Sports Day : Running Events

I blog the sports day in parts because I have taken many pictures on that day. Kalau gambar-gambar ni terdelete..manalah tau (it had happened before) masih ada lagi dalam blog ni. Sebelum acara larian dijalankan, acara perasmian sukan tahunan dibuat dahulu. Of courselah, kan.

Sekolah memang suka main gendang seperti gendang ni.


 Tak tahu pula nama pelajar yang berbakat ini

Selepas pertunjukan kebudayaan yang menggabungkan seni mempertahankan diri 3 bangsa utama Malaysia ni, barulah acara balapan dimulakan. Balapan ini acara larianlah. Acara padang semua sudah selesai dijalankan. Ok, mari tengok guru-guru yang bertugas.

Barisan guru lelaki yang bertugas di padang. Semua dah tak available (tapi masih ada yang kata dia available..cehh) kecuali yang di sebelah kanan gambar

Tiga sekawan ni..juruacara majlis yang boleh diharapkan, terutama yang di tengah tu, juruhebah sangat berpengalaman.

Cikgu ni tugasnya sentiasa mengendalikan urusan hadiah, tak kira apa program. Jadi sentiasa berpakaian cantik-cantik dalam majlis sebegini. Boleh teka tak?
Orang eskimo mana pula kat tengah-tengah panas nih? Itulah cara cikgu ni mempertahankan diri daripada serangan UV! Cikgu bertiga Hakim Penamat yang memastikan siapa 1st, 2nd, & seterusnya 
Hakim penamat sedang menjalankan tugas
Kerja hanya duduk di bawah payung sambil mencatat 'ntah pape'..Tapi tersilap catat, juruacara akan tersilap sebut nama pemenang!
Cikgu inilah nadi utama Kejohanan sukan sekolah ini. dan tahun ini adalah yang terakhir beliau mengendalikannya setelah berada di sini selama 22 tahun! pengumuman persaraan beliau dan ucapan penghargaan menimbulkan perasaan sebak di hati PK HEM kita ini.


Ucapan..tahniah kot. Jangan pegang lama-lama tangan tu. 

Acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah 200m, 400m, 800m dan 4X100m. Dan Tarik Tali Akhir.
This pic was taken by Sally Lun. I downloaded it from her wall. Cantik, kan? Isaac was in the dark t-shirt.

Cepat, cepat bagi baton tu...Baton passing yang tidak class! Acara relay 4x 400m..

Penat! Penat! Bila nak sampai nih?? There ran our ballerina, Vannessa. Juga seorang pengawas. Foto ihsan daripada Iqin.

She ran all the way to be the best! Cikgu pakai baju kuning tu adalah pengadil balapan. Kerja pegang bendera kuning dan putih. Foto ihsan daripada Iqin
The Last Run for this Best Girl Athlete in the Class 1 category
 Running his last. The Best Boy Athlete in Class 1 category.

 Brandon and Nabila

 Tarik Tali. Still reeling from the loss.

 Taarik! Taarik! Pull! Pull! Come on Blue! But loss to Red. Not much struggling.

 Setiap pertandingan sukan ada gembira, sedih dan...sakit. Tak cukup practice. As far as I can remember,  I did not suffer any leg pains when I was a school athlete because I had a lot of practice. 

 Cuba teka..Rumah sukan, jantina dan tingkatan peserta sukan kita ini. Siapa boleh jawab, tolong beri komen. Terbuka hanya pada warga SMKTBM sahaja.

Akhir sekali juara rumah sukan tahun ini jatuh pada...


(Foto ihsan daripada Iqin) This was not the final marks but it showed who were competetive of each other and in the end it was...
Kesian..Ketua Rajawali kena serahkan piala kat Ketua Jentayu..Thanks to Sally Lun for capturing this moment. Takpe..cuba lagi tahun depan. But you all have to rajin datang house practice lah!

Mula-mula tersilap umum rumah rajawali. Piala pusingan telahpun diterima. Markah dekat sangat, hanya beza 3 markah sahaja! Kesilapan pengumuman ini adalah yang pertama dalam sejarah sukan sekolah ini. Sama seperti program 1M1S1M ini lah! Pertama dalam sejarah..

Jumpa lagi tahun hadapan! Maju Sukan Untuk Negara!

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan