Dah mula dah! KKG PMR 2012!

Rasanya tak habis penat menguruskan KKG 2011, sekarang dah mula kena fikirkan pula KKG 2012.
Untuk makluman pihak-pihak yang terlibat, sila ke laman web MOE untuk ketahui tajuk tugasan. Lepas ni, pelajar-pelajar PMR kena tunggu tajuk yang dipilih oleh guru geografi di sekolah anda.

Secara formal, Kerja Kursus Geografi (KKG) bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Ogos. Selalunya, pelajar diminta menghantar hasil kerja seawal bulan Jun dan selewat-lewatnya bulan Julai untuk memberi masa guru-guru menilai hasil kerja mereka. Bulan Ogos adalah masa untuk menghantar markah ke Lembaga Peperiksaan Malaysia secara online.

Seperti biasa, ada 2 tajuk tugasan yang diberikan. Rasa-rasanya, banyak sekolah akan memilih tugasan ke 2 terutamanya yang terletak di bandar. Guru-guru subjek perdagangan atau ekonomi, bersedialah untuk 'diserbu' oleh guru geografi yang akan cuba dapatkan maklumat daripada anda!Bagi saya, bertambah lagi kesibukan saya.

One more..I'm going to be a grandma, Insya Allah. Oh what an early revelation! Cannot keep it a secret for long. ha ha ha!

Comments

  1. Tahniah kerana bakal menjadi grandma dlm usia yg masih muda:)

    ReplyDelete
  2. Nampaknya, tiada rezeki la teratai...She miscarried last 2 weeks.

    ReplyDelete
  3. cikgu..dapatan kajian punya unsour patriotisme..cmna nk buat??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan