Marking marathon..KKG that is!
Minggu ini minggu terakhir pelajar-pelajar tingkatan 3 diberi peluang menyiapkan semua kerja kursus samada geografi, sejarah, PEKA, PAFA dan lain-lain. Sejak awal bulan Mac lagi. Pengetua dah maklumkan minggu depan minggu kelas tahanan akan bermula. Selepas waktu persekolahan hingga jam 6 petang, pelajar-pelajar akan diminta siapkan kerja kursus mereka di dewan sekolah yang berhawa dingin. Tidak habis pada hari itu, akan disambung lagi pada keesokan harinya. Hingga siap semua kerja. Surat makluman kepada ibu bapa pelajar berkenaan akan diberikan esok.
Hampir semua kelas-kelas yang saya ajar sudah hantar. Tinggal kelas 3I dan 3K belum hantar. Ini kelas-kelas yang memang betul-betul memerlukan bimbingan penuh daripada saya untuk menyiapkan kerja kursus mereka. Sekarang mereka dalam proses melengkapkan senarai kandungan selepas menyusun laporan mereka mengikut urutan format yang dberikan. Tinggal hendak dikokotkan atau di'binding'. Ini bagi kelas 3K la..Kelas 3I, saya harap mereka tidak hilangkan 'kertas-kertas laporan' yang saya pulangkan minggu lepas untuk disusun, setelah saya simpankan untuk mereka sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Sebahagian mereka terutama yang lelaki tidak percayakan diri mereka sendiri. "cikgu simpan untuk kamilah".
Ada beberapa orang pelajar lagi yang belum siap..dan sorang dua lagi yang tidak dapat tunjukkan kerja mereka. Mereka yang tidak peduli walaupun berkali-kali diarah.. Kertas A4 pula disediakan dengan percuma. Namun begitu, mereka ini masih ada masa. Saya nak semak dahulu kkg yang telah dihantar. So, no problem sangat. Yang problem ialah masa menyemak nanti. Macam-macam yang ditulis pelajar. Yang tiru meniru tapi tak baca betul-betul apa yang mereka tiru. Maka timbullah perkataan-perkataan yang tiada dalam kamus. Yang print terus daripada internet, susun dan kokot pun ada jugak. Tidak perlu susah payah taip atau tulis. Masalahnya kawasan yang terdapat dalam laporan tu berbunyi Taman Maluri, Cheras..bukan Taman Bukit Maluri, Kepong. Aduhai pelajarku..Saya suruh dia letak di lampiran hasil cetakan itu. Kena buat yang lain, kata saya. Buat seperti yang cikgu suruh.

Comments
Post a Comment