Jangan tipu saya!

Hari Khamis semalam telah diedarkan skala gred SAPS kepada kelas-kelas tingkatan 3.




Setelah sekian lama, markah peperiksaan telah diselaraskan hampir-hampir sama dengan peperiksaan sebenar PMR. Beberapa tahun lepas, saya telah menyemak kertas-kertas soalan pelajar saya yang pelbagai kecerdasan dan saya dapati mereka yang mendapat 30% betul telah lulus kertas geografi PMR, manakala yang mendapat C, betul lebih kurang 40% ke atas. Yang betul lebih 75% telah mendapat gred A. 

Oleh kerana itu, apabila saya menentukan ETR pelajar saya yang TOVnya rendah sangat, saya letak 35%, kira gagallah bila dibandingkan dengan markah lulus iaitu 40 %. Saya tahu, analisa ETR keseluruhan saya ini tidak akan selaras dengan peratus lulus ETR dalam HC1 yang saya sediakan secara manual bagi pihak panitia saya. Tapi, siapa tahu? Yang penting dalam HC1 ialah peratus dan bilangannya, bukan markah.

Maka, gembiralah hati pelajar-pelajar saya yang mendapat 35% ke bawah kerana telah lulus. Sebelum ini, mereka jenuh memujuk saya dengan pelbagai gaya untuk menambah 3 ke 5 markah supaya mereka dapat minimum gred D. Ada yang sanggup menukar jawapan pada kertas jawapan yang saya pulangkan. Bila saya tidak percaya, dia telah mengambil dan menggulung tuala morning towel, menutup muka dan pura-pura menangis! Tidak pula dia mengadu pada guru lain. Dia tahu saya tahu dia telah membohongi saya.

Setakat ini tiada lagi pelajar datang nak tambah markah.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan