Bahan Grafik untuk KKG

Setelah memeriksa beberapa hasil kerja kursus pelajar, saya terpanggil untuk menjelaskan contoh-contoh grafik yang boleh disediakan dalam bahagian dapatan kajian.

Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran.

Hasil soal selidik tentang jenis, punca, kesan dan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Contohnya, kita mahukan maklumat tentang pendapat responden tentang punca /kesan/ cadangan mengikut peratus. Ada juga pelajar yang menunjukkan maklumat tentang punca pencemaran mengikut jenis pencemaran dalam bentuk jadual dan graf bar majmuk. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf. Apabila ada graf, mesti ada jadual.

Hasil pemerhatian tentang bilangan kenderaan yang banyak di laluan-laluan yang sibuk boleh disampaikan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai. Semua bahan grafik ini ditempatkan di bahagian jenis atau punca pencemaran yang berkaitan dengan pencemaran udara atau bau. Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. (kalau tidak faham, rujuk buku teks anda) Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.

Hasil rujukan @ soal selidik tentang punca, kesan atau cadangan mengurangkan kesan boleh disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat. Rajah aliran pula boleh digunakan untuk menunjukkan kesan pencemaran seperti kejadian hujan asid dan peningkatan suhu.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf.  Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan Rajah aliran. Dan sebagainya. Nak buat lebih daripada dua, boleh saja.

Selamat menyiapkan kerja kursus. Selamat menambahbaik kerja kursus bagi yang sudah disemak.

Comments

  1. Assalammualaikum ,
    Tajuk jadual,graf,carta pai,peta minda tu nak tulis ape?

    ReplyDelete
  2. helps me lot..tq:))))

    ReplyDelete
  3. xde contoh ker..:( blh bg cth buat jadual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadual uhk pengangkutan awam dlm bahan grafik...dapatkah?

      Delete
    2. Maklumat untuk jadual hendaklah diperolehi melalui kaedah soal selidik, temubual atau pemerhatian.
      Cth: bil responden yang menaiki jenis2 kenderaan awam di kawasan kajian..bas awam, bas sekolah, van sekolah, komuter, (minimum 20 org responden)
      Cth 2: bil responden yang menandakan masalah2 atau cadanganyg disenaraikan dalam borang soal selidik
      Cth3: bil pelajar sekolah yang menaiki bas sekolah ke sekolah di kawasan kajian dari kawasan tempat tinggal mereka. (Aspek kepentingan pengangkutan awam, mengangkut penumpang)

      Delete
  4. assalam...cikgu,,kalau nk wat carta pai tajuk apa??
    kena sama ngan jadual ka??
    pas2 kalau jadual tu kita buat berdasarkan soal selidik, tapi x buh soal selidik kat kaedah kajian x pa dak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan