Mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Pelajar-pelajar seharusnya sudah menulis laporan tentang punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Kalau anda sudah memahami punca-punca dan kesan-kesan tersebut, maka mudahlah anda berfikir bagaimana hendak mengurangkan kesan atau masalah yang ditimbulkan oleh pencemaran alam sekitar tersebut.

Kesan-kesan pencemaran ini tidak boleh kita hapuskan sepenuhnya. Sukar! Apa yang kita boleh buat ialah mengurangkan kesan-kesan tersebut. Selalunya kalau kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti kenal pasti puncanya, bukan? Tidak guna pihak berkuasa hanya menyediakan lebih ramai doktor atau membekalkan ubat yang lebih baik untuk mengubat penyakit pernafasan tetapi bilangan pesakit semakin bertambah. Kalau boleh kita hendak mengurangkan bilangan pesakit dan menjimatkan kos perubatan.

Mengikut panduan KKG, cadangan untuk mengurangkan kesan mesti berkaitan dengan kesan yang anda nyatakan. Jadi, bagaimanakah mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar seperti hujan asid, jerebu, peningkatan suhu, penyakit, udara tercemar, air tercemar, bau busuk dan sebagainya?

Menurut Jabatan Alam Sekitar, kebanyakan kesan-kesan pencemaran udara berpunca terutamanya dari kenderaan bermotor yang menyumbang lebih 90% carbon monoksid dan nitrogen oksid (NO) ke udara. Jadi beberapa perkara perlu dilakukan terhadap kenderaan bermotor di Malaysia ini, samada oleh pihak berkuasa, pengeluar kenderaan dan pengguna. Apakah cadangan-cadangan sesuai yang disenaraikan dalam panduan KKG yang berkaitan dengan punca utama tersebut? Antaranya menguatkuasakan undang-undang, kempen cintai alam sekitar, pendidikan alam sekitar, memasang catalytic converters dan menggunakan petrol tanpa plumbum. Lihat..sudah terdapat lima (5) cadangan yang sudah memenuhi kehendak penilaian, dan ditambah dengan penerapan nilai dan unsur patriotisme. Tiga daripada cadangan tersebut juga boleh diberikan untuk mengurangkan kesan-kesan pencemaran yang lain seperti pencemaran air, bunyi dan bau. Cadangan-cadangan lain juga diterima sekiranya munasabah. Contohnya, memperbaiki kemudahan pengangkutan awam untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh kenderaan yang banyak.

Apabila anda mencari dan memperoleh maklumat berkaitan dengan cadangan-cadangan terebut, bacalah dahulu dan ringkaskan. Jangan 'salin' kesemua huraian tersebut dan anggap ia adalah hasil buah fikiran anda. Jangan lupa beri 'kredit' pada si penulis. Jadi mulakan huraian-huraian anda dengan "Berdasarkan rujukan / hasil soal selidik ..........., saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan-kesan PAS di kawasan kajian." di bahagian pengenalan (jangan lupa tulis nama atau alamat web di bahagian RUJUKAN) . Selepas itu, anda terangkan cadangan-cadangan tersebut satu persatu dengan jelas dan teratur agar mudah dibaca dan difahami oleh guru penilai anda. Sediakan peta minda, rajah dan / atau gambar foto yang berkaitan. Yang paling penting, cadangan-cadangan tersebut MESTI RELEVAN atau SESUAI dengan kawasan kajian anda.



Untuk maklumat lanjut, click:  http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/
                                                 http://pondoksiti.blogspot.com/
                                                 http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/berita-terkini/14-mampukah-plastik-terurai
                                                 buku teks geografi

Comments

  1. salam.. menarik artikel ini..TK kongsikan maklumat ini. mungkin link ini boleh dijadikan sumber rujukan tambahan kepada artikel ini.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas cadangan anda. Baru perasan ada komen daripada pembaca.

    ReplyDelete
  3. sama-sama cikgu...

    salam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan