KKG 2012: Penghargaan, Pendahuluan dan Objektif

Penghargaan

  • Pengetua
  • Guru mata pelajaran 
  • Ibu bapa/penjaga
  • Rakan-rakan
  • Pihak luar/responden
Nota: Minimum 3 pihakNyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap. Contoh: Ali bin Ahmad, Devi a/p Rajoo. Nyatakan sebab penghargaan diberikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sebelum menyatakan menyatakan pihak yang dihargai dan mengapa, eloklah ditulis ayat pengenalan dahulu.


Pendahuluan
  • Menamakan tajuk kajian : namakan tajuk kajian dengan lengkap termasuk lokasi jenis perniagaan tersebut @ kawasan kajian ie: Tajuk kajian saya ialah perniagaan pasar malam di T..B..M.., Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian: Sebab-sebab mesti berkaitan dengan tajuk. Contohnya, terdapat pasar malam di TBM @ pasar malam tersebut penting kepada penduduk tempatan di situ@pasar malam yang terdiri daripada peniaga pelbagai kaum. Sebab berdekatan dengan sekolah/merupakan tempat tinggal sahaja tidak diterima kerana tidak jelas dikaitkan dengan tajuk tugasan.(KL schools take note)
  • Tempoh masa kajian dijalankan: berapa lama, dari bulan apa ke bulan apa atau tempoh-tempoh yang diberikan oleh pihak sekolah
  • Kalau anda menyatakan sebab pemilihan dan tempoh sahaja tanpa menamakan tajuk kajian, anda dapat 1 markah sahaja. Jadi buat ketiga-tiga aspek di atas.

Objektif kajian

Tulislah dahulu ayat pengenalan sebelum menyenaraikan objektif-objektif kajian. Semua objektif-objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai, contohnya, " mentakrifkan, menghuraikan, menerangkan, menjelaskan". Objektif kajian juga mesti berfokuskan kawasan kajian iaitu dengan menyatakan kawasan kajian dalam mana-mana objektif kajian atau dalam ayat pengenalan. Contoh:  Menghuraikan kepentingan perniagaan pasar malam di Taman Bukit Maluri @ Saya menjalankan kajian tentang perniagaan pasar malam di Taman Bukit Maluri untuk memenuhi objektif-objektif berikut iaitu...

  • .....konsep dan jenis perniagaan runcit 
  • .....kepentingan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar tengan malam dll di kawasan kajian
  • .....faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam 
  • .....kesan negatif perniagaan pasar malam
  • .....cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam
  • Menerapkan nilai atau unsur patriotisme seperti ........dalam dapatan kajian (nyatakan beberapa nilai @ unsur patriotisme)
Untuk objektif yang terakhir, ada beberapa cara anda boleh menulisnya dan rujuklah kepada guru pentaksir anda dahulu.

Comments

  1. I've done all of these three.
    Just wanna make sure it's correct.
    Can i have your e-mail address ?

    from : ur student

    ReplyDelete
  2. cg, kalau kpd pengetua kita nk beritahu ats alsn apa? kerana memberi kebenaran melakukan kerja kursusu ini?

    ReplyDelete
  3. Ada baca tak surat berkaitan KKG yang ditandatangani oleh Pengetua? Ada tiga semuanya, kpd ibubapa, orang yang anda hendak temubual, soalselidik dan surat pengenalan diri anda. Apa kandungan surat-surat itu?

    ReplyDelete
  4. Surat-surat 'restu' di atas anda akan jadikan sebagai bahan lampiran.

    ReplyDelete
  5. cg, kalau utk konsep dan jenis perniagaan runcit tu kena buat dalam 1 perenggan ke?. terima kasih

    ReplyDelete
  6. selamat petang cikgu...nak tanya ni. jika sekiranya saya ingin menyatakan rasa syukur kpd Tuhan di bhgian "PENGHARGAAN" boleh tak? is it necessary....? thank you teacher. =)

    ReplyDelete
  7. boleh tulis konsep dan jenis dalam satu perenggan.
    It's not necessary Elsie..

    ReplyDelete
  8. Cikgu bagaimana nak tulis Kawasan Kajian?

    ReplyDelete
  9. Assalam. Cikgu, objektif kajian buat dalam bentuk point @ perenggan? Tarima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bentuk senarai @ point yang lengkap. sedikit contoh diberikan.
      Objektif-objektif kajian saya ialah:
      a) mentakrifkan konsep dan menghuraikan jenis-jenis perniagaan runcit di kawasan kajian
      b) menghuraikan kepentingan....dan sterusnya.

      Delete
  10. Cikgu, kalo itu objektif kajian yg ke-6 mesti mo bagi contoh kah? Kalo sya tulis [[ Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian ]] shj, boleh? :/

    ReplyDelete
  11. Cikgu, itu objektif kajian yg ke-6 mesti mo bagi contoh? Kalo sya tulis ' menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian ' shj boleh ka? :I

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagilah contoh. (contoh mesti sama dengan yang dihuraikan dalam setiap apek dapatan kajian ya? Jangan nyatakan bersyukur kalau tidak disebut rasa syukur itu di mana-mana).

      Apa-apa pun, ikut arahan guru subjek anda

      Delete
  12. blh tlg beri cnth ayat pengenalan untuk folio sains bab 1 tingkatan 1? Saya kurang faham dgn contoh yg diberi kan..terima kasih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan