What I see, hear and feel

What I see and did..
Biei-Furano, Hokkaido

Sunday, February 19, 2012

Kawasan Kajian TBM, KKG 2012

Untuk pelajar SMKTBM, peta berikut adalah peta kawasan kajian. Dengan meng'click' pada '-' di kiri peta ini, anda boleh melihat peta seluruh kawasan kajian, TBM.

Daripada peta satelit di atas, pelajar boleh melukis peta lakar kawasan kajian yang menunjukkan lokasi pasar malam. Ciri-ciri budaya seperti surau dan tokong hendaklah ditunjukkan dalam peta lakar anda dengan simbol yang sesuai. Dalam peta topo, warna jalan raya adalah warna merah tetapi kalau anda menamakan jalan raya tersebut, tidak perlulah menyediakan petunjuk baginya.

Anda tidak dibenarkan menggunakan scanner atau 'copy-paste' peta berikut. Peta lakar dilukis sendiri dengan kemas dan sempurna menggunakan tangan atau menggunakan 'Paint'.



Anda hendaklah melukis (dengan tangan atau komputer) peta lakar kawasan yang tepat dan lengkap dengan: - bingkai dan tajuk (1 m) - petunjuk dan arah mata angin (1 m) - simbol piawai (1 m) - kekemasan dan kesempurnaan peta (1 m) 
      Peringatan :


  • Tiada markah untuk bingkai, tajuk, petunjuk, arah mata angin dan simbol tanpa peta di dalamnya atau peta kawasan kajian yang salah
  • Tiada markah setengah. Samada 1m atau 0m.
  • Tandakan kawasan kajian dalam peta daerah/zon/bahagian
  • Peta dan petunjuk mestilah dalam halaman yang sama

15 comments:

  1. cikgu , boleh print peta dari blog ini yang ada warna punya ???

    ReplyDelete
  2. peta zon boleh print tetapi peta kawasan kajian kena lukis sendiri

    ReplyDelete
  3. cikgu , boleh berikan contoh ayat yang dikarang untuk kawasan kajian.boleh ke masukkan konsep , kepentingan dan lain-lain .

    ReplyDelete
  4. contoh ayat untuk kawasan kajian

    ReplyDelete
  5. ini contoh kawasan kajian sek cikgu.
    Aspek 6, Kawasan kajian.
    Dalam bahagian ini, anda dikehendakki
    1) menamakan kawasan kajian (wajib tulis) dan menghuraikan sekurang-kurangnya 3 aspek kawasan kajian
    a) Kawasan kajian saya ialah Taman.................................(ini mesti dinyatakan).
    b) Latar belakang /Sejarah kawasan kajian:
    * Bekas tapak ladang getah - Ladang Edinburgh
    * Di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    c) Lokasi TBM
    * Barat Laut wilayah Persekutuan K.Lumpur - dalam zon edinburgh-berhampiran sempadan wpkl dan negeri selangor (lihat peta 1). Tapak pasar malam tbm-Jln Brg Enggang
    d) Pandang darat fizikal
    * kawasan tanah pamah beralun, meninggi ke arah selatan dan barat.
    * tumbuhan semula jadi - semak samun dan rumput di kawasan terbiar
    e) Jarak kawasan kajian dari bandar/pekan terdekat
    * jarak antara TBM dan Pekan Kepong ialah 1.5 km / 5 min dengan kereta

    Pilih sekurang-kurangnya 3 aspek daripada (b) hingga (e)dan tulis dalam bentuk karangan. Nak tulis semuapun tidak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, cikgu. kalau kawasan kajian kite tak ade pandang darat fizikal macam mana

      Delete
    2. Mana boleh xada? Pandang darat fizikal ialah bentuk muka bumi sesuatu tempat dn tumbuhan semula jadi. Cthnya, bentuk muka bumi yang rata/dataran mcm k'san padi di kedah sana atau tanah tinggi mcm cameron highland atau tanah panah beralun mcm di Johor sana.

      Delete
  6. Cikgu, apa maksud dengan ladang edinburgh? saya kurang pasti.

    ReplyDelete
  7. cikgu,sya sbenarnya confused sama ada warna jalan raya di peta lakar spatutnya warna merah atau hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna jalanraya merah dan jgn lupa tulis nama jalan dengan pen dakwat hitam

      Delete
  8. terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
  9. cikgu , kawasan kajian ini tempat tinggal kita atau tempat perniagaan pasar malam ??? keliru2 ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan/tempat di mana terletaknya pasar malam yang dikaji..

      Delete
    2. owh , terima kasih , lagi satu , simbol untuk padang bola mcm mna cikgu ?

      Delete
    3. kaler hijau je..atau kalau ada rumput, lukislah simbol rumput, background hijau, faham? = padang

      Delete