What I see, hear and feel

What I see and did..
Biei-Furano, Hokkaido

Saturday, August 6, 2011

Aduhai KKG dan PBS!

Sepanjang bulan Julai, saya menyemak kerja kursus geografi pelajar-pelajar. Akhirnya dapat juga menyudahkannya sebelum menjelang Ogos. Mata-mata saya berjejeran dengan airmata kerana tiba-tiba datang mengantuk yang amat semasa menyemak KKG pelajar saya tersebut.

Hasil kerja pelajar-pelajar saya memang mendukacitakan saya. Bayangkan mereka diberi masa yang amat panjang iaitu sejak bulan Mac lagi. Dengan bimbingan dan panduan yang diberikan serta pengurusan masa yang baik, sepatutnya 30 peratus daripada mereka boleh menghasilkan laporan kerja kursus yang bermutu. Sepanjang lebih 15 tahun dalam dunia KKG ini, saya dapati kualiti penulisan laporan KKG semakin menurun!

Tulisan ini membuatkan hati saya jengkel! 

 Pen sangat mahal sekarang ni. 

Betulke data-data yang disampaikan ni?

Saya sudah membayangkan ramai yang tidak boleh menghantar pada bulan Jun kerana belum siap menulis laporan dan ada yang langsung belum mulakan apa-apa! Bukan tidak mengingatkan malah menekankan agar mereka jangan menangguh-menangguhkan kerana mereka juga perlu meyiapkan kerja kursus sejarah dan kemahiran hidup. Kerja rumah untuk topik geografi tingkatan 3 yang diajar pada masa itupun saya paksa siapkan sebelum loceng berbunyi sehingga saya terpaksa menahan mereka kalau kerja mereka tidak disiapkan juga. Bagi pelajar-pelajar lemah, laporan yang panjangnya 2 -3  perenggan yang ringkas (yang setakat memenuhi skema pemarkahan) ditulis dalam kelas. Selepas itu saya pastikan saya kutip kertas pelajar terutamanya lelaki dan simpan dalam fail-fail yang saya sediakan. Kalau mereka simpan sendiri, saya jamin saya tidak akan melihat kertas-kertas itu lagi.

Ok. Memang saya menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan panduan, bahan bacaan dan segala makdatunenek yang berkaitan dengan kerja kursus ini sebab cara ini memudahakan pelajar dan saya yang mempunyai akses internet. Maklumat di hujung jari sahaja. Saya juga menggalakkan mereka berkongsi maklumat dengan pelajar lain yang tidak mempunyai kemudahan ini. Malah, saya berpesan mereka pergi ke cyber cafes dengan ibubapa untuk mencari maklumat. Saya juga mencarikan bahan-bahan bacaan di perpustakaan dan meminta mereka fotostat bahan tersebut sebagai bahan rujukan.

Dalam beberapa bulan itu, sedikit sangat yang datang kepada saya mendapatkan bahan-bahan bacaan di atas. Tidak juga mahu bertanya dalam kelas kecuali segelintir. Kerja-kerja pemerhatian yang diperlukan untuk mendapat maklumat-malumat tertentu pun ramai yang tidak ambil berat. Bukankah pemerhatian tersebut membantu mereka dalam menulis laporan mereka? Mereka tidak perlu 'copy paste' dan mereka hanya menulis berdasarkan apa yang dilihat dan tidak perlupun menulis berjela-jela, setakat 2-3 ayat sahaja untuk mendapat markah penuh.

Adakah tajuk tugasan tersebut terlalu sukar bagi pelajar-pelajar sekarang memahami?

3 comments:

  1. Memang nilai kerja pelajar semakin lemah! Kelas-kelas lemah tu kena 'kuarantin'kan sebab tak buat!

    ReplyDelete
  2. Inilah cabaran kita sebagai guru. Nasib baiklah saya tidak mendapat pelajar yang bertulisan seperti pelajar cikgu...

    Selalunya, saya pastikan mereka menulis kemas dan kalau macam pelajar di atas, saya koyakkan kertas tersebut dan kena tulis semula...

    tahun ini saya sudah pastikan pelajar menghantar KKg mrk pada bulan mei. Malangnya pentaksir luar datang 2 kali..so 2 kali juga saya buat pembetulan...

    ReplyDelete
  3. Terlalu ramai pelajar lemah kat sekolah saya nih..xterdaya nak kuarantin semua dan suruh tulis semula hasil kerja yang buruk. Mereka hantarpun di saat-saat akhir hingga tidak sempat nak semak dan buat semula.

    ReplyDelete