Sembang Sendirian

Semalaman tidak tidur kerana nak menyiapkan soalan akhir tahun  tingkatan 2. Dah lama tidak 'set' soalan memandangkan kertas soalan disediakan oleh JPWPKL. Sekarang saya haya menyediakan modul latihan topikal untuk kelas tambahan dan sedang membuat sedikit demi sedikit latihan subjektif dan objektif untuk pelajar HALUS saya. Satu cabaran kerana pelajar HALUS saya lemah dalam Bahasa. Kasihan juga saya lihat mereka terkial-kial nak belajar. Hingga ada lemah semangat, bersungguh mereka belajar tapi markah ujian mengecewakan.

Jadi, apabila 'salesman' datang nak jual buku-buku ulangkaji, saya mengeluh kerana tiada satu buku latihanpun yang sesuai untuk golongan pelajar ini. Saya minta  mereka supaya menyampaikan pada syarikat mereka pesanan saya.."mesti laku buku-buku tu. Punyalah banyak sekolah akan order nanti". Mereka cuma dapat mengiyakan sahaja. Disampaikan atau tidak, tak tahulah.

Saya memerhatikan cara pengajaran guru hari ini. Saya juga merefleksi juga diri saya apabila menghadiri kursus yang dijalankan oleh 'lecturer' kolej swasta. Ketika saya rasa sedang bosan mendengar ceramah panjang mereka, saya bayangkan keadaan pelajar saya yang restless apabila saya bercakap berjela-jela. Kesian saya, kesian murid saya.

Sebab itu, saya sering berpesan pada guru-guru geografi saya, ikutlah peredaran zaman. Buatlah 'powerpoint' presentation. Sedikit, demi sedikit lama-lama akan lengkaplah koleksi itu. Sekurang-kurangnya ia melancarkan dan memeriahkan pengajaran dan pembelajaran Geografi. Sejak akhir 2006 hinggalah sekarang, saya menggunakan medium ini. Ada baik dan buruknya. Seronok dapat mendengar lagu sementara menanti semua pelajar masuk ke bilik media. 'And how they sang along with Lewis's Bleeding Love'. Dan apabila pelajar HALUS saya mula bosan  dan 'mind you, their attention span is very short', kami menonton 'podcasts' yang menceriakan balik suasana. Tapi sekejap sahaja sementara menunggu loceng berbunyi. Dalam ramai pelajar tu, ramai juga yang semakin kuat bercakap, apabila semakin kuat saya pasang 'volume'.. Ha ha ha..tidak minat dengan lagu klasikku.

Pernah saya mengajar tentang pengangkutan dengan menceritakan perjalanan saya balik ke Kelantan. Siap dengan menggunakan peta, saya ceritakan laluan dan tempat saya berhenti. Saya dah lupa nama 'approach' yang menggunakan pengalaman dan latar belakang pelajar dan guru sebagai satu cara mengajar. 'I could see the faces lighted up', ada yang seronok mendengar. Jadi, jangan lupa bertanya pelajar, apa yang dibuat semasa cuti, mana mereka pergi dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar banyak kelas, bukan semua sempat saya tanya. Jadi, mesti ada pelajar yang baca post saya akan kata, 'mana ada..'. Ha ha ha. Lain kali ya saya tanya.

Menunjukkan slaid tentang perjalanan saya ke Bandung atau 'short movie' perjalanan ke Pulau Tioman juga satu cara mengajar tentang geografi tempat lain. Sebelum saya menggunakan 'powerpoints', saya bawa album-album yang memuatkan gambar-gambar semasa saya melawat New Zealand. Masa tu, masih guna silibus yang lama, dan saya mengajar topik penggondolan, jadi saya tunjukkan gambar-gambar 'glasier' dan kawasan gunung berapi di sana. Sempat saya mengutip batu-batu dari pantai dan kawasan gunung berapi yang kemudian saya bawa bersama pulang ke Malaysia. Ada batu-batu itu masih saya simpan sehingga sekarang. 

Comments

  1. berminat nak buat tuision on line tak?sbb ada syarikat on line tengah cari guru geografi PMR (tg 1 -3)....

    ReplyDelete
  2. macam mana buat tuisyen online tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan