KKG 2012: Kesan-kesan negatif perniagaan pasar malam

Pada hari ahad lepas, sekitar jam 7 malam, saya telah pergi meninjau sebuah pasar malam di KL. Saya dapati pasar malam di sini tidak 'semeriah' pasar malam di SB. Sebelum balik, saya telah membeli beberapa jenis buah-buahan import yang harganya RM10 bagi 5 biji. Saiznya besar juga. Jagung mutiara dari CH pula berharga RM5 untuk 3 biji. Ikan bawal hitam yang besar telah diletakkan harga RM22 seekor. Murahke tu? Sekilo harganya RM26. Murahkah mahal?

Sayur-sayuran yang dijual di satu gerai kelihatan 'tidak menarik', tidak segar berbanding dengan sayur-sayuran di SB. "Tengok cik..banyak ni" kata peniaga itu sambil menunjukkan sayur yang digenggamnya. Saya senyum dan berlalu pergi. Mungkin juga 'expectation' saya agak tinggi. Hendakkan murah tapi 'cantik'. Ha ha.

Di hadapan, saya nampak pemandangan lebih kurang seperti ini. Ini merupakan salah satu daripada masalah sosial yang terdapat di negara kita ini.

gambar daripada asiaone news

Di tapak pasar malam yang lain, pemandangan seperti berikut adalah biasa dilihat. Ini menyebabkan pencemaran bau.

gambar dari blog Cikgu Hairul

Keadaan yang menyakitkan mata. Apa pandangan pelancong tentang rakyat negara ini?
Kesesakan lalulintas di pasar malam. Pemandu memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada pengunjung pasar malam. Selain daripada itu, pengunjung meletakkan kereta di tepi jalan raya menyebabkan keadaan jalan raya sempit.
Gambar hiasan: 
Adakah pasar malam di kawasan kajian anda memberi saingan kepada peniaga runcit yang lain? Anda boleh temubual mereka. Baca laporan berita berikut.
SUBANG: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan lokasi pasar malam di pekan Subang ke Subang Perdana, di sini mendapat bantahan sekumpulan peniaga yang bimbang perniagaan mereka terjejas dengan kewujudan pasar malam itu.
Malah, pasar malam yang dipindahkan pada 7 Januari lalu ke tempat letak kereta berhampiran premis perniagaan mereka itu didakwa sebenarnya tidak mendapat persetujuan semua 106 peniaga terbabit. Pemilik restoran, Zanariah Ibrahim, 44, berkata walaupun tempat itu digunakan seminggu sekali, iaitu Jumaat, kesannya dirasai semua peniaga terpaksa menanggung kerugian hingga mencecah RM2,000.

Pernahkah sesiapa di antara anda mengalami keracunan makanan selepas memakan makanan yang dibeli di pasar malam di kawasan kajian? Ini mungkin disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak bersih atau penggunaan bahan-bahan masakan yang tercemar. Berita Harian Online pernah melaporkan:
"MERU: Seorang murid tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah...."

Comments

  1. cekgu wat gmbr kat lmpirn ea???

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tidak semestinya diletakkan di bah lampiran. Kalau awak letak gambar ie gambar 'sampah berselerak di tapak pasar malam' di bahagian kesan-kesan negatif (spt cikgu buat di atas tu)..awak akan dapat markah 'lampiran'. sama juga gambar gerai ikan di bahagian kepentingan pasar malam/pasar tani, awak akan dapat markah 'lampiran'. Tapi, awak letak 1 atau 10 gambar, markah hanya untuk satu jenis lampiran saja iaitu foto.

      Delete
  2. syew skew subjek geoApril 5, 2012 at 5:06 PM

    klo ltk gmbr bnyk2..dpt 1 markah jew ea???

    ReplyDelete
  3. cikgu dialog tu wajib buat ke?

    ReplyDelete
  4. cikgu...untuk tajuk kajian nak tulis ape??

    ReplyDelete
  5. wajib buad dalam karangan kea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis dalam bentuk perengganpun boleh. Satu poin dihuraikan dalam satu perenggan. Huraian mesti dalam ayat yang lengkap. cikgu tunjukkan foto2 di atas. Terangkan tentang foto-foto itu. Contoh, pencemaran. Di mana sampah2 tu berselerak? Apa kandungan sampah tu? Apa kesan sampah2 tersebut? Bunyi yang kuatpun satu pencemaran juga. Menimbulkan ketidakselesaan. Kalau anda tulis dalam satu ayat yang lengkap dengan contoh dikaitkan dengan kawasan kajian pun sudah satu huraian. dah dapat markah. Contoh: Pencemaran bunyi yang datangnya daripada bunyi muzik yang kuat dan membingitkan di pasar malam ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan pengunjung.

      Delete
  6. CIKGU TAK DE HURAIAN YANG PANJANG KE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tulis sendiri..cikgu dah bagi satu contoh utk 'pencemaran'..

      Delete
  7. salam cikgu,saya buat kajian tentang pasar tani di kuala kangsar.bila saya buat kesan negatif tu,nk huraian berapa point ye? atau huraian die satu ayat jee,mcam mane tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 poin. Hurailah lebih satu ayat, baru cantik. Satu ayat tu bagi yang desperate tak pandai 'menulis'..

      Delete
  8. salam, cikgu kesan2 mesti relevan dgn cadangan kan ..

    ReplyDelete
  9. cadangan tu mesti relevan dengan kesan..kesan tu relevan dengan kawasan kajian..

    ReplyDelete
  10. nilai murni tulis macam mana cikgu ? bole tak kalau tulis macam ini ? 'Saya berharap orang ramai akan bertanggungjawab dan bersatu dalam membantu mengurangkan kesan-kesan negatif yang berlaku'

    ReplyDelete
  11. Cikgu, kalau bahan grafik kena ade berapa....pastu kena ade berapa muka surat,pastu yang kepentingan,kesan negatif,dengan cadangan kena buat muka surat lain lain kan?
    takut salah buat je
    nanti markah kurang

    ReplyDelete
  12. Artikel yang menarik..namun pandangan saya sebagai seorang peniaga Pasar Malam yang dah agak lama terlibat dalam biz ini, rasanya mungkin tidak semua Pasar Malam mempunyai keburukkan dari segi sampah dan sebagainya...

    Sebelum sesuatu Pasar Malam di buka, penganjur perlu mendapatkan lesen dari pihak PBT termasuk dengan lakaran pelan lakaran lokasi, lalulintas, bantahan orang-ramai dan persetujuan penduduk berdekatan ..setelah itu baru lah lesen akan di beri kepada penganjur...

    Masalah yang timbul sebenarnya adalah sikap penganjur sendiri atau pun pekerja yang di pertanggungjawabkan oleh penganjur menyapu sampah dan kemungkinan mereka menyelesaikan tugasan berikut agak lewat...


    Kebelakangan ini , pasar malam berjaya meningkatkan ekonomi penduduk Malaysia ke tahap yang lebih baik dan ramai peniaga Pasar Malam sekarang ini mempunyai kelulusan yang agak tinggi dan memandangkan kurangnya pekerjaan yang setaraf ramai dari kalangan graduan menceburkan diri dalam bidang yang cukup menguntungkan ini..dan saya berharap akan lebih banyak lokasi Pasar Malam di buka di seluruh Malaysia ..insyallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memberi komen. Betul kata encik tu tentang tidak semua pasar malam mempunyai keburukan yang saya nyatakan. Semua bergantung kepada lokasi dan lokasi pula tidak mempunyai masalah yang sama. Baguslah kalau ramai yang berpendidikan tinggi menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan kerana ia boleh mempengaruhi perniagaan ini dari aspek kebersihan, cara penyediaan makanan, jenis barang yang dijual dan lain-lain.

      Delete
  13. asalam semua...
    nak tya ada tak kat sini thu contact no pengajur pasar malam country home rawang
    mintak bantuan klu ada tolong send dkat email sy
    noor.alffe@my.scomioiltools.com


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan