KKG 2012: Kaedah, Dapatan, Lampiran dan Rujukan

 Laporan Kaedah kajian, Dapatan kajian , Lampiran dan Rujukan hendaklah selari. Jika dalam dapatan kajian anda menulis, 'Hasil daripada temubual dengan seorang penduduk kawasan kajian, Encik A,.....', anda hendaklah menyediakan satu lampiran yang mengandungi soalan-soalan temubual dan menulis nama Encik A lengkap dengan umur dan alamat di bahagian aspek Rujukan. Guru hendaklah memastikan  anda berbuat demikian. Jika tidak, anda mungkin memperolehi markah 0.
Tegas? Mungkin juga. Ramai pelajar di kolej dan IPT sana tidak tahu kaedah menulis laporan kajian mereka dengan betul. Oleh itu, anda dilatih dari sekarang.
Jika anda menggunakan kaedah rujukan untuk membantu anda menulis tentang konsep perniagaan runcit, anda mesti nyatakan dalam laporan dapatan kajian anda. Contohnya, " Berdasarkan rujukan saya daripada buku teks tingkatan 3, perniagaan runcit ialah ....." . Nama buku teks ini hendaklah ditulis di bahagian Rujukan dan satu salinan muka surat tersebut disertakan di Lampiran.
Kaedah kajian boleh disebut sekali sahaja dalam setiap aspek dapatan kajian. Walau sebaik manapun huraian dapatan kajian anda, kalau tidak menyatakan kaedah kajian, tiada markah diberi.

Kesimpulannya, terdapat hubungan antara aspek Kaedah Kajian, Dapatan Kajian, Lampiran dan Rujukan adalah penting untuk menghasilkan laporan kerja kursus yang cemerlang.

Comments

  1. susah la buat kerja kursus. macam mna nak rangka ayat untuk dapatan kajian?

    ReplyDelete
  2. cikgu tanya balik..macam mana awak berupaya tulis dapatan kajian kkg ting 1 dan 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu dapatan kajian 8.5 kena tulis dlm bentuk perenggan ke???

      Delete
  3. CIKGU..I LOVE U..

    ReplyDelete
  4. boleh terangkan mcm mne nk buat dapatan kajian? saya lupa la tentang dapatan kajian yang saya pernah buat sbelom nie..

    ReplyDelete
  5. Anonymous2 from 3cApril 11, 2012 at 9:10 AM

    ur blogspot very lag teacher. i for got how how to do dapatan kajian i only know how to do the front part of dapat kajian . the other part forgot @@

    ReplyDelete
  6. thx for the guidelines.
    nk tnya, mcmna nk tulis bhgian rujukan dlm format yg btul?
    ada contoh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk "Panduan Pelaksanaan dan Penilaian kerja Kursus PMR" kat internet. Tengok muka surat 17, akhir sekali.

      Delete
  7. aiyya u from 3C, don't knowla what to say to u..haha. u didn't read my latest posting kah? go to 'home' la

    ReplyDelete
  8. I think ee shing has photostated the kriteria penskoran for the class. Did u get it from her? Dalam tu, ada point-point untuk aspek-aspek dapatan kajian. My posts are related to some of the points. U should have almost finished ur dapatan kajian by now..Ada pelajar 3C dah buat dan hantar utk cikgu semak..

    ReplyDelete
  9. letih la buat kkg ni mengambil mase seminggu setengah :(...

    ReplyDelete
  10. seminggu setengah tu sekejap jer..baguslah. Kan anda diberi masa lebih 3 bulan, bermula Februari?

    ReplyDelete
  11. cg kkg tu buat dlm bentuk esei jugak ker....peta minda x bley ker,cg.....

    ReplyDelete
  12. kkg tu merangkumi semua sekali,cg

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu, tersangat membantu. saya doakan cikgu berjaya dunia dan akhirat :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan