Bilik geografi

Akhirnya, dapat juga bilik khas untuk geografi. Sebelum ini berkongsi bilik dengan mata pelajaran sejarah, sivik, pendidikan moral yang dipanggil Bilik Kemanusiaan. Cukup untuk menyimpan bahan-bahan kerja kursus pelajar sebelum dipulangkan semula kepada mereka. Bilik yang jarang dijengah.

Bilik baru inipun tinggalan kelas 4C selepas mereka berpindah ke bangunan blok baru. Daripada membiarkan bilik ini kosong, pihak pentadbir telah memberikan kepada panitia geografi untuk dijadikan bilik geografi.

Bilik geografi ini pun bukannya bilik darjah biasa tetapi merupakan bilik makmal sains menengah atas. Besar. Mempunyai 10 buah meja makmal dan dua barisan panjang kabinet. Umurnya sama tua dengan sekolah, dah lebih 20 tahun. Jadi sudah tentu ada yang rosak di sana sini. Lapisan 'plywood' ada yang terpisah daripada dasar rak kabinet. Kotor dan berdebu. Orang kata, itu boleh dibersihkan. Ya, boleh, nanti saya panggil pelajar yang hendakkan kerja amal. Mau lebih dua jam hendak bersihkan semua tu dan belum tentu boleh digunakan lagi. Kena alas dengan apa-apa lah pula.

Papan kenyataan yang panjang 6.5 meter merentasi dinding perlu dilengkapi dengan segera. Nantilah saya ke kedai kain cari kain kapas murah berbunga-bunga kecil. Hari jumaat ini saya sudah minta AJK geografi yang beberapa kerat itu datang membantu. Persatuan geografi petang juga akan menolong sama. Barang-barang alat bantu mengajar dari bilik Pusat Sumber  serta buku-buku yang terdapat di bilik kemanusiaan  akan diangkut ke sini. Lagi perlu bantuan pelajar-pelajar yang hendakkan kerja amal. Syarat kerja amal ini mesti minimum 1 jam dan markah paling banyak boleh diberikan ialah 10.

Nampaknya kena berhenti di sini dahulu sebab ada tugas lain memanggil. Nanti akan saya sambung dengan menyelitkan beberapa gambar.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan