan sebagai satu langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran di..."

      Delete
  9. assalamualaikum, CikguGeo.
    aspek apa yang sesuai nak buat Carta Pai?
    kalau peta minda pulak aspek apa?
    Terima kasih bnyak-2 krna sudi mnjawab ptanyaan saya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan