Tet Nguyen Dan


Saya teringat ketika saya masih di TKC, Seremban, saya akan mencapai majalah LIFE apabila kelas saya dibawa ke library. Saya tahu tentang perang Vietnam-Amerika melalui bacaan saya itulah. 'Very graphic' kerana banyak gambar-gambar peperangan dipaparkan termasuk gambar askar-askar amerika yang terkorban. Majalah LIFE masa tu bukan saiz A4 tetapi lebih besar daripada itu. Saya kena letak atas riba untuk membacanya. Jadi, saya tidaklah begitu jahil jika saya terbaca tentang isu perang vietnam semasa saya belajar di Amerika dulu. Cuma sekarang saya sudah ingat-ingat lupa tentang hal ini.

Saya bangkitkan sedikit nostalgia masa lalu kerana saya nak 'mendokumentasikan' sedikit tentang lawatan saya sekeluarga ke kota lama Saigon itu pada cuti tahun baru Cina yang lepas dan pada cuti hujung minggu Julai lalu. Masa pergi pertama kali, kedai-kedai tutup tetapi malamnya meriah. Kedua kalinya saya pergi, Saigon atau Ho Chi Minh City (HCMC), meriahnya di waktu siang.

Sebelum pergi, saya memang banyak merujuk internet tentang HCMC dari segi makanan halalnya, tempat-tempat yang boleh dilawati dan tempat membeli-belah. Memang banyak maklumat. Alah, kakak depan rumah sayapun dah pergi sebelum saya. 'No problem', katanya.

Ada orang menasihatkan saya agar jangan pergi masa perayaan Tahun Baru Vietnam (Tet) kerana mereka akan cuti lama. Bila saya sampai di sana, barulah saya faham cuti lama itu maksudnya kedai banyak tak buka dan sudah tentulah 'no shopping craziness'. Cuti 'kedai-kedai' ni memang panjang, lebih kurang seminggu!
Pemandangan ini menyambut kedatangan kami ke HCMC. Mereka ini Raja Jalan Raya. Hon kenderaan yang lebih besar sentiasa kedengaran untuk mengingatkan Raja ni agar ke tepi sedikit..

Selepas makan malam pada malam pertama kami sampai, kami berjalan-jalan di sekitar tempat kami menginap di District One. Kawasan ni memang tempat happening. Meriah kerana dua hari kemudian mereka akan menyambut Tahun baru mereka, Tet Nguyen Dan. Di sepanjang 'Flower Street' memang dihias dengan pelbagai bunga-bungaan (namapun flower street..)

Tahun Baru Vietnam ini adalah mengikut kalendar Qamariah (bulan, hehe) disambut sempena kedatangan musim bunga, musim pertama dalam tahun tersebut (tahun 2011 ialahTahun Kucing).

The post office at night
Ramainya orang malam tu, pelancong asing dan penduduk tempatan
Bunga-bunga ni kebanyakan ditanam dalam pasu-pasu yang disusun cantik.
Ini bukan bunga hidup tetapi gubahan bunga daripada lidi-lidi..macam yang ada pada penyapu lidi kita tu.
Pengawal melarang bersandar pada bunga
Koridor sejarah. Faham-fahamlah

Kenalan tempatan yang peramah dan sudi berbual-bual dengan kami

Menerapkan budaya membaca di kalangan penduduk Vietnam



Alat mainan dijual di kaki lima kedai-kedai di sekitar District 1 sempena malam sebelum tahun baru mereka.
 Rasanya pada pagi Tet Nguyen Dan. Penduduk berpakaian tradisional yang cantik.
 Kenapa mereka berada di sini, bukan di rumah menyambut Tahun Baru?
 Flower Street yang malam sebelumnya dipenuhi pengunjung. Tahun ini Tahun Kucing bagi orang Vietnam.
Lengang, semua kedai di sini ditutup

Take note of the alphabets arrangement
Pasar Ben Tanh, pasar paling besar tetapi lengang pada hari tahun baru Vietnam. Ada dua tiga gerai yang buka tetapi setakat setengah hari sahaja. Restoran halal memang dibuka sepanjang tempoh kami berada  di sana.

'On the eve', mereka telah menunjukkan persembahan bunga api bermula tepat jam 12 tengah malam. Biasa-biasa saja pada saya tetapi kanak-kanaklah yang paling seronok. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan