KKG 2012: Konsep & Jenis Perniagaan Runcit dalam Dapatan Kajian

Anda dikehendakki mentakrifkan konsep dan menghurai jenis perniagaan runcit dengan lengkap beserta contoh yang relevan. Dalam aspek ini anda boleh merujuk kepada mana-mana bahan rujukan seperti buku teks Geografi Tingkatan 3 @ Perdagangan Tingkatan 4, buku rujukan subjek Perdagangan @ Geografi, internet, majalah dan sebagainya. 
Klik di siniii (di sini ada info tentang definisi perniagaan runcit dalam konteks geografi dan jenisnya di skrin 4/7. Kena sabar, klik satu, satu, dengar dan baca hingga selesai dengar dua-dua kategori perdagangan. Selepas itu anda akan nampak butang info bumi bergerak hehe. Klik. ). Ingat untuk copy alamat website ini sebagai salah satu rujukan internet. 


Kalau lambat sangat (sebab ramai orang nak akses), baca saja definisi dalam buku teks geografi ting.3, tema Kegiatan Ekonomi, dengan tajuk kecil 'perdagangan/perniagaan.
Saya lebih suka pelajar saya menggunakan takrif perniagaan runcit yang diberikan dalam buku teks @ buku rujukan geografi tingkatan 3 sebab ia lebih ringkas dan tidak banyak cabang-cabangnya. Lagipun, ini kerja kursus geografi ting. 3, jadi buku teks geografi ting.3 lebih relevan berbanding buku perdagangan ting.4.


Anda boleh mulakan ayat anda dengan "Berdasarkan buku teks Geografi Tingkatan 3 / Rujukan internet, perniagaan runcit ialah...". Selepas itu, anda perlu menyatakan beberapa contoh jenis perniagaan runcit di kawasan kajian. Kemudian, huraikan tentang jenis perniagaan yang anda pilih atau fokuskan dari segi masa dan jenis barang yang diniagakan. (klik contoh: pasar malam, pasar tani)
Apa-apa pun, huraian anda mesti juga dikaitkan dengan kaedah yang anda gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang konsep perniagaan runcit ini.


Dalam bahagian aspek ini juga, pelajar boleh membuat pemerhatian di pasar malam/pasar sari/pasar lambak dll, tentang bilangan gerai-gerai yang ada di kawasan kajian mengikut jenis (makanan, minuman, pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan, kelengkapan rumah, makanan kering, kasut, alat permainan dll). Data atau maklumat yang diperolehi disampaikan dalam bentuk jadual dan graf/carta pai. Tafsirkan sedikit graf itu. 


Gambar foto di bawah adalah contoh-contoh jenis perniagaan runcit dalam konteks geografi yang diberikan dalam MOE Geography learning website yang diberikan dalam perenggan pertama di atas dan juga dalam buku teks geografi. MOE ialah Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Gerai makan tepi jalan
 Pasar Tamu Kota Belud
 Pasaraya
Penjual suratkhabar
Pasar basah harian 
Gerai jual makanan

Comments

  1. apa k0nsep n jenis dye..??
    x faham laa..t0l0ng laa saya

    ReplyDelete
  2. Konsep=maksud/definisi. Rujuk buku teks ting 3 bab jenis-jenis kegiatan ekonomi d Malaysia di bahagian tajuk kecil Perniagaan.
    Untuk jenis-jenis perniagaan runcit, klik dan dengar link yag saya bagi...Pasar malam/pasar sari/psr lambak dll adalah perniagaan runcit kecil-kecilan tanpa kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu' :) :) :) :) :)

      Delete
    2. assalamualaikum cikgu saya try cari dalam buku form3 tapi tak dpat pon Konsep=maksud/definisi perniagaan runcit :'<

      Delete
    3. ada..cari bab pertama utk tema kegiatan ekonomi. di bawah tajuk kegiatan ekonomi tertier: perdagangan..dibahagikan kpd perniagaan borong, perniagaan runcit...

      Delete
  3. tak faham la nk bt konsep dan jenis perniagaan kecil ni ..

    ReplyDelete
  4. Dah pergi ke link yang saya beri di atas? Anda perlu menyatakan apakah maksud perniagaan runcit dan jenis-jenisnya. Maksud tu boleh juga anda baca dalam buku teks tingkatan 3 dan jenis-jenis tu saya dah tunjukkan contohnya dalam gambar di atas.

    ReplyDelete
  5. tlg sertakan contoh kerja kursus yang lengkap.
    ssh laa...

    ReplyDelete
  6. kalau anda pernah buat kerja kursus tingakatan 1 dan 2 tidak susah sebenarnya, Tugas cikgu adalah memberi bimbingan untuk pelajar menghasilkan sendiri laporan KKG ni. Laporan anda adalah unik sebab anda sendiri yang mengolah ayat-ayatnya. Ini serupa menulis karangan sendiri semasa peperiksaan.

    Untuk konsep, anda hanya menulis minimum 4 ayat sahaja. Satu ayat untuk maksud perniagaan runcit. Satu ayat untuk jenis-jenis perniagaan runcit. Satu ayat tentang definisi pasar malam (sebut masanya) dan satu ayat lagi tentang contoh barangan yang dijual di pasar malam. Susah?

    ReplyDelete
  7. butir durian terlekat dekat halkum, assalamualaikum.

    ReplyDelete
  8. terime kasih cikgu sbb bag maklumat ni,,,saye pon dh naik pning kepale cari konsep dn jenis prniagaan runcit,,nasib baik jumpe blog cikgu ni

    ReplyDelete
  9. Salam,firstly nk ucap terima kasih kt Cikgu..sebab saya dah puas surf internet x jumpe pon tugasan perniagaan runcit nasib baik la jumpe blog cikgu ni bru senang skit nk buat sekali lagi terima kasih !:)

    ReplyDelete
  10. Ada beberapa blog cikgu geog yang beri maklumat tentang KKG nih. Klik Catatan Tinta Emas atau Kelip-kelip Kehidupan serta Learning and Yearning di tepi blog cikgu tu.

    ReplyDelete
  11. cikgu,yang cikgu tulis'satu ayat tentang definisi pasar malam(sebut masanya)' maksud cikgu tulis pukul berapa pasar malam tu beroperasi ke? terima kasih..

    ReplyDelete
  12. yup..masa pasar malam beroperasi..Kalau tulis lebih sedikitpun tidak mengapa. Rujuk wikipedia tapi janganlah ambil bulat2. Cuba kemahiran anda menggunakan perkataan2 lain. Lepas tu minta cikgu bm check sekejap. hehe

    ReplyDelete
  13. saye pon dh try blog kelip-kelip kehidupan,,bnyk jugak maklumat kat blog tu..

    ReplyDelete
  14. terima kasih cikgu
    blog cikgu memang banyak membantu
    yang kasihan ibu saya pun sama pening kepala bantu buat KKG ni
    katanya susah jadi pelajar zaman sekarang ni
    ish...ish...ish.... kesian kami ni kan cikggu

    ReplyDelete
  15. hebat mak awak..dapat bantu awak buat KKG nih. Spttnya mcm inilah ibubapa sekarang..cewwaah!

    ReplyDelete
  16. cikgu, macam mana dengan -Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam
    dapatan kajian ? saya tak faham , dia ckp 'unsur patriotisme dalam dapatan kajian' tapi dia dkt objektif kajian, mcm mana tu cikgu? and saya nak tanya mcm mana nk buat unsur patriotisme ni cikgu? susah :((((

    ReplyDelete
  17. Bila awak huraikan tentang kepentingan, faktor-faktor, kesan-kesan negatif dan cadangan mengurangkan kesan negatif tu, nyatakan nilai yang diterapkan dalam diri awak yang boleh dikaitkan dgn setiap aspek itu..jadi lima kali kena nyatakan nilai tu. Cikgu dah berikan contoh dalam post 'kepentingan pasar mlm'..baca bahagian akhir sekali..hehe xsemestinya tulis akhir sekali selepas huraikan aspek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh cikgu , maksudnya , kalau dkt objektif kajian tak payah huraikan eh? nyatakan saja? kalau dapatan kajian barula huraikan mcm tu?

      Delete
    2. Di bhg objektif, senaraikan saja. Dalam dapatan kajian, barulah dihuraikan.

      Delete
  18. ALHAMDULILLAH...syukur padaMu YAALLAH...jumpa jgak blog nih..dpat membntu ku dlm serba kekurngn nih..
    terima kasih cikgu..terima kasih yg teramat..

    ReplyDelete
  19. salam cikgu, kalau dapatan kajian , konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian mcm mana cikgu?

    ReplyDelete
  20. dan untuk objektif kajian konsep dan jenis perniagaan runcit sama ke dgn dapatan kajian konsep dan jenis perniagaan runcit ?

    ReplyDelete
  21. salam cikgu, objektif kajian , salin je kan ape yg ade dkt kertas soalan tu ? kalau dapatan kajian baru huraikan ?

    ReplyDelete
  22. Objektif kajian: senaraikan sahaja..salin je apa yg ada kt kertas tu. cuma ada perubahan utk objektif yg akhir tu. Rujuk posting cikgu sebelum ni, "Pnghrgaan, pendahuluan dn Obj". Dapatan kajian: huraikan.

    Alia, mula2 takrifkan dulu perniagaan runcit dan bagi contoh2 jenis perniagaan runcit. semua 2 ayat sahaja. Lps tu, nyatakan jenis peniagaan runcit yg dipilih ie psr mlm. Terangkan apa itu pasar malam (masa/waktu dijalankan dan ciri-ciri lain kalau ada. klik link wikipedai tu. Lps tu, terangkan pula bila pasar mlm di kawasan kajian di adakan. Apa barangan dijual. Bina jadual dan lukis graf.

    ReplyDelete
  23. jadual dan graf tu tulis ape ye cikgu ? dia cakap tajuk dan sumber , tajuk dia Perniagaan Runcit Pasar Malam , sumber tu mcm mana cikgu?

    ReplyDelete
  24. sumber ialah kaedah yg awak guna utk dapat maklumat bilangan gerai ikut jenis. Kalau awak sendiri pergi pasar malam, itu kaedah pemerhatian. Jadi, "sumber: melalui pemerhatian di pasar malam di kawasan kajian"

    ReplyDelete
  25. Alia, baca entry cikgu di atlas sampai habis. ada cikgu sentuh tentang jadual dan graf tu

    ReplyDelete
  26. terima kasih daun keladi ye cikgu...:D banyak membantu saya dlm mnyiapkan tugasan..siap jugak..terima kasih..

    ReplyDelete
  27. Ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian ?!



    __________________________________________________________________________________________
    NOOB?!
    UMADBRO?! :TROLLFACE:

    ReplyDelete
  28. hanya empat ayat itu dalam konsep dan jenis perniagaan runcit,cikgu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, kalau pandai buat ayat yang padat dengan isi..Mula2, tulis definisi perniagaan runcit menurut buku teks geog ting. 3. Kemudian, beri contoh beberapa jenis perniagaan runcit di kawasan kajian anda. Lps tu, pilih satu jenis perniagaan runcit ie. pasar malam dan beri definisinya. huraikan ciri-ciri pasar malam di kawasan kajian (hari, masa operasi). Idea-idea tersebut boleh saja awak tulis lebih daripada 4 ayat..

      Delete
  29. tq cikgu.. jenis perniagaan runcit tu yang tanpa kedai dan berkedai ke cikgu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ikut je definisi ringkas yang diberikan dalam buku teks atau buku rujukan geografi tu atau dalam link MOE yang saya berikan di atas (satu ayat sahaja). Kalau pasar mlam tu, tanpa kedailah..

      Delete
  30. macam mana dengan barangan yang dijual?
    nk sebut semua ker cikgu?

    ReplyDelete
  31. link MOE tu apa cikgu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. link yang cikgu bagi kat baris 4 dlm post di atas tu..(klik di sinii) atau ini http://spp.moe.edu.my/file.php/54/moddata/scorm/632/sco03/shell.html

      Delete
  32. Cikgu , contoh perniagaan runcit tu , yg ad kat tempat tinggal kite j ke ?

    ReplyDelete
  33. terima kasih cikgu :)
    jasamu dikenang :D
    sekarang dah senang sikit nak buat KKG nie

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum cikgu :)
    maaf ye.sy masih tak faham mcm mane nk buat ayat tentang konsep dan jenis perniagaan runcit tu =.= boleh tak cikgu tolong terangkan camne nk buat ayat ^__^

    ReplyDelete
  35. Terima kasih cikgu atas info di atas.

    ReplyDelete
  36. slm,, cikgu ape jenis perniagaan runcit?? x phm la,

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca post cikgu di atas..guna link yang cikgu beri tu..

      Delete
    2. atau baca buku teks geog ting 3..kegiatan ekonomi (boleh tanya guru geo anda di sek)

      Delete
  37. Terima Kasih cikgu , walaupun saya tidak mengenali cikgu tapi ..Maklumat anda sangat berharga ! Banyak membantu saya :) TERIMA KASIH !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..semua ini untuk guru dan pelajar Malaysia..yg saya berikan pun bukannya lengkap dan terbaik, sekurang2nya lengkap-melengkapi usaha guru2 geog yang lain.

      Delete
  38. Replies
    1. thanks cikgu memberi maklumat serba sedikit tentang kerja kursus...

      Delete
  39. Saya cadangkan berikan maksud perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar-besaran...terima kasih atas kerjasama andan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu kerana terima cadangan saya...kerjasama anda dihargai...

      Delete
  40. Replies
    1. tak..itu untuk guru yg akan menilai keseluruhan hasil kerja kursus anda.

      Delete
    2. ok.. kalau bahan grafik msti berdasarkan antara cadangan,kesan negatif,faktor dan kesan?

      Delete
    3. ya..dan boleh jugak letak di bhg konsep

      Delete
  41. klau da buat peta minda atau carta aliran bahan grafik tu, buat jadual berdasarkan tajuk dalam peta minda juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. contohnya , tajuk peta minda tu, cadangan . lepas tu buat lagi cadangan tu dlm bntuk jadual??

      Delete
  42. Replies
    1. 2 bahan grafik yang berlainan. 2 jadual = satu bahan grafik

      Delete
  43. salam. cikgu , hasil kajian tu kne buat dlm bentu esei ke point?

    ReplyDelete
  44. cikgu , bagi contoh dapatan kajian ,boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada panduan dalam post cikgu 'laporan dapatan kajian perniagaan pasar malam..'. Atau pergi ke Label 'kerja kursus'..pilihla mana nak baca.

      Delete
  45. Cikgu sye da tkan link tu..
    But there's nothing there=='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link apa? kalau link MOE tu ada. cikgu dah check. pergi ke skrin 4/7 atau dengar saja dari awal. Kalau susah sangat, dapatkan dari buku teks form 3 je.

      Delete
  46. selamat petang cikgu, ni nak tanye.. yang konsep dan jenis perniagaan tu perlu serta assal usul tapak kajian sebelum perniagaan runcit itu dijalankan tak?

    ReplyDelete
  47. cikgu...klau buat rujukan buku teks
    geografi tingkatan 3 boleyh ke???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. "berdasarkan buku teks geografi tingkatan 3, perniagaan runcit ialah......"

      Delete
  48. salam...cikgu macam mana nak buat pendahuluan, tajuk dan kaedah kajian mesti buat dalam bentuk esei juga ke?? Bukannya yang dapatan kajian saja yang kena buat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendahuluan dan kaedah dalam bentuk esei tapi tidak perlu panjang. Tajuk tak perlu tulis dalam bentuk esei, aiseyman..hehe

      "Perniagaan Pasar Malam di (nama tempat), (nama bandar/Daerah), (nama penuh negeri)" seperti Pasar Malam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tulis cantik2 dan kemas.

      Delete
  49. assalamualaikum cikgu.......saya nak tanya sikit.....kalau tulis guna buku teks perdangangan tingkatan 4,muka surat berapa yang ada maklumat tu?(tanya sebab xada buku teks perdangangan tu)

    please reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu xtahu sebab xgunakannya. cikgu suruh pelajar cikgu guna buku teks geog saje..senang.

      Delete
  50. Cikgu,kalau gune kaedah temu bual kne ade bukti dialog between sye ngn org tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sediakan di lampiran, satu muka surat yang mengandungi soalan-soalan temubual anda. Di bahagian dapatn kajian, kalau anda gunakan maklumat daripada temubual ini, anda boleh mulakan ayat anda seperti begini. "Berdasarkan temubual saya dengan........"

      Delete
  51. cikgu nak tnyelah kalau saya buat kajian dipasar malam ... saya perlu mengunakan perkataan perniagaan runcit di pasar malam.. atau perniagaan pasar malam di.. ?? yang mana satu perlu saya gunakan ek..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan perniagaan pasar malam di...

      Delete
    2. maksudnya saya kna tkar ayat sayelah..-_-...apepon t.kasih cikgu

      Delete
  52. saya nak ciri - ciri dgan kelebihan perdagangan runcit nih ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan